Dulu-dulu student nak berniaga kat kolej, pandai-pandai buat sendiri. Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal.
Sebelum ada Siswa Mall lagi budak-budak U atau kolej dah berniaga.
Bila dah ada Siswa Mall, lagi senanglah para pelajar nak berniaga. Apa-apa hal boleh baca petikan berita ni dulu.
MANSOR Othman (dua kanan) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim (kanan) melawat pameran Malakat Mall pada Majlis Perasmian Raudhah College di Cyberjaya. |
Melalui skim dikenali sebagai Program KPT-MEDAC Siswaprenuer itu, sejumlah RM5 juta diperuntukkan dengan sasaran 1,500 usahawan pelajar perintis dalam tempoh enam bulan.
“Kita akan cuba mewujudkan Siswa Mall dan buat permulaan 15 institusi pengajian tinggi awam dipilih sebelum diperluaskan bagi mewujudkan budaya berniaga di kampus,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan kampus baharu Raudhah College dan melancarkan Kempen Graduan Bekerjaya di Malakat Mall, Cyberjaya dekat sini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Raudhah College, Dr. Taha Omar dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan.
Mengulas lanjut, Mansor berkata, berdasarkan pengalaman meninjau situasi pusat pengajian tinggi tempatan didapati ramai pelajar ada bakat menjadi usahawan yang berjaya jika dipupuk dengan baik.
"Malangnya idea mereka itu tidak dikomersialkan di pasaran lebih luas selain kekangan dari segi modal permulaan dan lokasi perniagaan yang tidak strategik,” katanya dalam nada kesal.
Justeru, beliau berharap pihak Malakat Mall dapat bekerjasama dengan kementeriannya bagi memberi kepakaran idea untuk penubuhan Siswa Mall sebagai platform penuntut berniaga.
Pada masa sama, kemahiran keusahawan itu diharap mampu mengatasi masalah lambakan graduan yang menganggur kerana tiada pekerjaan sesuai selepas menamatkan pengajian.
Ini juga ujarnya, sejajar Pelan Pembangunan Pendidikan 2015 – 2025 bagi melahirkan ramai lagi lepasan universiti yang ada wawasan sebagai pencipta kerja dan bukan lagi pencari kerja.
"Setakat ini dianggarkan ada hampir 200,000 graduan menganggur dan kerajaan berharap, program diwujudkan itu dimanfaatkan pelajar universiti untuk bina pengalaman,” tegasnya.
Mansor turut memaklumkan, beliau sendiri mengambil inisiatif bincang dengan pihak Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) bagi membantu penuntut pusat pengajian tinggi.
Hasil pertemuan agensi itu bulan lalu jelas beliau, akhirnya berjaya mencapai persetujuan untuk ia bertindak sebagai pembiaya skim mikro kredit untuk pelajar memulakan perniagaan.
TEKUN memperuntukan sebanyak RM20 juta dengan sasaran seramai 20,000 usahawan dalam kalangan penuntut universiti dapat diwujudkan menjelang mereka habis pengajian.
"Saya lihat pelbagai usaha itu sebagai tanda kerajaan prihatin membina ruang dan peluang terbaik untuk bantu perkasa peniaga sejajar misi Malaysia Negara Keusahawanan,” katanya.
Pendapat saya
Graduan yang menganggur sampai 200,000 orang tu bukan sikit ye. Itu belum lagi termasuk graduan bertahun-tahun dulu yang masih menganggur. Tak termasuk lagi orang ramai yang dihentikan kerja sejak pandemik Covid-19.
Ada yang dapat kerja lain so berjaya lepaskan diri dari jadi penganggur. Contoh paling mudah bawa Grab / Grabfood atau jadi Foodpanda rider. Walaupun bidang pekerjaan di luar bidang pelajaran tapi terpaksa jugalah buat demi mencari rezeki yang halal.
Ada yang boleh survive dengan cara berniaga sehingga berjaya dalam dunia perniagaan. Malangnya ada juga yang gagal berniaga dan terpaksa cari kerja lain. Cari punya cari masih tak dapat maka terpaksalah menganggur..
Selagi nyawa masih dikandung badan, jangan sesekali putus asa. Insha Allah pasti ada jalannya.
Kalau belum ada idea nak berniaga, boleh tengok 86 idea perniagaan di sini.
Source
wahhh...inisiatif yang bagus kan..rugi kalau tak dimanfaatkan..saya dulu masa belajar pun pepandai sendiri je buat bisnes dalam kolej..ambik servis repair laptop,buat printing assigment dan jual topup..
ReplyDeleteStudents dulu pandai cari peluang berniaga walaupun takde Siswa Mall. Sekarang senang dah ada Siswa Mall, memang rugi kalau students tak ambil peluang.
Delete