Saturday, November 21, 2020

Anda Fikir Scammer Bosan Cari Mangsa?

Kalau scammer bosan cari mangsa, takdelah kes mangsa yang ditipu meningkat. Golongan orang tua pencen jadi sasaran mudah dorang.

Golongan muda pun jadi sasaran mudah dorang juga.

Orang-orang bijak macam doktor, lecturer dan banker pun jadi mangsa scammer. Scammer ni kalau boleh, nak scam orang yang banyak duit je.

Tak kiralah anda seorang selebriti atau bukan, kalau anda berduit maknanya anda sasaran scammer. Dorang takkan senang duduk kalau tak dapat ambil duit anda.

Pelbagai jenis taktik yang dorang gunakan. Dah berapa banyak mangsa scam pelaburan cepat kaya? Beribu-ribu malah berjuta-juta duit habis dekat scammer je.

Ada juga scam guna panggilan telefon je. Call mangsa bagitau ada kesalahan lalu lintaslah, salah hantar baranglah, salah guna credit cardlah dan macam-macamlah.

Scammer yang paling dahsyat ialah yang mempergunakan agama. Berpakaian ikut sunnah, bercakap asyik nak guna ayat Quran dan hadis. Banyak orang kita terpedaya dengan teknik mempergunakan agama ni.

Bertambah masalah jika mangsa tak tahu yang dirinya tak tahu. Golongan macam ni yang scammer suka. Kita bersusah-payah bagitahu yang dia dah kena tipu tapi dia bermati-matian tak percaya yang dia dah kena tipu.

Kita bersungguh-sungguh nak bongkar penipuan scammer tapi dorang tetap pertahankan sebab masih tak sedar diri dah jadi mangsa scammer. Agak-agaknya kenapa ada golongan macam ni? Tak tahu yang dirinya tak tahu.

Golongan yang tahu dirinya dah jadi mangsa scammer tapi tak mengaku jadi mangsa pun ada juga. Ini disebabkan ego tinggi. Terasa malu kalau mengaku dirinya dah kena scam.

Scammer suka golongan macam ni sebab dorang takkan buat report polis. Senang hati scammer kalau dua golongan ni jadi mangsa dorang.

Saya faham sesiapa yang berfikiran waras tak nak jadi mangsa scammer. Seandainya anda jadi mangsa scammer, jangan rasa malu atau teragak-agak untuk buat report polis.

Jangan terpedaya dengan ancaman scamner kalau report polis nanti duit hangus. Scammer tegar hampir kantoi pun tetap nak menipu.

Wang yang scammer ambil sepatutnya mesti dikembalikan kepada mangsa scammer. Akan tetapi berapa ramai mangsa yang dapat balik duit dia?

Seandainya anda tak pernah jadi mangsa scammer, berhati-hatilah. Scammer boleh jadi dari kalangan keluarga anda sendiri. Boleh jadi scammer ialah kawan lama dah tak jumpa tiba-tiba ajak jumpa.

Jangan pandang semua orang sebagai scammer pula. Negative thinking boleh buat anda tertekan.

Bersangka baik dan berhati-hati pada masa yang sama. Itu je yang dapat saya katakan.

Wallahua'lam.

Source

Pensyarah, doktor dan pegawai bank pun kena tipu

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.