Tuesday, June 23, 2020

Boy Setan Hantar Dadah Guna Dron Dah Ditahan

Hari tu kecoh sana-sini orang cerita pasal boy setan hantar dadah guna dron. Bak kata pepatah "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga".

Mohd Azli atau lebih dikenali Boy Setan.
Ada je idea nak buat jahat kan?
Pengarah JSJN (Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik) Bukit Aman, Datuk Ramli Din mengesahkan Boy Setan sudah ditahan untuk bantu siasatan.

Idea menarik tapi salah guna pula. Mungkin peniaga-peniaga lain boleh guna teknik ni tapi jangan hantar dadah.

Kalau perkara ni dibenarkan habis bertebaran dron-dron di ruang udara. Terutama untuk hantar barang ke Singapura. Tak pasal-pasal Kastam atau Imigresen nak kena check dulu barang apa yang dihantar guna dron antara JB dengan Singapore.

Apa pendapat anda pasal isu ni?

Sila komen jangan malu-malu.

Sumber

2 comments:

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.