Ada ke pasaraya tertentu yang jual daun ketum? Kalau individu tertentu yang jual daun ketum memang ada sebelum ni.
Jom jom jom teruskan baca..
SEREMBAN 3 Ogos - Pasar raya Family Store Ampangan di Taman Cengal Utama di sini menafikan dakwaan premis itu menjual daun ketum seperti yang tular dalam media sosial hari ini.
Seorang kakitangan pasar raya itu menjelaskan, gambar daun ketum yang didakwa dijual di premis tersebut sebenarnya daun ketumbar.
Jelas beliau, kekeliruan itu timbul ekoran perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang merakam gambar pelekat di daun ketumbar dan menutup ejaan penuh yang tertera.
"Individu yang merakam gambar itu menutup ejaan 'bar' pada pelekat daun ketumbar menjadikan perkataan yang boleh dibaca cuma daun 'ketum'.
"Kami tidak menjual daun ketum seperti yang didakwa dan berharap orang ramai mendapat penjelasan ini," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Sebagai bukti, kakitangan pasar raya itu turut menghantar gambar daun ketumbar yang didakwa sebagai daun ketum berkenaan.
Dakwaan kononnya pasar raya itu menjual daun ketum secara terbuka tersebar melalui aplikasi WhatsApp sejak semalam.
Turut disertakan sekeping gambar didakwa daun ketum yang dijual di pasar raya tersebut pada harga RM1.36 seikat.
-Utusan Online-
Memanglah pasaraya tu tak mengaku jual daun ketum. Pandai-pandai je tutup perkataan "bar" kat "daun ketumbar". Memanglah jadi daun ketum.
Ada beberapa kemungkinan perkara macam ni berlaku. Boleh jadi betul, boleh jadi tak betul.
Pertama, mungkin orang yang ambil gambar tu terpengaruh dengan lawak kat TV, internet dan lain-lain. Ada artis buat lawak kalau nak sebut daun ketumbar, disebutnya daun ketum.....tunggu lama-lama...meneran lama-lama macam nak paksa keluar najis tapi tak keluar selama 3 bulan purnama berturut-turut. Dah puas sembelit tu baru nak sebut betul-betul daun ketumbar.
Kedua, mungkin orang yang ambil gambar tu tak terpengaruh dengan mana-mana pihak yang buat lawak daun ketum. Tengok daun ketumbar terus secara spontan nak buat lawak daun ketum.
Ketiga, berkemungkinan pihak pasaraya tu sendiri yang nak perkara macam ni viral supaya orang ramai tahu kewujudan Family Store. Orang ramai mana tahu pasal pasaraya Family Store. Lainlah kalau Econsave, Tesco, Giant, Mydin tu..orang-orang tua kat kampung pun tahu.
Ada kemungkinan lain?
Wallahua'lam.
Sumber
Hahaha..ingatkn betul2 jual daun ketum..bila baca sampai habis baru fhm jalan cerita sebenar..:)
ReplyDeleteYe, kalau tak baca sampai habis memang tak tahu.
Deletendakan la supermarket berani jual daun ketum..huhu x pasal2
ReplyDeleteyg sebarkan pun satu ish2
Betul tu, manalah supermarket berani jual daun ketum secara terang-terang.
Delete