Apa itu motivasi? Apa itu inspirasi? Sebelum nak teruskan perbincangan, kena tahu dulu maksud atau fungsi kedua-duanya.
Jom teruskan baca..
Motivasi ialah perbuatan menaikkan semangat atau keinginan untuk capai kejayaan atau matlamat tertentu.
Contohnya Khalid paksa dirinya untuk berniaga selepas melihat kejayaan kawan baiknya berjaya buka restoran sendiri. Khalid jadikan kejayaan kawan baiknya sebagai motivasi walaupun dia rasa susah nak buka restaurant sendiri.
Inspirasi pula ialah sesuatu yang buat kita rasa nak buat tanpa paksaan atau "push".
Contohnya Khalid dapat inspirasi nak berniaga setelah melihat kejayaan kawan baiknya dah jadi pemilik restoran yang hebat. Khalid berusaha buka restoran sendiri walaupun agak mencabar tetapi dia tetap rasa teruja untuk meneruskan usahanya.
Mungkin saya boleh bagi contoh lain lagi supaya lebih faham.
Contoh motivasi, Nur jadikan ibunya yang berusaha keras untuk menyara hidup sekeluarga setelah kematian ayahnya sebagai motivasi. Nur paksa dirinya untuk belajar rajin-rajin walaupun terasa sangat susah supaya dapat meringankan beban ibunya pada masa akan datang.
Contoh inspirasi, kegigihan ibu Nur menyara hidup sekeluarga setelah ayahnya meninggal dunia menjadi inspirasi bagi Nur. Nur berusaha belajar tanpa sebarang paksaan demi membantu ibunya pada masa akan datang.
Begitulah perbezaan antara motivasi dan inspirasi. Motivasi ni boleh dianggap keras tetapi inspirasi pula lembut.
Ada persamaan motivasi dan inspirasi?
Jawapannya ada. Tujuan orang yang ada motivasi atau inspirasi sama iaitu untuk capai kejayaan atau matlamat tertentu.
Matlamat tertentu? Kenapa bukan untuk capai kejayaan je?
Sebab ada orang jadikan matlamatnya dalam masa singkat untuk menaikkan semangat. Kalau nak capai matlamat jangka masa panjang dibimbangi ada masalah lain seperti kesihatan, nyawa, tahap kebolehan dan seumpamanya.
Contohnya Hamadi nak turunkan berat badannya dari 120kg kepada 90kg. Matlamatnya ialah setiap bulan turun 2.5kg. Walaupun usahanya amat sedikit dan mengambil masa yang lama tetapi dia tetap jadikan matlamat singkatnya sebagai motivasi bagi dirinya.
Bagi orang lain mungkin setakat turun 2.5kg sebulan tu tak berbaloi tetapi berbaloi pula bagi Hamadi. Bukannya dia tak nak usaha lebih tetapi dia lebih selesa dengan caranya sendiri untuk capai matlamat.
Lain orang lain caranya untuk capai matlamat. Ada orang terasa mesti capai matlamat besar baru berbaloi. OK tak salah berfikiran seperti itu asalkan berjaya capai matlamat yang dikehendaki.
Ada orang lain pula rasa berat sangat kalau terus nak capai matlamat besar. Bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Setiap kejayaan kecil menjadi dorongan untuk meneruskan usaha mencapai matlamat besar.
Sebab itu motivasi atau inspirasi untuk setiap orang ni berkemungkinan tak sama.
Ada orang dapat motivasi lepas tengok peniaga tepi jalan. Ada orang tengok peniaga tepi jalan tak dapat motivasi pun tapi bila tengok kilang makanan/minuman baru dapat motivasi. Motivasi bagi anda belum tentu jadi motivasi bagi orang lain.
Ada orang fikir "Aku mesti berjaya".
Ada juga orang yang fikir "aku kena usaha lebih".
Ada juga yang fikir "sampai bila aku nak jadi malas ni?"
Boleh jadi motivasi diri tu dalam bentuk pertanyaan atau mempersoalkan kebolehan diri sendiri. Bila dia rasa dirinya lemah, timbul rasa nak baiki diri demi mencapai kejayaan. Motivasi ni tak semestinya mesti rasa diri hebat gagah laksana Khabib Nurmagomedov.
Sebab itu motivasi bagi setiap orang boleh jadi berbeza. Ada sesetengah orang mesti fikir pasal kebolehan diri baru rasa bersemangat. Ada sesetengah orang pula fikir dirinya lemah dan perlu atasi kelemahannya baru timbul rasa semangat nak capai kejayaannya.
Begitu juga dengan inspirasi. Perkara yang menjadi inspirasi bagi anda belum tentu jadi inspirasi bagi orang lain.
Apa yang penting? Positif.
Semoga anda semua faham dengan maklumat yang saya cuba sampaikan.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.