Wednesday, January 13, 2021

Idea Berniaga di Rumah Bertingkat-Tingkat

Idea yang saya nak kongsikan ini sesuai untuk anda yang tinggal di rumah flat, apartment, kondominium atau rumah dalam kategori bertingkat-tingkat. Kita sedia maklum bukan semua orang duduk rumah bertingkat-tingkat ni rajin nak keluar rumah selalu.

Apa idea anda?

Perniagaan apa yang sesuai di rumah bertingkat-tingkat?

1. Jual Makanan

Jenis makanan terpulang kepada permintaan di kawasan rumah anda. Kalau ada banyak permintaan nasi lemak, anda jual nasi lemak siap hantar sampai depan pintu rumah. Kalau boleh kenakan syarat beli 3 bungkus baru hantar.

Selain nasi lemak, anda boleh fikirkan makanan-makanan lain seperti nasi ambang, lontong, soto, takoyaki, okonomiyaki, kuih-muih dan lain-lain. Kenakan syarat kalau beli RM5 atau lebih baru tolong hantar sampai depan rumah.


2. Jual Minuman

Fikirkan minuman-minuman menarik zaman sekarang. Contohnya ice blended, boba tea, dalgona coffee.

Jual air yang simple seperti teh atau kopi pun OK juga. Kalau nak jual air kotak, tin atau botol pun tak jadi masalah.

Kalau boleh jangan ambil upah hantar tapi kenakan syarat beli air berjumlah RM5 atau lebih baru tolong hantar. Seandainya anda masih nak kenakan caj penghantaran, terpulanglah.


3. Belikan Barang

Perkhidmatan belikan barang-barang dapur ni makin terkenal sejak PKP tahun 2020. Idea ni menarik cuma pelanggan yang ambil kesempatan ni yang tak menarik.

Dulu pernah berlaku di Tawau, runner dah tolong belikan barang-barang cecah harga RM195.90 untuk datin duduk rumah banglo. Jarak perjalanan ke rumah datin tu 29km. Bila barang-barang dah sampai, datin tu punyalah berlagak tapi kedekut bagi RM200 je kat runner siap kata yang lebih tu upah tolong angkat barang.

Datin tu ingat besar sangat dia punya lebih RM4.10 tu. Paling kurang dia kena bagi kat runner tu upah RM29. Rumah nak besar, belanja nak besar, barang nak cepat sampai tapi kedekut gila.

Sepatutnya viralkan alamat rumah datin tu supaya runner-runner yang lain tak jadi mangsa. Sudahla kedekut, menyusahkan orang lain pulak tu. Lepas ni biar datin Tawau kedekut tu keluar rumah pergi beli sendiri barang-barang yang dia nak.

Saya cadangkan runner masa hantar barang ke rumah pelanggan tu buat rakaman video sama ada guna smartphone atau sebarang jenis camera yang OK. Kalau orang tu tak nak bayar, tolong viralkan supaya runner-runner yang lain terselamat. Paling kurang dedahkan alamat rumah pelanggan jahat macam ni demi kebaikan peniaga-peniaga lain yang buat COD (Cash on Delivery).

Asyik viralkan peniaga jahat je, pelanggan jahat pun nak kena viralkan juga. Barulah seimbang.

Caj tolong belikan barang tu saya cadangkan RM10 kalau guna motor bagi kawasan kurang 5km. Kalau guna kereta caj RM20 bagi kawasan kurang 5km juga. Kalau lebih 5km, kenakan caj RM1 bagi setiap 1km berikutnya.

Jumlah barang yang nak dibelikan pun perlu diambil kira. Kalau runner guna motor, jangan paksa diri terima pelanggan yang suruh beli barang terlalu banyak sampai susah nak diangkut atas motor. Sebaik-baiknya jumlah berat barang bawah 10kg atau 15kg je kalau guna motor.

Saya rasa caj macam tu OK memandangkan runner nak kena bersusah-payah cari parking, pilih barang, ambil barang, beratur untuk bayar, tolak troley, angkat barang, bawa barang ke rumah pelanggan. Sekurang-kurangnya berbaloi walaupun rumah pelanggan berada di tingkat paling atas.

Anda boleh ubah harga caj yang anda rasa lebih baik dari caj yang saya cadangkan.


4. Servis Kenderaan

Setakat tukar minyak enjin dan oil filter, tak perlu bengkel pun. Anda perlu pastikan jenis kenderaan yang nak diservis tu sebelum nak servis. Saiz oil filter tak sama untuk semua jenis kenderaan.

Servis kenderaan sendiri nampak senang je kan? Sebenarnya bukan semua orang tahu atau rajin nak servis kereta sendiri.

Selain tukar minyak enjin dengan oil filter, boleh juga tukar parts yang lain. Contohnya tukar plug, bateri, wiper, alternator dan lain-lain yang boleh dilakukan tanpa perlu ke workshop.

Inilah peluang untuk jadi mekanik bergerak di kawasan rumah bertingkat-tingkat. Kalau tak dapat buat full time, cubalah buat secara sampingan dulu.

Kalau pemilik kenderaan call/whatsapp suruh ambil kunci, anda pergi je la walaupun di tingkat 18 atau lebih lagi. Siap servis/repair, baru pergi ke rumah customer minta duit dan pulangkan balik kunci kenderaan dia.

Senangnya pemilik-pemilik kereta/motor/van/truck kalau macam ni. Tunggu kat rumah tahu-tahu je kereta dah siap servis/repair. Tak payah keluar cari workshop.


