Wednesday, December 30, 2020

Foodpanda VS Bungkusit

Dalam konten kali ini, saya nak buat perbandingan antara Foodpanda dan Bungkusit. Bukan setakat perbezaan sebagai peniaga je, perbezaan sebagai pelanggan pun saya cuba kupas.

Foodpanda VS Bungkusit









OK, jom kita mulakan sekarang.
PENIAGA
Daftar
Foodpanda tak kenakan apa-apa caj kepada peniaga yang nak daftar. Selain itu, Foodpanda bagi device atau mesin khas untuk peniaga secara percuma. Kalau rosak atau hilang je baru kena bayar RM600.

Bungkusit kenakan caj sebanyak RM100 untuk pendaftaran sebagai peniaga. Bayar RM100 hanya sekali untuk satu tempat perniagaan sahaja. Kalau lebih dari satu kena bayar lebih contoh kalau nak daftar untuk 3 premis perniagaan kena bayar RM300.

Adakah masih perlu bayar RM100 setelah Bungkusit ambil 20% komisen dari peniaga?

Komisen
Foodpanda ambil 35% dari setiap unit atau set yang berjaya dijual oleh peniaga.

Bungkusit ambil 20% komisen dari peniaga.

Bayaran
Foodpanda bayar hasil jualan siap tolak 35% komisen dan caj-caj tertentu kepada peniaga 2 minggu sekali. Seandainya Foodpanda lambat buat bayaran kepada peniaga, maknanya ada masalah di situ.


Susahlah nak berniaga kalau lambat dapat duit nak rolling modal. Masuk tahun 2021 dan seterusnya mudah-mudahan tak berlaku lagi perkara macam ni.

Sebelum ini, Bungkusit takde masalah lambat buat bayaran sebab tiada komisen yang diambil dari peniaga. Bayaran untuk peniaga dapat dari rider. Rider pula dapat duit dari pelanggan.

Sekarang Bungkusit ambil 20% dari peniaga. Buat masa ini saya takde info berapa hari peniaga-peniaga Bungkusit perlu tunggu untuk dapat bayaran setelah tolak komisen Bungkusit.

Populariti
Foodpanda cukup terkenal di Malaysia walaupun berasal dari Germany.


App Foodpanda telah 50 juta lebih kali didownload dari 50 buah negara termasuk Malaysia. Foodpanda memang terkenal sebab banyak buat iklan secara online dan offline. Arena gelanggang MMA (Mixed Martial Arts) One FC pun ada logo Foodpanda.

Bungkusit pula belum cukup terkenal di Malaysia walaupun berasal dari Malaysia.


App Bungkusit telah 500 ribu lebih kali didownload. Maklumlah target utama Bungkusit ialah Malaysia jadi tak hairanlah masih belum cecah 1 juta download buat masa ini.

Mungkin perkara ini yang menyebabkan lebih ramai peniaga pilih Foodpanda. Kalau Bungkusit bertahan, tak mustahil popularity Bungkusit boleh meningkat setanding Foodpanda.
 

PELANGGAN
App
Foodpanda menyediakan app yang kurang bermasalah seperti 'hang' atau kejong masa nak pilih menu.


Dari segi layout design, nampak professional.

Bungkusit punya app nampaknya perlu dibaiki atau dinaiktaraf. Tengah tengok menu makanan atau barang-barang yang dijual tiba-tiba 'hang'. Tekan apa-apa kat skrin phone takde respon.


Apa-apa hal pihak Bungkusit kena ambil berat pasal app supaya takde masalah 'hang' atau terkeluar secara automatik masa tengah pilih-pilih barang.

Penghantaran
Foodpanda ada perkhidmatan hantar secara percuma kalau jarak dekat. Anggaran jarak penghantaran yang dibuat oleh Foodpanda ialah dalam lingkungan 6km ke bawah.

Caj penghantaran ada yang RM0.99, RM1.99, RM2.99, RM3.99 dan RM4.99. Di sebalik caj penghantaran atau delivery fee Foodpanda ada 6% SST. Sebagai contoh kalau pelanggan order makanan yang kena delivery fee sebanyak RM4.99, ada tambahan 6% SST yang menyebabkan jumlah delivery fee meningkat jadi RM5.29 atau dibulatkan jadi RM5.30.

Selain makanan atau minuman, Foodpanda juga ada sediakan perkhidmatan hantar barang-barang runcit untuk pelanggan.

