Friday, January 22, 2021

PKP 2021 Boleh Berniaga Makanan Sampai Pukul 10 Malam

Ini berita baik untuk peniaga yang nak berniaga waktu lebih. Sebelum ni boleh berniaga sampai pukul 8 malam je tapi Kerajaan dah bagi kelonggaran berniaga sampai pukul 10 malam.

PKP 2.0 - Berniaga sampai 10 pm.

Siapa yang nak sangat berniaga waktu malam ni?
Tolak tepi pam minyak, kedai makan atau pasaraya 24 jam,  sebelum PKP dilaksanakan memang saya biasa nampak kebanyakan peniaga malam ni jual burger atau sate. Dorang berniaga sampai larut malam.

Selain  peniaga burger atau sate, ada juga peniaga lain yang nak berniaga sampai pukul 10 malam masa PKP. Target pelanggan dorang ialah orang balik kerja nak makan tapi penat nak masak sendiri. Jadi inilah peluang peniaga-peniaga makanan waktu petang sampai malam.

Kepada semua peniaga-peniaga makanan waktu petang/malam, gunakanlah peluang ini dengan sebaik-baiknya. Mungkin ada di antara anda yang dah biasa berniaga sampai tengah malam sebelum ni. Buat masa ini bersabar dan bersyukurlah dapat juga berniaga sampai pukul 10 malam.

Kalau rasa susah nak sewa kedai atau berniaga tepi jalan, boleh berniaga dari rumah. Buat penghantaran sendiri atau gunakan perkhidmatan online seperti Bungkusit atau PG Mall.

Apa-apa hal jangan putus asa dalam perniagaan.

P/s : Mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Source

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.