Dari bulan November ke Disember 2019 lagi saya perhatikan harga bawang mahal sangat. Kos bahan untuk meniaga pun meningkat gara-gara harga bawang naik.
Bawang mahal. |
Tahun 2018 dan tahun sebelumnya pun harga bawang pernah naik tapi tak sedahsyat sekarang.
Peniaga-peniaga makanan seperti nasi lemak, nasi ambang dan sewaktu dengannya memang terpaksa selalu beli bawang. Peniaga kek coklat takpelah tapi kalau buat kuih contohnya epok-epok terpaksa ada bawang juga. Semua jenis bawang naik harga, ada alternatif pengganti bawang ke?
Insha Allah bulan puasa nanti harga bawang turun. Tahun-tahun sebelum ni pun, harga bawang turun masa bulan puasa. Kalau belum kiamat bulan Ramadhan tahun ini, sempatlah merasa beli bawang murah.
Teruskan usaha, sabar dan tawakal.
Teruskan usaha, sabar dan tawakal.
Bertabah ja lah dengan harga barang-barang sekarang ni.
ReplyDeleteYa kena banyak bersabarlah.
Delete