Monday, December 28, 2020

Cara Daftar Sebagai Peniaga Bungkusit

Bungkusit berfungsi untuk hantar makanan dan barang-barang tertentu dari satu tempat ke satu tempat. Rider terdiri dari penunggang motor dan pemandu kereta.


Tanpa buang masa jom baca cara-cara nak berniaga guna Bungkusit.

1. Pergi ke merchant.bungkusit.com.my dan tekan 'Create new account'.


2. Lengkapkan maklumat-maklumat yang bertanda *. Bahagian 'Business Name' boleh letak contoh : Nasi Lemak Lantak, Air Buah-buahan Viral, ABC dan Cendol Pak Ali, Kedai Makan Kak Limah dan seumpamanya. Upload sekali gambar logo perniagaan anda dan sijil SSM (Business Certification) anda. Dah lengkap baru tekan 'CREATE ACCOUNT'.





3. Pergi ke app.senangpay.my/payment/158495223372 .


4. Bahagian Additional input letak nama perniagaan anda sama seperti di merchant portal. Contoh nama : Nasi Lemak Lantak, Air Buah-buahan Viral, ABC dan Cendol Pak Ali, Kedai Makan Penganggur dan seumpamanya. 'Refer by' boleh pilih mana-mana je. Isi bahagian 'Name', 'Email' dan 'Mobile Number' anda.


5. Ada 4 pilihan cara nak bayar RM100. Saya cadangkan pilih 'FPX' untuk bayar secara wire transfer guna online bank anda.


6. Lepas tekan 'FPX' anda tekan logo bank akaun milik anda untuk buat bayaran.


7. Sila screenshot success message anda selepas buat pembayaran dan hantarkan ke merchant@bungkusit.com.my untuk pengesahan.

8. Tunggu pihak Bungkusit hubungi anda.


Kenapa nak daftar sebagai peniaga di Bungkusit?

Pihak Bungkusit tak ambil komisen dari hasil peniaga. Jadi, pihak peniaga mesti letak harga jual di app Bungkusit sama seperti di tempat berniaga. 0% komisen!

Update 1 Disember 2021

Dulu Bungkusit memang tak ambil komisen dari peniaga. Sekarang Bungkusit ambil 20% komisen dari hasil jual peniaga. Dari segi komisen memang lebih rendah berbanding Foodpanda.

Bungkusit commission 20%

Contoh kalau nak jual nasi ambang RM10 di Bungkusit.

20% dari RM10 ialah RM2. Jadi Bungkusit ambil RM2 dan anda ambil RM8.

Adakah masih ada caj RM100 untuk satu tapak perniagaan?

Bungkusit Free Registration?

Dari segi web app, ada caj RM199 setiap bulan.


Apa yang dimaksudkan RM199 setiap bulan? Kalau tak bayar tak dapat masuk dalam app?

Peniaga-peniaga yang berdaftar di Bungkusit boleh tolong jelaskan?


Selain itu, pihak Bungkusit ambil 15% dari rider dorang.

Akhir kata, kalau ada info salah dalam content ini sila tegur baik-baik ya. Terima kasih sudi baca.

Sekian.

Source

Bungkusit

Cara untuk daftar dan gaji Rider Bungkusit

10 comments:

  1. Salam sejahtera. Saya nk tya mengenai rm100 utk 1 tapak tu boleh terangkan? Jika saya ada 10 menu makanan ada itu kira 10 tapak? Mohon penerangan. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera tuan/puan. Tapak yang saya maksudkan ialah alamat atau tempat berniaga. Menu bukan tapak jadi takde masalah nak letak 10 atau lebih.

      Bayar RM100 untuk 1 alamat/tempat berniaga.

      Semoga tuan/puan dapat pencerahan.

      Delete
    2. Kalau nak daftar dengan siapa ya nak dihubungi selain dr kena isi sendiri dlm web

      Delete
    3. Saya tak tahu daftar selain web.

      Delete
  2. Saya penjual ayam segar, boleh saya jual melalui bungkusit?

    ReplyDelete
  3. Saya nak tanya la, bungkus it ada application macam food panda tak? Atau order dari customer dia hantar kat hp je??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari segi application tu saya tak tahu.

      Kalau ada orang order, rider Bungkusit datang beli secara tunai dari tuan/puan. Kemudian rider Bungkusit hantar kepada customer untuk ambil duit.

      Delete
  4. boss, saya tengok dalam web bungkusit ada 20% commision. apa maksudnya tu? 20% pada vendor ke atau rider?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sekarang Bungkusit minta 20% komisen dari peniaga.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.