Friday, June 26, 2020

Bergaduh Sampai Hidung Berdarah

Kalau dah hilang sabar memanglah bergaduh jawabnya. Apa masalahnya sampai nak bertumbuk ni?

Gambar hiasan.
Sampai viral video ni...

Thursday, June 25, 2020

Nak Untung Lebih Punya Pasal

Pada suatu hari ada seorang lelaki yang semakin berusia tetapi giginya masih kukuh bernama Wan ternampak ada sebuah gerai burger di tepi jalan. Wan perhatikan macam orang baru berniaga je ni.


"Baru berniaga ke?" Tanya Wan.

"Ye bang, baru hari ni start." Jawab peniaga burger.

"Sebelum ni berniaga tempat lain ke?" Tanya Wan lagi.

"Dulu saya kerja makan gaji tapi kena berhenti sebab PKP." Jawab peniaga tersebut.

Kemudian Wan perhatikan tanda harga yang disediakan di gerai burger itu. Harga yang tertulis ialah :

1 burger ayam/daging = RM3
2 burger ayam/daging = RM8
3 burger ayam/daging = RM15
1 burger ayam/daging special = RM4
2 burger ayam/daging special = RM10
3 burger ayam/daging special = RM20

Wan terkejut lalu berlakulah dialog seperti berikut..

Wan : Kenapa beli burger makin banyak makin mahal?

Peniaga : Barulah untung lebih.

Wan : Saya dah 30 tahun lebih berniaga tau. Tak pernah lagi saya jumpa peniaga jual macam ni.

Peniaga : Cara saya jual memang boleh untung lebih dari cara biasa.

Wan : Apa untungnya? Nanti orang beli satu je la. Siapa nak beli banyak-banyak kalau macam ni?

Peniaga burger hanya diam sahaja sambil tersenyum. Wan pula menahan marah sebab seolah-olah dipermain-mainkan oleh orang baru nak berniaga. Sebagai orang yang berpengalaman luas dalam perniagaan, terdetik di hati Wan untuk mengajar orang kurang pengalaman cara berniaga yang betul.

Wan : Bagi saya satu burger daging.

Peniaga burger pun menyediakan satu burger daging secepat mungkin. Setelah siap dibungkus, diberikannya kepada Wan. Apa lagi, Wan pun bayar RM3 kepada peniaga tersebut dan peniaga tu pun ucap terima kasih

Wan : Bagi saya satu burger daging.

Buat kali kedua, peniaga burger itu menyediakan burger daging secepat mungkin. Setelah siap dibungkus, diberikannya kepada Wan. Buat kali kedua Wan bayar RM3 dan peniaga burger pun ucap terima kasih buat kali kedua.

Wan : Bagi saya satu burger daging.

Buat kali ketiga, peniaga burger menyediakan burger daging secepat mungkin. Setelah siap dibungkus, diberikannya kepada Wan. Buat kali ketiga Wan bayar RM3 dan peniaga burger pun ucap terima kasih buat kali ketiga.

Wan : Nampak tak? Saya tetap boleh beli 3 burger pada harga RM3 setiap biji.

Peniaga : Maknanya strategi saya menjadi sebab abang dah beli 3 burger dari saya.

Wan : ...

Peniaga : Tadi abang kata kalau saya berniaga macam ni, orang cuma beli satu je kan? Takde siapa nak beli lebih satu burger kan? Abang dah beli berapa burger tadi?

Wan terdiam walaupun rasa tak puas hati. Tercalar maruahnya sebagai peniaga yang berpengalaman 30 tahun lebih. Wan hilangkan egonya lalu cuba mencungkil rahsia anak muda yang berniaga burger tersebut.

Wan : Awak ada masuk program motivasi atau apa-apa seminar buat bisnes ke?

Peniaga : Takde.

Wan : Habis tu awak belajar dari siapa berniaga macam ni?

Peniaga : Saya belajar dari TNB. Makin banyak makin mahal.

Wednesday, June 24, 2020

Spiderman Jual Durian

Ada pulak orang pakai kostum Spiderman jual durian kampung di Gambang, Kuantan, Pahang.


Identiti orang yang jadi Spiderman tu ialah Mohd Azim Ahmad, 35 tahun. Belum apa-apa dah bongkar dulu identiti Spiderman haha. Dia berniaga dengan kawan dia Mohd Rafiz Rosli, 33 tahun.

Dorang borong durian kampung di Jerantut kemudian bawa pergi ke Gambang untuk jual durian. Harga durian kampung yang dijual ialah antara RM9/kg hingga RM15/kg.

Sumber

Tuesday, June 23, 2020

Boy Setan Hantar Dadah Guna Dron Dah Ditahan

Hari tu kecoh sana-sini orang cerita pasal boy setan hantar dadah guna dron. Bak kata pepatah "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga".

Mohd Azli atau lebih dikenali Boy Setan.
Ada je idea nak buat jahat kan?

Saturday, June 13, 2020

Apa Tujuan Anda Berniaga? Dapat Untung Atau Bantu Orang?

Peniaga mana yang nak rugi? Semua peniaga nak untung tak kira apa bangsa dan agama sekalipun.

Untung atau tolong?
Mana satu lebih baik?

Saturday, June 6, 2020

Usia Tua Bukan Alasan Tak Boleh Berniaga

Jangan sesekali fikir usia dah tua bermakna tak boleh berniaga. Kalau nak cari alasan tak nak berniaga memang macam-macam ada. Sebab muda sangatlah, sebab dah tualah, sebab takde sokongan keluargalah, sebab takde idea dan macam-macamlah.

Saleh, 82 tahun masih berniaga.
Saleh Hasan berusia 82 tahun jadi bukti usia lanjut bukan penghalang untuk berniaga.

Thursday, June 4, 2020

Hiatus 2

Dah dua kali saya hiatus. Pertama kali saya hiatus boleh lihat di sini. Masa mula-mula PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanakan, saya tak dapat berniaga tepi jalan macam biasa.

Hiatus lagi..
Saya down bila dilarang berniaga masa PKP? Taklah! Ada BSH (Bantuan Sara Hidup) dan BPN (Bantuan Prihatin Nasional). Duit rakyat untuk rakyat.

Alhamdulillah saya boleh keluarkan duit KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) RM500 setiap bulan mulai bulan May 2020. Dulu memang saya pernah kerja makan gaji tu yang ada KWSP tu.

Covid-19 bukan penghalang untuk berniaga. PKP juga bukan penghalang untuk update blog.

Insha Allah lepas ni saya lebih rajin update blog.