Friday, July 26, 2019

Jangan Masuk Kedai "Serve no pork"

Kalau ada kedai makan letak sign "serve no pork", anda nak masuk ke? Takde babi kan? Makanan haram tu cuma babi je ke?

Restoran non muslim yang ada tampal " serve no pork".
Jom baca dulu berita ni.

KOTA KINABALU: Isu penggunaan pelekat ‘Serve No Pork’ di kebanyakan premis makanan milik peniaga bukan Islam di Sabah masih hangat diperkatakan, sama ada tindakan itu perlu dibiarkan atau sebaliknya.

Ada pihak menganggap penggunaan pelekat itu, terutama di restoran makanan laut dan sup ikan sebagai tidak wajar kerana sering disalahtafsir sebagai gantian kepada pensijilan halal bertujuan menarik pelanggan Islam.

Di pihak lain pula, ada beranggapan tindakan itu tidak salah, malah tiada keperluan melarang penggunaan kerana sekadar pemberitahuan bahawa tiada babi dihidangkan di premis terbabit.

Bagi pengusaha restoran sup ikan di Kepayan, di sini, penggunaan pelekat itu bukan untuk menggantikan istilah halal, sebaliknya hanya sebagai pemberitahuan jelas tiada hidangan menggunakan daging bagi di premis berkenaan.

"Kami hanya menjual sup ikan dan hidangan berasaskan makanan laut."

Namun, ada ketikanya pelanggan bukan Islam meminta dihidangkan masakan berasaskan daging babi sedangkan kita tidak menyediakan menu itu.

“Maka, untuk memudahkan keadaan dan pemberitahuan yang mesra pelanggan, kita terpaksa memasang pelekat berkenaan dan ini bukan bermaksud menggantikan logo atau sijil halal,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Wong.

Bagi pelanggan Islam yang berkunjung di restorannya, beliau berkata, terserah kepada mereka untuk menyakini sama ada hidangan disediakan benar-benar menepati syarat halal atau sebaliknya.

“Sebagai peniaga, kami menerima sesiapa saja, malah menganggap kehadiran pelanggan pelbagai kaum dan kepercayaan agama sebagai perkara biasa. Di Sabah, kita unik kerana memiliki semangat toleransi dan keharmonian yang tinggi,” katanya.

Seorang pelanggan dari Membakut yang hanya mahu dikenali sebagai Awang, berkata beliau tertarik berkunjung ke restoran sup ikan di Penampang selepas mendapati ramai orang Islam menjadi pelanggan, selain penambilan pekerjanya yang bertudung.

"Mulanya, kita tidak rasa yakin tetapi apabila melihat ramai orang Islam datang dan sebahagian pekerjanya juga bertudung, saya beranggapan makanan di sini halal dan boleh diyakini.

“Bagaimanapun, saya bersetuju jika pihak berkuasa menjalankan pemantauan dan membantu peniaga bukan Islam ini mendapatkan sijil halal bagi menghentikan kekeliruan serta salah faham,” katanya.

Difahamkan, kebanyakan pengusaha premis makanan Islam dan bukan Islam tidak berminat memohon sijil halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) disebabkan prosedurnya yang rumit dan mengambil masa lama.

Malah, permohonan juga berkemungkinan tidak diluluskan kerana kebanyakan premis turut menghidangkan alkohol dan difahamkan mereka enggan menghentikannya kerana bimbang mengalami kerugian.

Bagaimanapun, ada juga premis makanan laut dan sup ikan yang tidak menjual minuman keras, namun tidak memohon pensijilan halal kerana sudah biasa dengan pendekatan sedia ada.
-BH online-


Isu di Sabah baru-baru ni buat saya teringat masa saya jalan-jalan dengan orang rumah saya. Dua atau tiga tahun lepas saya dan orang rumah pernah ternampak kiosk kat City Square ada sign "no lark". Lark tu maksudnya babi.

Pork, lark, pig, swine dan yang seangkatan dengannya tu semua babi. Peniaga cina tu jual kuih ke apa benda tah siap bagitau saya takde babi. Saya tak beli pun sebab merisaukan.

Takde babi tak bermaksud halal. Arak pun haram jugak. Ayam yang tak disembelih ikut cara Islam pun haram dimakan.

Kalau saya berjalan-jalan di Sabah, saya tak nak masuk restoran ada pelekat "Serve no pork". Diulangi, takde babi tak bermakna halal. Ada pekerja bertudung di restoran non Muslim bukannya bermaksud semua makanan dan minuman tu halal.

Saya pernah kerja kat satu kilang kat Gelang Patah. Masa saya tengah makan dengan kawan kat kantin, ada sorang makcik Indon bertudung ikut lepak. Dalam berborak tu kawan saya ada tanya pengalaman kerja makcik tu.

Makcik tu kata dia pernah kerja dengan tauke Cina yang sama sebelum dapat tender kantin kilang. Sebelum kerja di kantin, dia pernah masak katak. Terkejut saya dengan kawan saya dengar.

Dah tauke dia jual katak, dia pun ikutkan je la masak katak. Bila tauke dia dah dapat kantin, takdelah nak masak katak lagi.

