Dalam artikel kali ini, saya kongsikan pasal seorang pakcik nak perkenalkan produk jimat minyak kereta. First time saya dengar pasal Ecostar dari pakcik ni.
Borang nak jadi agen Ecostar. |
Pakcik tu parking kereta siap letak berkotak-kotak barang atas bonet kereta dia pastu datang ke tempat saya berniaga tepi jalan.
Saya jawab salam dan jawab takde MBJB kacau peniaga kat sini.
Pakcik tu terus perkenalkan produk jimat minyak kat saya. Katanya produk Ecostar ni bukan setakat jimat minyak tapi bagus untuk jaga enjin juga. Pakcik tu minta izin nak buat demo produk dia kat kereta saya.
Saya OK asalkan free, demo je kan?
Pakcik tu suruh saya start enjin kereta so saya start. Pastu pakcik tu minta saya tutup enjin, saya pun tutup. Pakcik tu suruh buka hood pastu dia letak titisan cecair Ecostar tu kat dalam tangki minyak enjin.
Pakcik tu siap kira titisan Ecostar sampai 21 titisan. Pastu dia minta saya start enjin semula. Pakcik tu siap cakap kalau ada apa-apa berlaku kat enjin lepas guna produk Ecostar, ada cover insuran sehingga RM2.5 juta.
Lepas dengar penjelasan pakcik, saya start enjin. Pakcik tu tanya saya ada perubahan?
Lepas dengar penjelasan pakcik, saya start enjin. Pakcik tu tanya saya ada perubahan?
Saya tanya balik pakcik tu apa yang berubah?
Pakcik tu jawab, "Saya tak nak jawab, cuba bagitahu sendiri ada apa-apa perubahan?"
Saya kata, "Macam sama je? Bunyi enjin kereta saya memang macam ni. Mula-mula bunyi kuat pastu bunyinya perlahan."
Pakcik kata, "Takpe tunggu dalam 5 minit."
Tiba-tiba masa ni ada orang nak beli nasi lemak so saya tinggalkan pakcik tu yang masih berdiri depan kereta saya. Lepas setel jual-beli dengan customer, saya pergi ke depan kereta semula.
Saya cakap kat pakcik tu saya nak tutup hood kereta dan nak tutup enjin. Pakcik tu tanya lagi ada perubahan tak?
Saya jawab bunyinya perlahan tapi sebelum ni pun memang bunyi kereta perlahan lepas start enjin. Mula-mula je kuat pastu perlahan juga bunyinya.
Pakcik tu pun terus ubah topik. Katanya kalau nak tambah pendapatan boleh join Ecostar. Bila dapat tambah pendapatan, boleh buat bayar bil dan macam-macam lagi keperluan.
Harga sebotol RM50 tapi kalau jadi ahli, sekotak ada 5 botol cuma RM150. Pakcik tu siap cakap ada budak muda baru 27 atau 28 tahun dah beli kereta BMW lepas 6 bulan join Ecostar.
Terus on the spot saya tanya pakcik tu dapat beli BMW juga tak lama lagi?
Pakcik tu jawab, "Taklah tapi doa-doakanlah saya dapat."
Saya kata, "Yelah, saya doakan hasil jualan pakcik laris."
Masa ni datang lagi customer, saya terus layan customer nak beli nasi lemak. Pakcik tu pun terus jalan-jalan kat kawasan tu nak promote Ecostar kat orang lain pulak.
Menurut orang rumah saya, ada juga orang Cina beli produk Ecostar dari pakcik tu. Saya tak perasan masa tu tapi kira rezeki pakciklah dapat customer Ecostar.
Lepas dah reda sikit customer beli sarapan dari saya, pakcik tu datang lagi. Sambung lagi sembang pasal tambah pendapatan kalau join Ecostar. Pakcik tu siap tunjuk gambar wasap group dia kat saya.
"Dulu sikit je yang join, sekarang tengok ni makin ramai orang join." Kata pakcik.
Tak cukup lagi, pakcik tu siap tunjuk satu helai kertas A4 kat saya.
Gambarajah sistem pairing Ecostar. |
Bila saya tengok je gambarajah tu terus saya tau ada sistem MLM dalam Ecostar. Cuma saya diam dulu bagi pakcik tu jelaskan pasal cari orang untuk dapatkan untung lebih.
Bila dah habis cerita pasal pairing apa benda dan semua pasal cari orang bawah, barulah saya cakap.