Bungkusit pula kenakan caj seperti berikut :

Rider Motor
Parcel 5km ke bawah : RM5
Makanan / Minuman 3km ke bawah : RM7
Barang runcit 5km ke bawah : RM10

Tambahan 1km seterusnya :
Parcel : RM0.95
Makanan / Minuman : RM1
Barang runcit : RM1

Limit saiz barang (L x W x H) : 50cm x 35cm x 25cm
Berat maksimum : 10 kg

Diskaun penghantaran dari 2pm hingga 5pm bagi tambahan 1km berikutnya :
Parcel : RM0.75
Makanan / Minuman : RM0.80
Barang runcit : RM0.85

Surcharge penghantaran dari 10pm hingga 7am bagi tambahan 1km berikutnya :
Parcel : RM1.20
Makanan / Minuman : RM1.25
Barang runcit : RM1.20

Rider Kereta
Parcel 5km ke bawah : RM7
Makanan / Minuman 5km ke bawah : RM17
Barang runcit 5km ke bawah : RM17

Tambahan 1km seterusnya :
Parcel : RM1
Makanan / Minuman : RM1
Barang runcit : RM1

Limit saiz barang (L x W x H) : 50cm x 50cm x 50cm
Berat maximum : 40kg

Diskaun penghantaran dari 2pm hingga 5pm bagi tambahan 1km berikutnya :
Parcel : RM0.90
Makanan / Minuman : RM0.90
Barang runcit : RM0.90

Surcharge penghantaran dari 10pm hingga 7am :
Parcel : RM1.10
Makanan / Minuman : RM1.25
Barang runcit : RM1.25

Contoh pelanggan order makanan dengan jarak 5km dari premis perniagaan ke rumahnya. Caj penghantaran rider motor ialah RM9. Cara kiraannya ialah RM7 bagi 3km pertama tambah RM2 bagi 2km berikutnya sama dengan RM9.

Kalau guna rider kereta lebih mahal. Jarak 5km ke bawah kena caj RM17. Kalau pelanggan malas nak keluar rumah beli barang-barang dapur, barulah berbaloi gunakan perkhidmatan rider kereta.

Jarak penghantaran Bungkusit ialah sejauh 500km. Kalau ada ibu mengandung di KL mengidam nak makan laksa Johor dari Johor Bahru bolehlah order guna Bungkusit. Masalahnya kena tengok kalau ada rider yang sanggup terima job hantar jauh-jauh ni.

Contoh jarak dari JB ke KL.

Caj Rider Motor :
  1. Caj penghantaran RM7 bagi 3km pertama tambah RM328 bagi 328km seterusnya berjumlah RM335.
  2. Kalau pengguna order masa diskaun antara 2pm hingga 5pm, RM7 bagi 3km pertama tambah (RM0.80x328) RM262 bagi 328km seterusnya berjumlah RM269.
  3. Kalau pengguna orfer masa surcharge antara 10pm hingga 7am, RM7 bagi 3km pertama tambah (RM1.25x328) RM410 bagi 328km seterusnya berjumlah RM417.
Itu baru kiraan guna motor. Kalau kiraan guna kereta lagi dahsyat. Ada ke rider kereta sanggup ambil job ni?

Caj Rider Kereta :
  1. Caj penghantaran RM17 bagi 5km pertama tambah RM326 bagi 326km seterusnya berjumlah RM343.
  2. Kalau pengguna order masa diskaun antara 2pm hingga 5pm, RM17 bagi 5km pertama tambah (RM0.90x326) RM293.40 bagi 326km seterusnya berjumlah RM310.40.
  3. Kalau pengguna order masa surcharge antara 10pm hingga 7am, RM17 bagi 5km pertama tambah (RM1.25x326) RM407.50 bagi 326km seterusnya berjumlah RM424.50.
Ada ke pengguna begitu? Mana tahu ada. Saya cuma buat kiraan je kalau betul-betul berlaku penghantaran sejauh itu.

Bungkusit bukan sekadar sediakan perkhidmatan hantar makanan, minuman dan barang-barang runcit sahaja ye. Hantar parcel pun boleh.

Contohnya suami dah sampai pejabat tapi tertinggal surat atau dokumen penting di rumah. Disebabkan takde masa nak patah balik ke rumah, boleh gunakan khidmat rider tolong ambilkan surat/dokumen dari rumah ke pejabat. Asalkan kat rumah ada orang contohnya isteri atau anak yang boleh bagi surat/dokumen kat rider untuk hantar terus ke pejabat.

Bukan setakat surat je, barang-barang lain pun boleh juga asalkan jangan lebih 10kg untuk rider motor atau jangan lebih 40kg untuk rider kereta. Contoh barang-barang lain tu mungkin jubah, tudung, telekung, songkok, kasut, pasu bunga, alat tulis dan lain-lain.

Penghantaran haiwan hidup tak dibenarkan oleh Bungkusit. Penghantaran benda-benda haram pun tak dibenarkan seperti babi, arak dan yang seumpama dengannya.