Itu pasallah saya cakap, ada pekerja bertudung tak bermaksud kedai makan tu halal. Pekerja perempuan tak bertudung sekali pun kalau pembersih, gunakan bahan-bahan yang halal dan hidangkan makanan yang halal insha Allah tetap halal. Bukan saya nak pekerja perempuan dedah aurat tapi saya tekankan topik halal dalam artikel ni.

Apa kata boikot je kedai-kedai makan tak halal? Sebagai orang Islam kita mesti ambil berat pasal makanan yang masuk ke dalam perut kita. Makan makanan haram ni tak baik untuk kesihatan.

Tak semestinya makan makanan haram ni boleh sakit perut, sakit jantung dan segala sakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi. Paling dahsyat lepas makan makanan haram terasa susah sangat nak jaga solat lima waktu. Malah terasa senang je nak abaikan solat macam tak rasa bersalah langsung.

Itu belum lagi susah nak faham masa belajar. Otak jadi benak kalau makan benda haram. Sebab tu sebagai orang Islam, kita mesti ambil berat pasal makanan halal dan haram.

Habis tu ada je orang kafir belajar jadi pandai walaupun makan babi dan minum arak. Macam mana tu? Boleh jadi itu namanya istidraj.

Istidraj tu nikmat tanpa redha Allah. Makin banyak makan benda haram, makin sihat, makin hidup mewah, makin panjang umur dan akhirnya masuk neraka.

Kalau dah termakan benda haram sebelum ni, masih belum terlambat untuk bertaubat. Jangan tunggu esok baru nak bertaubat. Kita ni hidup sementara je, akhirat lebih baik dari dunia.

Kepada semua orang-orang kafir pemilik restoran yang ada atau tiada pelekat "Serve no pork" di Sabah, semoga anda semua dapat taufiq dan hidayah. Kekayaan dan nama baik restoran anda tidak akan terjejas sebab masuk Islam. Insha Allah anda lebih bahagia di dunia dan di akhirat.

Kepada semua orang-orang Islam pemilik restoran di Sabah, teruskan jual makanan dan minuman yang halal. Dapatkanlah kekayaan dari sumber yang halal. Insha Allah bahagia jugak di dunia dan akhirat.

Wallahua'lam.

Sumber

8 comments:

  1. Bagi saya secara peribadi, perkataan 'serve no pork' tu mmg terkait dgn tujuan menarik pelanggan secara langsung atau tak langsung. Ada juga sesetengah restoran kat sini juga gantung sign 'pork free' bagi meyakinkan pasaran kpd org Islam.. mmg tak wajar sbb bagi saya secara peribadi ia ada sentimen tujuan memanipulasi maksud Halal.. wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan pendapat peribadi saudara. Boleh jadi sesetengah restoran memang salah guna sign 'pork free' untuk tarik perhatian orang Islam.

      Delete
  2. Harus berhati hati memilih tempat mkn. Yg sebaiknya cari tempat yg ada halal Jakim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemilik tempat makan besar mungkin takde masalah nak dapatkan halal Jakim.

      Delete
  3. Perkongsian yg menarik admin..paling selamat kita tak payah masuk kat tmpat mcmtu..masih banyak pilihan kedai mkn islam yang d tanggung halal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, pilihla kedai makan orang Islam yang ditanggung halal.

      Delete
  4. Kedai makan orang Islam pun tak terjaga kebersihannya, lepas makan sakit perut. Kalau nak sembang hal haram halal ni orang Islam yang tak solat pun kita tak boleh pergi makan dekat kedai dia.

    So terpulang pada pegangan masing-masing, yakin nak makan, makan saja. Kalau taknak makan tak perlu sampai boikot hanya sebab kita takut nak makan. Lain orang, lain caranya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal kebersihan tu saya setuju memang menyusahkan orang sampai sakit perut lepas makan. Tak kiralah kedai makan orang Islam atau bukan.

      Kalau nak sembang halal haram, kita tak boleh makan dekat kedai orang yang tak solat?

      Cuba baca maksud hadis ni..

      Telah diriwayatkan bahawa Baginda Nabi memakan makanan orang bukan Islam, menggunakan bekas mereka dan menerima hadiah daripada mereka. Saidina Huzaifah juga pernah diriwayatkan meminta air dan seorang Majusi telah memberikannya air dalam sebuah bekas perak. (Sahih Muslim: 2067)

      Rasulullah sendiri makan makanan yang dibuat oleh orang bukan Islam. Makanan yang disediakan orang bukan Islam tak jadi masalah kalau halal. Jangan pandai-pandai keluar hukum kalau tak tahu.

      Pendapat saya pulak, kalau halal baru makan, kalau haram jangan makan. Bukannya main yakin nak makan saja. Tak salah kalau nak boikot kedai makan yang diragui status halalnya. Cara Islam yang terbaik so tak kira sesiapa pun dalam dunia ni mesti ikut cara Islam. Takde cara lain yang lebih baik dari cara Islam.

      Wallahua'lam.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.