5. Jaga anak orang

Bisnes jaga anak orang ni sesuai untuk orang yang penyabar dan suka budak-budak. Kalau penyabar tapi tak suka budak-budak memang tak sesuai buat bisnes ni. Kalau suka budak-budak tapi tak penyabar pun tak boleh juga.

Budak-budak ni bukannya sentiasa tersenyum dan mesra. Ada masa dorang buat perangai memang sakit hati dibuatnya.

Jangan main terima je nak jaga anak orang sebanyak-banyaknya sebab nak duit lebih. Keselesaan anak-anak orang yang diamanahkan untuk anda jaga adalah sangat penting. Kena ada limit supaya rumah anda tak sesak.

Boleh add on servis siap ambil dan hantar anak pelanggan depan rumah. Mak bapak yang penat balik kerja boleh terus pulang ke rumah. Tahu-tahu je, anda dah tolong hantarkan anak-anak dorang sampai depan rumah.

Kalau boleh ambil upah hari, jangan ambil upah bulan. Ini bertujuan untuk elakkan perkara berbangkit seperti ibu/bapa budak-budak rasa tak puas hati kena bayar fixed price setiap bulan walaupun anda cuti tak nak jaga anak-anak dorang pada hari tertentu. Nanti timbul masalah dorang minta kurangkan harga sedangkan anda tak nak kurangkan harga sebab nak merasa cuti bergaji macam pekerja-pekerja makan gaji.

Oleh itu ambil upah setiap hari lebih baik dari ambil upah setiap bulan. Anda jaga baru dapat duit, kalau cuti takde duit. Takdelah ibu bapa budak-budak tu rasa diambil kesempatan.

Berapa upah sesuai jaga sorang budak kecik sehari? RM15? RM20 atau lebih? Kalau jaga baby memang harga lebihlah.


6. Tukang jahit

Pergi rumah pelanggan anda, ambil ukuran, ambil kain atau pilihkan kain untuk pelanggan anda, bagitahu jumlah harga yang anda kenakan dan ambil deposit. Dah siap nanti baru hantar dan ambil duit selebihnya.

Permudahkan pelanggan-pelanggan anda yang nak tempah pakaian. Kalau skill jahitan anda bagus, silap-silap tak cukup tangan terima tempahan walaupun anda kenakan caj lebih.

Mana tahu jadi tukang jahit di rumah flat boleh jadi kaya-raya. Tak mustahil orang luar kawasan rumah flat pun mencari.

Selain ambil tempahan jahit pakaian, mungkin anda boleh jual tudung, jubah, baju melayu, songkok dan pakaian-pakaian lain buat tambah lagi kekayaan anda.


7. Tukang Urut

Ada urut sesuai untuk perempuan lepas mengandung, tangan terseliuh, badan banyak angin dan lain-lain. Kalau anda pandai mengurut, inilah peluang untuk bantu pesakit sambil buat duit.

Cuma jangan sesekali guna teknik urut kumpul angin. Ada tukang urut jahat buat macam tu sebab nak ambil kesempatan kaut duit sebanyak-banyaknya dari pelanggan yang sama berulangkali.

Kalau teknik urutan anda bagus dan harga berpatutan, tak mustahil ramai yang akan cari anda. Silap-silap orang dari luar kawasan tempat tinggal anda pun mencari.

Selain urut, mungkin anda boleh jual minyak gamat atau sebarang jenis produk kesihatan yang berkualiti untuk tambah lagi pendapatan.


Apa pilihan anda?

Anda dah buat pilihan atau anda ada pilihan selain dari yang saya kongsikan dalam content ni? Walau apa pun pilihan anda, saya sokong asalkan halal.

Saya ada terfikir nak masukkan idea tukang kasut tapi memikirkan harga kasut sekarang murah-murah. Saya sendiri kalau tapak kasut tertanggal, saya terus beli baru je.

Kalau kasut harga RM20 koyak atau tapak dah haus lepas setahun pakai, saya beli baru je. Tak fikir panjang dah.

Kalau anda rasa berbaloi jadi tukang kasut di rumah bertingkat-tingkat, silakan. Boleh jadi pendapat saya salah.

Saya ada juga terfikir nak bagi idea cuci kereta. Kalau duduk rumah paling bawah atau ada tapak kosong khas untuk anda sorang je bolehla buat servis cuci kereta. Mungkin boleh juga kalau anda sanggup tolak/angkat/bawa satu tong berisi air termasuk segala alat-alat pencuci ke tempat kereta pelanggan anda.

Kalau anda fikir berbaloi untuk buat car wash bergerak, silakan. Mungkin ada banyak permintaan?

Perkhidmatan bekam pun saya ada terfikir juga. Cuma sekarang ni alat-alat bekam murah dan senang-senang je boleh dibeli secara online. Kalau nak bekam satu family, dorang beli satu set bekam dan bekam sesama sendiri je.

Sekali lagi mungkin pendapat saya salah, jadi terpulang sekiranya anda masih nak jadi tukang bekam bergerak.

Selain tu, saya ada terfikir juga nak bagi idea servis jaga haiwan. Contohnya kalau ada orang nak balik kampung, boleh letak kucing dorang di tempat anda. Caj dikenakan bergantung pada berapa hari kucing tu perlu tumpang di rumah anda.

Mungkin idea ni menarik untuk tambah pendapatan anda. Adakah anda bersedia untuk jaga haiwan selain kucing juga? Terpulang.

Kalau anda ada idea-idea lain untuk orang berniaga di rumah bertingkat-tingkat, sila kongsi melalui komen.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.