Ada orang duitnya banyak. Mungkin bukan jutawan tetapi cukup untuk berniaga sendiri. Sepandai-pandai orang kumpul duit, pandai lagi scammer kebas duit orang.
Love Scam masih ada tau.. |
Sayangnya duit puluh-puluh ribu diberikan pada scammer..
Bila perempuan tu tolak, tiba-tiba ada panggilan kononnya pekerja dari bahagian penghantaran. Nak minta perempuan tu bayar dulu untuk jelaskan kos penyimpanan dan penghantaran. Dipendekkan cerita sampai sembilan kali bayar pun tak dapat-dapat barangnya.
Bila rasa ditipu barulah perempuan tu buat laporan polis. Dah cecah RM22,200 pun, pihak scammer masih nak minta duit lagi. Dasar tamak dan tak tau malu punya scammer!
Duit banyak macam tu boleh guna untuk melabur. Kalau tak nak melabur kat orang lain, boleh guna untuk berniaga sendiri. Lebih untung tapi lagi sibuklah sebab nak uruskan perniagaan sendiri.
Kalau bagi saya duit lebih dari RM20,000 saya boleh usahakan buka kiosk kat Econsave/Mydin/Tesco/Smart/NSK jual ayam gunting jenama sendiri. Ayam gunting yang saya jual siap ada kuah supaya lagi sedap makan bukannya makan kering-kering je. Investor dapat 30% hasil profit setiap bulan.
Duduk diam-diam pun dapat duit. Jauh lebih baik dari bagi kat scammer.
Apakan daya, scammer lebih bijak dan licik untuk dapatkan hasil yang lagi banyak. Daya tarikannya lebih meyakinkan berbanding orang yang betul-betul nak cari pelabur dan buat perniagaan sah.
Bila difikir-fikirkan balik orang yang ditipu scammer selama ni ada peluang baik untuk berniaga. Cuma duit yang ada tu diberikan pula kepada scammer akibat terpedaya.
Terus-terang saya bagitau, rugi bagi duit kat scammer walaupun sekadar RM10 atau kurang lagi. Baik lagi duit banyak-banyak tu disedekahkan ke surau, masjid, rumah anak yatim dan seumpamanya. Di Kuantan tu ada banyak surau dan masjid.
Kalau sedekah kat 9 masjid berlainan sampai cecah RM22,200 nanti insha Allah rezeki melimpah ruah. Takkan rugi orang yang bersedekah.
Sekarang ni macam-macam taktik scammer buat nak dapatkan duit. Kena berhati-hati selalu.
ReplyDeleteapa boleh buat, dah terhantuk baru terngadah. dulu ada seorang pelanggan datang tanya saya dia dapat sms lebih kurang macam ini.
ReplyDeletesaya terus suruh dia pergi balai polis dan tunjukkan sms itu pada dorang. alhamdulillah syukur semuanya selamat dan terus jadi kes siasatan polis
Alhamdulillah. Satu perkongsian yang baik.
Delete