Monday, September 2, 2019

Hijrah Dari Negatif Kepada Positif Atau Sebaliknya?

Hijrah secara mudahnya bermaksud pindah. Sebenarnya hijrah bukan setakat pindah dari satu tempat ke tempat lain. Maksud atau pengertiannya lebih dari tu.

Gambar hiasan dari permohonan.
Bila waktu sesuai nak berhijrah?
Nak tunggu orang tegur?
Nak tunggu ada peluang?
Nak tunggu ada semangat?

Tak payah tunggu orang tegur.
Tak payah tunggu ada peluang.
Tak payah tunggu ada semangat.

Kalau anda serius nak berubah, mulakan dengan langkah pertama. Tak perlu tunggu orang tegur baru nak berubah. Jangan asyik tunggu peluang tapi carilah peluang untuk berhijrah.

Semangat nak berhijrah tu jangan ditunggu. Buat je.. Perkara baik buat apa nak tunggu lama-lama.

Bila dah nampak hasil baik selepas berhijrah, insya Allah anda akan lebih bersemangat nanti. Dalam artikel ni, saya ambil contoh nak berniaga.

Kalau nak berniaga, berniagalah sungguh-sungguh. Seandainya hasil perniagaan menurun, muhasabah diri. Mungkin ada buat salah dengan sesiapa?

Mungkin sebab tinggal solat? Mungkin sebab tak bayar zakat? Mungkin sebab tak puasa di bulan Ramadhan?

Cari kesalahan dalam diri dan baiki untuk menjadi lebih baik. Itu pun hijrah jugak. Kalau selama ni rajin derma RM1 seminggu sekali, lepas ni derma RM1 seminggu dua kali pulak.

Takkan jatuh miskin sebab rajin bersedekah. Tempat yang sesuai nak sedekah di antaranya masjid dan rumah anak yatim.

Berhijrahlah dari buruk kepada baik dan berhijrahlah jugak dari baik kepada lebih baik. Teruskan berhijrah untuk jadi orang yang berguna kepada masyarakat.

P/s : saya tak terima sedekah sebab saya bukan orang miskin.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.