Tiada caj SST untuk pengguna Bungkusit buat masa ini. Mudah-mudahan akan datang pun tiada juga.

Harga
Foodpanda ambil komisen 35% jadi peniaga-peniaga terpaksa naikkan harga sekurang-kurang 35% juga. Kalau peniaga jual makanan harga biasa di kedai RM10 jadi terpaksa jual RM15.40 di app Foodpanda. Akibatnya pelanggan pun terpaksa bayar lebih 35%.

Seandainya ada voucher atau diskaun, pelanggan yang untung dapat beli pada harga rendah. Akan tetapi vendor Foodpanda terpaksa tanggung caj lebih dari 35% kalau join iklan atau promo Foodpanda. Kalau dah guna voucher siap free delivery memang pelanggan rasa berbaloi.

Tak mustahil juga seandainya ada harga makanan yang dinaikkan lebih 40% atau lebih lagi sebab nak tanggung sebarang caj-caj tambahan yang dikenakan oleh Foodpanda terhadap vendor. Akibatnya pelanggan yang menanggung harga tersebut atau terus tak jadi beli.

Bungkusit kenakan caj penghantaran kepada pelanggan dan ambil komisen 20% dari peniaga.

Sila baca nombor 2.

Berdasarkan info notes nomobor 2 dari Bungkusit, peniaga mesti letak harga yang sama di Bungkusit dan di lokasi perniagaan. Walaupun Bungkusit ambil komisen 20% tapi harga tak boleh dinaikkan di app Bungkusit.

Foodpanda tiada masalah jika harga di lokasi perniagaan tidak sama dengan harga di app Foodpanda. Peniaga bebas untuk naikkan harga di app bagi menanggung komisen 35% dan caj-caj tambahan lain dari Foodpanda.

Untuk buat perbandingan harga di antara Foodpanda dan Bungkusit, saya gunakan contoh sebungkus nasi briyani daging harga RM10 dalam jarak dekat tanpa sebarang diskaun atau voucher.

Contoh beli sebungkus
Pengguna Bungkusit yang beli sebungkus nasi briyani daging, harga yang perlu dibayar ialah RM17 termasuk penghantaran.

Pengguna Foodpanda yang beli sebungkus nasi briyani daging, harga yang perlu dibayar ialah RM15.40 sebab vendor terpaksa mark up harga extra 35%. Tiada caj penghantaran sebab free delivery.

Contoh beli 2 bungkus
Pengguna Bungkusit perlu bayar RM20 tambah RM7 delivery fee. Jumlahnya ialah RM27.

Pengguna Foodpanda perlu bayar RM30.80. Tiada caj penghantaran sebab free delivery.

Harga yang berbaloi untuk pelanggan?
Kalau setakat beli sikit contohnya sebungkus nasi briyani daging, lebih baik guna Foodpanda. Kalau nak beli lebih dari satu bungkus nasi briyani daging, lebih baik guna Bungkusit. Beli 2 bungkus guna Bungkusit harga RM27 termasuk delivery fee tapi beli 2 bungkus guna Foodpanda harga RM30.80 tanpa delivery fee.

Walaupun Foodpanda ada free delivery untuk jarak dekat tetapi harga makanan termasuk caj penghantaran lebih murah di Bungkusit berdasarkan contoh yang saya dah tunjukkan.

Mana satu lebih baik untuk peniaga?
Perkara ni mungkin boleh mendatangkan perbezaan pendapat dari pelbagai pihak.

Dari segi komisen, Bungkusit lebih baik untuk peniaga sebab ambil sebanyak 20%  berbanding Foodpanda iaitu 35%.

Dari segi penghantaran pun Bungkusit lebih baik sebab boleh cover kawasan sejauh 500km. Maknanya kalau ada tempat makan sedap dalam jarak 10km tu senang-senanglah pengguna Bungkusit nak order.

Dari segi voucher dan diskaun memang Foodpanda lebih baik dari Bungkusit. Saya tahu pengguna Foodpanda seronok bila dapat tawaran harga rendah. Akan tetapi pengguna-pengguna Foodpanda mungkin tak tahu betapa teruk vendors kena caj sebab nak terlibat dalam promo Foodpanda demi mendapatkan banyak sales.

Bungkusit pula mengenakan caj RM199 setiap bulan untuk penggunaan web app atau website.


Adakah list produk seperti makanan dan minuman terkeluar dari app Bungkusit kalau tak bayar RM199 setiap bulan?

Ada peniaga-peniaga di Bungkusit boleh tolong jelaskan?

Dari segi popularity saya tak nafikan memang Foodpanda lebih terkenal dari Bungkusit. Popularity tak jadi masalah bagi Bungkusit asalkan terus bertahan.

