Tuesday, October 29, 2019

Makanan apa yang terbaik untuk anda mulakan bisnes hantar sampai depan rumah pelanggan?

Dah biasa dengar pasal food delivery? Ada peniaga guna grabfood, foodpanda dan lain-lain perkhidmatan hantar makanan. Baru-baru ni kan ada rider foodpanda mogok beramai-ramai? 

Food Delivery naik vespa pun boleh!
Saya tak nak cerita pasal foodpanda buat masa ni.
Makanan apa yang terbaik untuk newbie buat bisnes food delivery?

Pada pendapat saya jual makanan yang tahan seminggu. Kalau makanan tu tahan lebih seminggu lagi bagus. Orang baru nak bisnes biasanya berdepan dengan masalah tak dapat pelanggan masa mula-mula nak berniaga.

Masalah belum dapat pelanggan yang ramai ni bukan penghalang kejayaan.  Bak kata pepatah "Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih". So gunakan seribu daya usaha anda untuk berjaya dalam bisnes food delivery.

Mula-mula cari idea untuk jual makanan yang tahan lama contohnya kek, roti, kerepek, keropok, aiskrim dan apa sahaja makanan yang tahan lama. Dah dapat idea, promote dekat jiran-jiran, kawan-kawan dan semua manusia di kawasan yang berdekatan. Buat permulaan jangan cover kawasan yang jauh-jauh.

Cuba dekat-dekat dulu. Contohnya kalau anda duduk Skudai, anda cover kawasan Skudai je dulu. Biar dekat supaya customer tak payah tunggu lama-lama lepas order. Jimat masa anda dan customer.

Kalau hantar kawasan dekat ni bukan setakat jimat masa tapi jimat tenaga dan jimat duit jugak. Kalau hantar jauh-jauh nanti nak kena keluar duit lebih isi minyak, banyak masa habis kat jalanraya, penat bawa kereta atau motor. Kalau hujan lebat?

Kalau hantar naik motor terpaksa berhenti dulu. Bahaya paksa diri naik motor redah hujan lebat. Naik kereta sekalipun tetap bahaya time hujan lebat terutama kalau nak hantar makanan ke tempat yang jauh.

Jangan pandang rendah ya kalau anda cover kawasan dekat je. Sebagai contoh anda cover kawasan Skudai je. Anggaran penduduk di Skudai ialah 200,000 orang.


Dari segi logik mustahil 100% penduduk di Skudai jadi pelanggan tetap anda. Setiap orang selera lain-lain.

Kalau 1% dari penduduk Skudai jadi regular customer anda? Itu target insha Allah anda boleh dapat. 1% dari 200,000 sama dengan 2000 orang.

Kalau anda ada 2000 regular customer, anda seorang peniaga yang hebat. Dari 2000 pelanggan tetap tak mustahil bertambah kepada 3000, 4000 dan seterusnya.

Kalau nak buat bisnes hantar makanan tak tahan lama contohnya nasi lemak, nasi ambang, lontong dan seumpamanya bukan tak boleh. Cuma, risiko takde sales tu yang memaksa diri anda untuk buang makanan tu. Kalau dah jadi otai dan terkenal tu lain cerita.

Kalau jual makanan tahan lama macam kek, roti, aiskrim dan seumpamanya anda tak perlu risau kalau takde sales sehari dua. Walaupun jual makanan tahan lama tapi janganlah ambil kesempatan jual makanan yang hampir-hampir nak berkulat pulak. Kualiti makanan kena jaga ye.

Seandainya masih nak buat bisnes food delivery jenis makanan tak tahan lama, terpulanglah seandainya ada permintaan tinggi. Saya cuma bagi cadangan untuk orang yang baru nak berniaga kurangkan risiko rugi dan penat sebab itulah saya cadangkan bisnes food delivery jenis makanan tahan lama.

Kalau tunggu ada orang order baru nak buat dan hantar memang tak perlu risau keluar modal banyak dulu. Kena tengoklah makanan apa yang boleh dibuat dengan cepat? Burger? Pizza? Nasi goreng?

Kalau buat bisnes food delivery ni sebaik-baiknya COD (Cash on Delivery). COD ni cara mudah untuk anda dapatkan kepercayaan customer. Cuba sedaya upaya untuk hantar makanan ke rumah customer kurang dari satu jam sebab tu saya cadangkan cover kawasan terdekat je dulu.

Biar customer rasa berbaloi dengan duit yang dikeluarkan untuk dapatkan makanan halal, bersih dan sedap dari anda. Biar customer rasa betapa senangnya berurusan dengan anda. Bila customer senang, anda pun menang dengan keuntungan berulangkali.

Sekian.

P/s : Drink delivery pun OK juga.

Info tambahan

5 comments:

  1. Thanks sharing.. klu ada 2000 pelanggan dekat kawasan sendiri pun dah baik sgt utk terus berkembang, silap2 tak menang tangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha betul tu. Memang tak menang tangan kalau seorang diri nak uruskan 2000 regular customer.

      Delete
  2. Idea dgn penjelasan yg mudah nak faham..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab anda mudah faham dengan idea saya yang tak seberapa.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.