Sebelum ni saya pernah share cara nak daftar sebagai peniaga di Foodpanda. Kali ni saya nak kongsikan cara nak berhenti pula.
Cara deactivate Foodpanda? |
Ikuti langkah-langkah seperti berikut :
1. Boleh klik di sini dan pilih Malay (BM) untuk Bahasa Melayu. Terpulang kalau anda nak pilih English tapi saya cadangkan guna Bahasa Melayu je.
2. Isi nama restoran seperti yang didaftarkan di foodpanda, email yang anda daftar dengan foodpanda dan 'Vendor ID' anda. Kemudian tekan anak panah.
3. Tekan 'Pertanyaan Umum' dan tekan 'Restaurant' untuk Vendor Restaurant / Home based kitchen. Tekan 'Shop' untuk Vendor kedai.
4. Tekan 'Perkhidmatan Pengambilan'.
5. Tekan 'Penyahaktifan perkhidmatan pengambilan'. Kemudian pilih dan tekan sebab anda nak nyahaktif vendor Foodpanda. Lepas tu tekan 'I Agree' dan akhir sekali tekan anak panah.
Selepas selesai 5 langkah tersebut, anda perlu tunggu maklum balas dari pihak Foodpanda.
Tak jadi vendor Foodpanda tak bermakna anda tak boleh berniaga food delivery dari rumah. Dapat jimat duit dari potongan komisen 35% bagi setiap jualan. Itu belum lagi caj-caj lain sepanjang anda gunakan servis dorang.
Tak mustahil kalau ada pesaing yang tawarkan potongan komisen lebih rendah dari Foodpanda di Malaysia. Kalau dapat ikhtiar promote bisnes sendiri dan hantar sendiri ke rumah pelanggan lagi untung.
Wallahua'lam.
Barang milik food panda dia ambil sendiri atau kita pos sendiri??terima kasih
ReplyDeleteSaya tak tahu. Kena tanya terus pihak Foodpanda.
Deletemacam mana nak tengok semula vendor id/code kita tu ya?
ReplyDeleteMasa mula-mula diterima sebagai vendor, ada email/whatsapp dari foodpanda? Mungkin ada kat situ. Boleh juga tengok device yang Foodpanda bagi atau try tengok Foodpanda portal.
DeleteBoleh bukak mechant foodpanda > goDroid > help center > dan mintak je Vendor ID..
Deletetumpang tanya. ada bayaran atau caj ke kalau kita terminate food panda ni?
ReplyDeleteterima kasih. ππΌππΌ
Saya tak tahu. Kena tanya pihak Foodpanda seandainya ada caj-caj tertentu.
DeleteTakboleh bukak link
ReplyDeleteSaya pun dah try memang tak boleh buka link. Dah kena remove, tak tahulah kenapa.
DeleteTak dapat klik lagi link utk triminet tu
ReplyDeleteDah lama tak dapat buka link tu. Tak tahula kenapa.
DeleteSaya nak tutup sebagai vendor foodgpanda
ReplyDeleteBoleh chat atau message guna device yang FP bagi tu untuk terminate.
Deletemcmana nak chat
DeleteHai...mcm mane nak pulangkan device food panda ni ye? Ade sape2 boleh bantu? No customer services pun dah tiada dlm talian..
ReplyDeleteBoleh chat dengan staff Foodpanda melalui device Foodpanda atau boleh cuba email support[a]foodpanda.my
DeleteTukar [a] kepada @