Wednesday, July 17, 2019

Mahalnya Dekoder Astro

Tersebutlah kisah benar dari seseorang yang saya kenal. Nama dia Zam (bukan nama sebenar). Kisah ni berlaku masa dia amik cuti kerja.

Logo image credit to wikia.

Apa masalah Zam?
Zam takde masalah cuma dekoder Astro Njoi nenek dia rosak. Tak tahulah apa punca rosak jadi Zam bawaklah dekoder Njoi neneknya tu ke cawangan Astro yang berdekatan.

Lepas sampai je terus bagi dekoder tu kat sorang staff untuk check. Lebih kurang 10 minit, staff tu bagitau kat Zam yang dekoder tu dah "hang".

Hang? Gantung? Kena apply dekoder baru kata staff tu.

Harga dekoder sahaja RM321. Kalau harga dekoder siap piring Astro RM400 lebih. Zam tak ingat lak harga tepat Njoi punya dekoder siap piring baru tu tapi yang pasti empat ratus lebih.

Zam tak nak apply yang baru so dia tanya staff tu kalau boleh nak repair je. Staff tu kata tak boleh repair, cuma boleh apply yang baru je. Zam amik dekoder Njoi neneknya dan bawa keluar dari cawangan Astro tu.

Ke sana sini Zam cari kedai repair barang elektrik. Terjumpa satu kedai yang takdelah jauh sangat dari cawangan Astro dia baru keluar tadi tu. Ikut gerak hati, Zam masuk je kedai tu bawa dekoder Njoi nenek dia.

Lepas technician check dekoder tu, dia kata boleh repair. Harga repair RM100 tapi jangan bayar dulu selagi tak dapat repair. Apa-apa hal nanti dia yang call Zam lepas siap repair nanti.

Masa hantar dalam pukul 1 tengah hari. Zam balik rumah nak makan tengah hari dan lepak dulu kat rumah. Dalam pukul 3 lebih, Zam terima call dari nombor tak kenal suruh amik dekoder.

Tanpa buang masa Zam pergi sana bayar RM100 dan amik dekoder yang dah siap repair. Sampai rumah neneknya, dia terus pasang dekoder Njoi tu. Dah OK pun tak payah keluar RM321 semata-mata nak beli dekoder yang baru.

Moral of the story?

Jimat RM221! Lain kali kalau dekoder Astro rosak cari je kedai repair barang elektrik. Astro cekik darah, ada ke dekoder rosak sikit terus suruh apply yang baru?

Peniaga-peniaga yang tidak mempunyai syarikat besar macam Astro boleh ambil kesempatan ni. Kelemahan Astro, dekoder rosak terus beli baru? Kan lebih baik repair je.

Pelanggan-pelanggan kat luar sana tu sentiasa mencari alternatif lain walaupun dah ada produk berjenama terkenal dan mahal kat rumah dorang. Sebagai peniaga, kena amik peluang penuhi permintaan pelanggan-pelanggan yang mencari kelainan ni. Tak kiralah produk apa sekali pun contohnya kosmetik, pakaian, laptop, telefon dan macam-macam lagilah.

Alamat repair dekoder Astro :
G - 03, Blok E,
Flat Laman Tasek,
Taman Redang,
81100 Johor Bahru, Johor.

Alternatif Astro?
Pilihlah Myfreeview.

17 comments:

  1. huishh mahal tu.. nasib baik jumpa kedai yang ok takda la kena bayar lebih kann..

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang menarik..sebelum ni tak terfikir pun boleh hantar dekoder astro rosak kat tmpat lain selain kedai astro..lepas ni sape2 yg ada masalah dekoder astro rosak boleh guna alternatif mcm ni..murah dan jimat lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lepas ni sesiapa ada dekoder rosak boleh cari orang yang pandai repair je.

      Delete
    2. Sila contact Mr Chong

      016 675 2277

      Delete
    3. Blh tau kat mana blh repair tu x,sy tggl cheras..dean

      Delete
    4. Repair dekoder astro area Cheras saya tak tahu.

      Delete
  3. Teruk betul. Dekoder boleh repair disuruh beli baru. Mahal pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang teruk pun. Pada hal ada cara lagi murah.

      Delete
  4. Saya pun dah lama tak puas hati dgn astro, cuma tiada pilihan yg sama bersaing dgn astro yg boleh dipilih sblum ni. Waktu hujan siaran tiada tu dah biasa, lagi pula cerita asyik yg sama je.. dah berbulan2 pun cerita sama masih lagi ditayangkan. Ni hal dekoder pun baru tau.. thanks sharing info ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulang cerita sama berbulan-bulan tu di antara sebab saya pun tak suka Astro. Saya rasa ramai lagi pengguna Astro yang tak puas hati dengan Astro. Sepatutnya Astro jadi siaran percuma je sebab banyak sangat iklan dah macam TV3 jugak.

      Delete
  5. Astro dengan TM sama je la perangainya. Kalau boleh pau customer, kemain dia pau padahal masalahnya kecik je. Dah lama stop guna Astro dengan TM ni. Menyakitkan hati dengan product & service.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal Astro saya setuju memang menyakitkan hati. TM pun macam Astro jugak ye? Kesian jugak pengguna-pengguna TM kalau macam tu.

      Delete
    2. minta wassp saya 0193220843 klau ada yang boleh repair decoder.

      Delete
  6. Ada yg blh repair decoder area ampang?tjanks

    ReplyDelete
  7. Pm repair dekoder area jb

    ReplyDelete
    Replies
    1. G-03, Flat Laman Tasek, Taman Redang, 81100 Johor Bahru, Johor

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.