Friday, August 9, 2019

12 Jenis Produk Kosmetik Yang Bahaya

Sila boikot produk-produk keluaran yang ada dalam artikel ni. Bukan tak nak support produk buatan Malaysia, cuma tolak produk-produk yang merbahaya je. Tak kiralah produk tempatan atau luar, kalau bahaya kita boikot.

Bahaya bahan terlarang dalam produk kosmetik.
Ada 12 jenis produk dari 7 founder yang berlainan terbukti ada bahan terlarang.


Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:

Senarai produk yang bahaya.
Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL

Produk yang mengandungi chloramphenicol, sulfamethoxazole, trimethoprim, griseofulvin, metronidazole, ketoconazole, chlorpheniramine, hydroquinone dan tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Penggunaan antibiotik (metronidazole, chloramphenicol, sulfamethoxazole, trimethoprim), antifungal (ketoconazole, griseofulvin) dan antihistamin (chlorpheniramine) tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan mudarat kepada kesihatan.

Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Merkuri boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI

Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://www.npra.gov.my/

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

23 Mei 













-kpkesihatan-

Tak salah nak jadi founder produk kosmetik. Tak salah pun nak jadi jutawan kosmetik. Tak salah jugak kalau belum habis sekolah sibuk nak jadi founder produk kosmetik.

Kalau nak jual produk kosmetik, janganlah sampai nak membahayakan pelanggan. Kajilah dulu bahan-bahan apa yang boleh dan tak boleh ada dalam produk kosmetik. Jangan main hentam je nak jual.

Kalau produk dah kena boikot jadi sia-sia segala modal dan usaha selama ni. Hei, McD yang terkenal di seluruh dunia pun takut kena boikot tau! Ini kan pulak nama produk kosmetik yang saya baru tahu hari ni, lagilah dahsyat impak kena boikot.

Kalau KKM buat kerja salah, buktikanlah. Pihak KKM dah keluar statement 12 jenis produk dari 7 founder tu bahaya. Ada founder yang berani keluar statement mengatakan KKM salah dalam hal ni?

Lepas ni kalau nak keluar produk sendiri, belajar dulu pasal bahan-bahannya. Buat RnD (Research and Development), buat lab test dan pastikan produk tu selamat untuk pengguna. Jangan asyik belajar cara nak jual produk sampai habis je.

Pastikan produk kosmetik yang nak dijual tu berkualiti barulah promote habis-habisan. Biar orang yang membeli produk tu rasa berbaloi sebab baik untuk kesihatan dan kecantikan dorang. Founder produk kosmetik pun ikut seronok kira untung hasil jualan semakin banyak.

Kalau tak tahu pasal produk kosmetik, belajar dulu selok-belok produk kosmetik. Jangan kelam-kabut nak cepat keluar produk jenama sendiri lepas tu cepat lingkup. Keluarkan modal wang, tenaga dan masa untuk belajar dari founder produk kosmetik berkualiti yang dah berjaya.

Tak kira apa jenis bisnes sekalipun, mesti belajar dulu dalam bidang bisnes tu. Insha Allah bisnes anda terus maju dan berkembang dengan baik.

Berminat nak keluarkan produk kosmetik jenama sendiri yang berkualiti? Jom tengok senarai kilang oem kosmetik dan skincare di Malaysia.

Berminat nak keluarkan produk jenama sendiri selain produk kosmetik? Jom tengok cara buat produk jenama sendiri.

Sumber

4 comments:

  1. Perkongsian yg bermanfaat..Sekarang ni banyak produk kecantikan berlambak kat luar sana,kita sbg pengguna perlu bijak memilih produk yg selamat untuk kulit kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada produk kosmetik jenama baru keluar tu jangan terus beli. Kena kaji dulu. Bahaya sekarang ni.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.