Tuesday, November 24, 2020

Dapatkan Kepercayaan Baru Naik Harga

Kebanyakan peniaga yang dipercayai sama ada kecil atau besar menjadi pilihan utama pelanggan. Harga mahal sikit pun dorang sanggup beli sebab bak kata pepatah 'alah membeli menang memakai'.


Sejauh mana kebenarannya?

Saya jawab soalan ni berdasarkan pengalaman saya sendiri mengenai kepercayaan. Bagi saya pengalaman ni sangat berharga.

Dulu saya ada pelanggan bangsa Cina yang pernah buat tempahan dari saya beberapa kali sebelum PKP. Masa kali pertama dia order, dia susah nak percayakan saya bila saya minta deposit.

Saya kalau terima tempahan melebihi RM100 mesti nak minta deposit. Takde deposit, saya tolak.

Pelanggan cina tu suruh saya letak tandatangan siap tarikh terima deposit. Saya turunkan je la tandatangan sebab saya tahu dia bimbang saya cuma ambil deposit je.

Bila sampai tarikh siap makanan yang dia tempah, dia bayar selebihnya. Tempahan pertama dari dia selesai tanpa masalah.

Kali kedua pelanggan cina yang sama order, dia terus bayar penuh. Takde main deposit atau tandatangan lagi dah. Full payment terus walaupun belum dapat makanan yang dia tempah.

Beberapa kali buat tempahan besar pun dia tetap bayar penuh sebelum tempahannya siap. Masa ni saya tahu dia betul-betul percayakan saya.

Nampak tak kebaikan bila pelanggan dah percaya kat kita?

Saya sendiri pun nak beli dari pihak yang boleh dipercayai je. Malah saya sanggup bayar dulu walaupun barang belum siap/sampai.

Cara nak dapatkan kepercayaan pelanggan bukannya susah pun. Contoh kalau anda jual kerusi plastik secara online, pastikan anda bagitau dengan jelas pasal kerusi tu dari segi saiz, ketahanan dan lain-lain.

Kalau kerusi tu tak dapat tampung beban 100kg, awal-awal bagitau. Segala kelebihan dan kekurangan kerusi tu mesti dibertahu untuk dapatkan kepercayaan pelanggan.

Saya faham nak dapatkan kepercayaan pelanggan kena ambil masa lebih. Kadang-kadang bila pelanggan dah kena tipu dengan peniaga lain barulah datang cari kita yang jujur berniaga. 

Peniaga yang menipu biasanya akan buat statement yang boom boom pow kaw kaw! Pelanggan pun mudah tertarik dan akhirnya tertipu.

Peniaga jujur cuma bagitau fakta sahaja. Pelanggan pun susah nak rasa tertarik. Nak bagi fakta pun kena ada caranya baru menarik.

Walaupun peniaga bohong mudah menarik perhatian tetapi peniaga jujur tetap menang akhirnya. Asalkan terus jujur dan jangan putus asa.

Percayalah, peniaga yang dipercayai sentiasa dicari oleh pelanggan. Walaupun harga mahal sikit tetapi dipercayai, orang tetap beli.

Oleh itu, sama ada anda peniaga online atau offline pastikan diri anda boleh dipercayai. Nak dapatkan kepercayaan pelanggan mungkin ambil masa lebih tetapi berbaloi untuk jangka masa panjang.

Wallahua'lam.

2 comments:

  1. kadang kadang hilang kepercayaan sebab segelintir yang menipu.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peniaga menipu juga yang rugi sebab tak boleh dipercayai lagi.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.