Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Pelajar berusia belasan tahun atau awal 20 tahun digalakkan berniaga walaupun secara sambilan.
Jom baca info pasal pelajar Politeknik Nilai di Seremban, Negeri Sembilan.
SEREMBAN 31 Julai - Politeknik Nilai sentiasa menerapkan semangat keusahawanan dalam kalangan para pelajarnya dengan menggalakkan mereka berniaga sambil belajar.
Pengarahnya, Leftenan Kolonel (B) Nazri Idris berkata, terdapat banyak cabang perniagaan terutama secara dalam talian yang boleh diceburi oleh pelajar untuk menjana pendapatan.
"Mereka boleh dapat duit poket dengan berniaga secara online. Sebab itu kami bekerjasama dengan Pos Malaysia Berhad yang pada setiap Jumaat akan datang dan membuka kaunter di Politeknik Nilai.
“Pelajar yang berniaga boleh pos produk yang mereka jual tanpa perlu keluar dan kita mendidik pelajar supaya meminati dan menceburi bidang perniagaan.
“Konsep kita adalah untuk mewujudkan golongan yang mencipta pekerjaan dan bukannya mencari pekerjaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Politeknik Nilai dengan 13 buah syarikat, di sini hari ini.
Majlis menandatangani kerjasama itu disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Lobak, Chew Seh Yong dan Timbalan Pengarah Unit Kolaborasi Industri dan Komuniti, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Nur Azureen Jaafar.
Antara syarikat tersebut ialah Zull Design Autotronic, Pro Online Sdn. Bhd., I Synergy International (M) Sdn. Bhd., Jitu Tayar dan Autoservis, Oriseeds Sdn. Bhd., Southern Super Group @ Yusdi Agency, My Hero Hypermarket dan Malaysian Institute of Purchasing and Materials Management (MIPMM).
Sementara itu, Nazri berkata, melalui kerjasama itu politeknik berkenaan akan berkongsi pengetahuan dan kepakaran serta menempatkan para pelajar bagi menjalani latihan industri di syarikat-syarikat berkenaan.
Katanya, beliau mahu melihat kerjasama dengan pihak industri diterjemahkan melalui perkongsian pengalaman yang dapat membentuk kemahiran pelajar sejak di kampus lagi.
“Kita mahu kerjasama yang dibuat memberi impak dan keberadaan industri dalam kampus itu perlu ditonjolkan.
“Sebagai contoh, kita ada kolaborasi dengan Takaful Maybank yang membimbing pelajar menduduki peperiksaan (untuk menjadi wakil insurans). Mereka diterapkan dengan pengetahuan dan ilmu tentang insurans seawal semester satu. Kalau pelajar keluar nanti mereka boleh buat secara separuh masa atau sepenuh masa,” tambahnya.
Beliau berharap kerjasama politeknik dan pihak industri akan merangkumi konteks lebih luas termasuk aspek pengkomersialan produk, pembangunan kurikulum, kerjasama pintar, penempatan bersilang dan sidang dialog antara kedua-dua pihak.
Katanya, bermula pada tahun 2013, Politeknik Nilai telah menjalinkan kerjasama dengan dua rakan industri yang kemudian meningkat kepada 13 industri pada 2014, lapan industri (2016), 23 industri (2017) dan 18 industri (2018).
-UTUSAN ONLINE-
Saya sokong perancangan pihak Politeknik Nilai dan syarikat-syarikat yang terlibat demi melahirkan pelajar-pelajar yang pandai berniaga. Daripada menganggur kan lebih baik berniaga. Biarlah mula secara kecil-kecilan.
Insha Allah lama-lama nanti perniagaan tu jadi besar. Buat apa nak takut bisnes rugi dan jadi miskin? Bukankah kita ni hamba kepada Allah Yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah?
Wallahua'lam.
Sumber
tapi kerja smbil belajar ni kdg2 bole buat tumpuan untuk belajar tu lari..sebab penat cari duit
ReplyDeleteKerja sambil belajar memanglah penat.
DeleteUsaha dari pihak Politeknik Nilai dan syarikat-syarikat yang terlibat tu termasuk dalam pelajaran sekali. Maknanya pelajar-pelajar sana belajar dalam bidang perniagaanlah.
Itu yang sambil belajar sambil berniaga. Dah memang bidang perniagaan kan?
skrg tuan masih berniaga atau sudah kerja?
ReplyDeleteSekarang saya masih berniaga, tuan.
Delete