Wednesday, December 23, 2020

Cara Nak Berhenti Berniaga di Foodpanda

Sebelum ni saya pernah share cara nak daftar sebagai peniaga di Foodpanda. Kali ni saya nak kongsikan cara nak berhenti pula.

Cara deactivate Foodpanda?

Ikuti langkah-langkah seperti berikut :
1. Boleh klik di sini dan pilih Malay (BM) untuk Bahasa Melayu. Terpulang kalau anda nak pilih English tapi saya cadangkan guna Bahasa Melayu je.


2. Isi nama restoran seperti yang didaftarkan di foodpanda, email yang anda daftar dengan foodpanda dan 'Vendor ID' anda. Kemudian tekan anak panah.

3. Tekan 'Pertanyaan Umum' dan tekan 'Restaurant' untuk Vendor Restaurant / Home based kitchen. Tekan 'Shop' untuk Vendor kedai.

4. Tekan 'Perkhidmatan Pengambilan'.

5. Tekan 'Penyahaktifan perkhidmatan pengambilan'. Kemudian pilih dan tekan sebab anda nak nyahaktif vendor Foodpanda. Lepas tu tekan 'I Agree' dan akhir sekali tekan anak panah.


Selepas selesai 5 langkah tersebut, anda perlu tunggu maklum balas dari pihak Foodpanda.

Tak jadi vendor Foodpanda tak bermakna anda tak boleh berniaga food delivery dari rumah. Dapat jimat duit dari potongan komisen 35% bagi setiap jualan. Itu belum lagi caj-caj lain sepanjang anda gunakan servis dorang.

Tak mustahil kalau ada pesaing yang tawarkan potongan komisen lebih rendah dari Foodpanda di Malaysia. Kalau dapat ikhtiar promote bisnes sendiri dan hantar sendiri ke rumah pelanggan lagi untung.

Wallahua'lam.

16 comments:

  1. Barang milik food panda dia ambil sendiri atau kita pos sendiri??terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak tahu. Kena tanya terus pihak Foodpanda.

      Delete
  2. macam mana nak tengok semula vendor id/code kita tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mula-mula diterima sebagai vendor, ada email/whatsapp dari foodpanda? Mungkin ada kat situ. Boleh juga tengok device yang Foodpanda bagi atau try tengok Foodpanda portal.

      Delete
    2. Boleh bukak mechant foodpanda > goDroid > help center > dan mintak je Vendor ID..

      Delete
  3. tumpang tanya. ada bayaran atau caj ke kalau kita terminate food panda ni?

    terima kasih. πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak tahu. Kena tanya pihak Foodpanda seandainya ada caj-caj tertentu.

      Delete
  4. Takboleh bukak link

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah try memang tak boleh buka link. Dah kena remove, tak tahulah kenapa.

      Delete
  5. Tak dapat klik lagi link utk triminet tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tak dapat buka link tu. Tak tahula kenapa.

      Delete
  6. Saya nak tutup sebagai vendor foodgpanda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh chat atau message guna device yang FP bagi tu untuk terminate.

      Delete
    2. mcmana nak chat

      Delete
  7. Hai...mcm mane nak pulangkan device food panda ni ye? Ade sape2 boleh bantu? No customer services pun dah tiada dlm talian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh chat dengan staff Foodpanda melalui device Foodpanda atau boleh cuba email support[a]foodpanda.my

      Tukar [a] kepada @

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.