Sebelum kita nak tuduh sesiapa, kita mulakan dengan siasat atau tanya. Contohnya ada desas-desus mengatakan produk A ada bahan terlarang. Kita pun try tanya sana-sini betul ke produk A macam tu?
Sebagai blogger, kita boleh ambil kesempatan untuk jadikan tajuk blog.
Sebagai contoh "Adakah Produk A haram?"
Dalam post tersebut, kita bagitahu maklumat sekadar yang kita tahu dan selebihnya persoalan atau pertanyaan sejauh mana kebenarannya.
Kenapa tak terus katakan produk A tu haram? Bukan lagi senang ke kalau macam tu?
Kenapa ada pertanyaan atau persoalan?
Sebabnya kita tak nak tuduh produk tu haram melalui info yang diperolehi secara online atau offline. Kita tunggu kalau ada pihak tertentu tampil ke depan untuk menjelaskan perkara sebenar. Bila dapat info sebenar, kita kongsikan atau update info tu di post yang sama supaya orang ramai yang ada persoalan sama pun dapat jawapannya.
Ambil contoh macam dalam post Kos Nasi Lemak. Dalam post tersebut, saya terus "tembak" kata minyak masak dalam plastik tu minyak recycle. Saya bukan "tembak" suka-suka je melainkan saya dah dapat info pasal minyak masak dalam plastik tu recycle sebelum ni.
Ada komen yang baik dari anonymous mengatakan minyak masak ada tompokan putih bukan lemak haiwan tetapi kesilapan pekerja kilang minyak sawit yang nak cepat siapkan kerja. Oleh sebab komen dia baik, saya update post tersebut pada 10 Mac 2019 untuk menyatakan kebenaran minyak masak tiada masalah sekiranya tiada tompokan atau keladak putih.
Macam itulah cara nak tegur kesilapan blogger. Itu kalau blogger tu yang silap. Kalau blogger tu tak buat salah atau silap?
Kalau ada yang tak puas hati, boleh komen elok-elok. Bukan komen guna huruf besar kata berita palsu lepas tu ugut nak report polis.
MULA-MULA AKU RASA NAK BIARKAN POST TU SEBAB POST TU CERITA PASAL PERSOALAN/PERTANYAAN AKU BERKENAAN COMPANY/PRODUK TERTENTU. TIADA TUDUHAN MELAINKAN PERSOALAN ATAU PERTANYAAN.
CUBA TENGOK CONTOH DUA TAJUK DI BAWAH NI.
1. PRODUK A HARAM
2. PRODUK A HARAM?
KALAU TAJUK BLOG GUNA NOMBOR 1, MEMANG JELAS SATU TUDUHAN.
KALAU TAJUK BLOG GUNA NOMBOR 2, ITU TANDA SOAL ADA NAMPAK TAK? TANDA SOAL TU MAKNANYA PERTANYAAN ATAU PERSOALAN.
BUKANNYA TUDUHAN!
BUKANNYA BERITA PALSU!
POST TU AKU DAH TURUNKAN SEBAB AKU TAK NAK NAMA COMPANY TU ADA DALAM BLOG AKU LAGI.
KALAU AKU PEMILIK ATAU WAKIL COMPANY/PRODUK A, NAK TAHU APA AKU BUAT DEKAT BLOG YANG GUNA TAJUK BLOG NOMBOR 2?
AKU AKAN KOMEN BAGITAHU KEBENARAN COMPANY/PRODUK A DAN MINTA JASA BAIK BLOGGER TERSEBUT UPDATE INFO PASAL KEBENARAN COMPANY/PRODUK A.
BARULAH NAMA COMPANY JADI BERSIH!
PEMBACA-PEMBACA PUN BOLEH TAHU BETAPA BAIKNYA COMPANY/PRODUK A!
LEBIH RAMAI PEMBACA TAHU KEBENARAN COMPANY/PRODUK A BERMAKNA REPUTASI LEBIH MENINGKAT, LEBIH DIPERCAYAI DAN LEBIH DIKENALI.
KALAU DAH KEMARUK SANGAT MINTAK TURUN POST, OKAY AKU DAH TURUNKAN POST TU!
P/s : Biar pada tempatnya.
Sy setuju 100%..xkn la xbole beza antara persoalan atau tuduhan?kalau benda tu xbetul bgtau la..dan itu la peluang untuk bagi penjelasan pada semua org..
ReplyDeleteKadang-kadang ada company bodoh tak tahu beza persoalan dengan tuduhan.
Delete