"Ini MLM ni." Kata saya.
"Ini bukan MLM, ini investment." Kata pakcik tu.
Sikit lagi saya nak pecah ketawa masa ni. Saya bimbang pakcik terasa hati so saya tahan ketawa.
Saya tanya pakcik tu tak berminat ke masuk pasar malam? Saya bagitau mana tahu kalau kat pasar malam laku. Pakcik tu jawab kalau pasar malam nak kena tunggu lama.
Saya tanya lagi pakcik tu tak nak try ke kat pam minyak. Pakcik tu jawab nanti orang kat pam minyak marah. Biasa orang isi kereta 3 hari sekali nanti lepas guna Ecostar orang isi 5 hari sekali je.
OK saya tak nak tanya lebih-lebihlah. Terpulanglah pakcik tu nak berniaga ikut cara dia tapi ada sistem MLM tu yang buat saya kurang berkenan.

Pakcik tu kata dulu dia pernah habis beribu-ribu ringgit join MLM. Lepas join Ecostar, dia kata dapatlah hasilnya. Pakcik tu siap tunjuk bonus yang dia dapat melalui SMS kat phone dia.
Saya tengok ada beberapa SMS yang menunjukkan pakcik tu ada terima dalam anggaran USD80, ada yang USD200 lebih. Matawang dalam bentuk USD semuanya.
Sebelum pakcik tu beredar, dia sempat bagitau saya yang setiap hari Rabu ada meeting Ecostar. Kalau nak datang, call dia dulu.
Saya kata, "Nantilah biar saya fikir dulu."
Pakcik tu kata, "Yelah fikirlah dulu nanti kalau berminat boleh call."
OK begitulah lebih kurang kisahnya..
Saya ada cari sendiri kat internet pasal info Ecostar. Cuba tengok gambar ni..
AIG Insurance betul-betul cover sehingga RM2.5 juta untuk produk Ecostar?
Produk Ecostar ni dikilangkan untuk Richmind International Sdn Bhd dan diedarkan oleh Rich Millionaire Resources. Nama-nama company yang terlibat pun dah buat saya rasa lain macam.
OK saya cuba bersikap neutral dalam hal Ecostar ni. Saya tak membantah atau menyokong penjualan produk ni. Saya tak tahu apa kandungan yang sebenar-benarnya ada dalam cecair Ecostar.
Kalau ada mekanik atau engineer dalam bidang auto machinery atau car manufacturing boleh sahkan kebenaran produk Ecostar lagi bagus. Pengguna-pengguna kereta kat Malaysia boleh tahu sama ada produk ni betul atau tak betul.
Biar pakar yang buat kajian.
Sumber
Is it good product?
Saya tengok ada beberapa SMS yang menunjukkan pakcik tu ada terima dalam anggaran USD80, ada yang USD200 lebih. Matawang dalam bentuk USD semuanya.
Sebelum pakcik tu beredar, dia sempat bagitau saya yang setiap hari Rabu ada meeting Ecostar. Kalau nak datang, call dia dulu.
Saya kata, "Nantilah biar saya fikir dulu."
Pakcik tu kata, "Yelah fikirlah dulu nanti kalau berminat boleh call."
OK begitulah lebih kurang kisahnya..
Saya ada cari sendiri kat internet pasal info Ecostar. Cuba tengok gambar ni..
AIG insuran? |
Produk Ecostar ni dikilangkan untuk Richmind International Sdn Bhd dan diedarkan oleh Rich Millionaire Resources. Nama-nama company yang terlibat pun dah buat saya rasa lain macam.
Sistem MLM 10 tingkat. |
Kalau ada mekanik atau engineer dalam bidang auto machinery atau car manufacturing boleh sahkan kebenaran produk Ecostar lagi bagus. Pengguna-pengguna kereta kat Malaysia boleh tahu sama ada produk ni betul atau tak betul.
Biar pakar yang buat kajian.
Sumber
Is it good product?
Dah lama tak berminat dengan apa-apa juga yang berkaitan dengan MLM.
ReplyDeleteRamai orang memang tak minat MLM sebenarnya.
DeleteMasalahnya, ramai juga yang masih terjebak dengan benda ni walau pernah rugi berkali-kali dalam MLM ni. Haish. 😑
ReplyDeleteYa betul tu. Semoga hati diorang terbuka untuk berhenti buat MLM lagi.
Delete