Foodpanda membenarkan peniaga jual benda haram seperti babi dan arak. Maknanya peniaga-peniaga berstatus haram lebih memihak Foodpanda dalam hal ini.

Bungkusit pula tak membenarkan peniaga jual babi, arak dan benda-benda haram yang lain. Sebagai orang Islam saya lebih memihak kepada Bungkusit dalam hal ini walaupun saya sendiri tak daftar pun sebagai merchant Bungkusit.

Seandainya anda ada pendapat sendiri berkenaan Foodpanda VS Bungkusit, silakan komen. Sama ada anda pro Foodpanda atau pro Bungkusit, tak jadi masalah untuk luahkan pendapat anda asalkan jaga adab.

Wallahua'lam.

Source

15 comments:

  1. Replies
    1. Ya sebab tu ramai pengguna pilih foodpanda buat masa ni.

      Delete
  2. Yang kesian rider bungkusit. RM10 kena tolak RM1.50. kalau dapat order makanan harga RM50, duit takde job terpaksa cancel. So what to do. memasing ada pro & con

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat yang baik. Maknanya rider Bungkusit kena prepare duit RM50 atau lebih untuk terima lebih banyak job. Saya setuju masing-masing ada kelebihan dan kelemahan.

      Delete
  3. sebab tu rider bungkusit dinasihatkan oleh pentadbir supaya nilai barang lebih dari rm 50, pelanngan perlu pindahkan ke akaun rider terlebih dahulu, `bagi memudahkan urusan jual beli,

    ReplyDelete
  4. Salam encik. Saya nak tanya. Had perjalanan untuk rider food panda berapa km ya? Saya bercadang nak jadi rider fp. Tapi, kalau dapat order jauh. Saya tak berani sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam encik Jeff, rider Foodpanda biasanya gerak dalam 6 ke 7km je. Dorang tak gerak jauh.

      Untuk kepastian had jarak yang lebih tepat, kena tanya pihak Foodpanda.

      Delete
  5. Bila tgk info yg tuan sampaikan ni, saya rasa Bungkusit punya business model macam tak sustainable.. kalau dia tak amik komisyen/ komisyen yg terlalu rendah, mmg diorg takkan dapat sustain mcm Foodpanda. Contoh yg sgt obvious dari segi Apps diorg, support system, etc. semua tu perlukan duit. So kalau revenue diorg kurang, mcm mana kita nk expect tahap service yg bagus setaraf dgn Foodpanda? Mmg betul ia baik utk vendor. tapi dalam dunia ni takde benda yg percuma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu pendapat yang baik untuk sustainable dalam bisnes hantar makanan. Setiap company ada cara masing-masing dalam persaingan.

      Saya tak tahu apa akan jadi kalau Bungkusit ikut cara Foodpanda. Adakah vendor Bungkusit semakin bertambah atau kurang?

      Terima kasih atas pendapat bernas dari tuan.

      Wallahua'lam.

      Delete
  6. Sy xpenah guna food panda sbb harga makanan jd mahal. Bbrp hari lps suami sy 1st time guna bungkusit. Agak leceh sbb rider mintak trf duit makanan sbb kos rm160. Kami xberani trf jd rider cancel. Pastu suami cek utk submit order sekali lg, tgk sorang je rider yg ada (mgkn rider td), jd suami terus msg rider td suh accept job & kami akan trf duit. Deal.

    Mlm ni sy terbaca status fb vendor food panda dpt 24 sen je dr sale rm1200++, sy rasa kesian sgt dekat vendor dan mula searching. Dan setelah baca ni, lps ni sy akan support bungkusit demi vendor. Sy peniaga jgk wpun bkn makanan jd sy phm kesusahan peniaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang macam tu kalau order dari Bungkusit. Rider dorang susah nak terima kalau order lebih RM50 melainkan customer transfer duit dulu.

      Kalau bawah RM50, dorang boleh je beli guna duit dorang dulu.

      Pasal sale RM1200 di Foodpanda tapi dapat 24 sen tu, nak tau juga kenapa boleh jadi macam tu?

      Saya sokong puan beli dari Bungkusit je. Itu hak puan sebagai pengguna.

      Saya setuju peniaga lebih faham kesusahan peniaga berbanding orang yang bukan peniaga.

      Terima kasih kongsi pengalaman di blog saya yang tak seberapa ni.

      Delete
  7. Bagaimana dgn delivery2 yg lain contoh Halo je delivery atau warung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti pasal delivery lain. Insha Allah saya kongsi info pasal company delivery yang lain kalau takde masalah.

      Delete
  8. Info yang sangat berguna untuk orang ramai. Keep it up.

    ReplyDelete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.