COD (Cash On Delivery) adalah cara peniaga untuk dapatkan kepercayaan pelanggan. Barang dah ada depan mata baru bayar.
COD = Tunai atas penghantaran. |
Masalahnya bila ada mangkuk-mangkuk hayun yang ambil kesempatan.
Nak barang percuma je. Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Janganlah susahkan orang yang tolong hantar barang.
Tak semestinya peniaga yang hantar barang yang nak dijual. Boleh jadi yang menghantar tu bukan penjual/peniaga contohnya rider Foodpanda atau Grabfood atau yang lain-lain.
Orang Asing Biadap Dah Order Tapi Tak Nak Bayar
Dah tengok video tu? Duduk Condominium rumah mahal, dah order makan/minum sampai RM107.78 tapi tak nak bayar. Memang kurang ajarlah orang asing tu.
Amirul COD iPhone Diculik oleh 3 Orang Jahat
Penjual iPhone kena tahan 5 hari oleh orang yang kononnya nak beli iPhone. Dah tak mampu nak beli iPhone, pergi culik peniaga pulak. Dorang ingat boleh dapat duit tebusan dari Tim Cook, CEO Apple?
Biar bodoh asalkan jangan kurang ajar. Baik tak payah order kalau tak mampu.
Bukan salah peniaga yang sediakan pilihan COD untuk pembeli. Kelebihan COD ni untuk dapatkan kepercayaan dari pembeli. Barang dah sampai depan rumah, baru bayar.
Kepada pelanggan-pelanggan COD yang bayar sepenuhnya selepas barang sampai, saya sokong 100%. Tindakan anda sangat dihargai. Bak kata pepatah moden era Covid-19, "Buat baik berulangkali, buat jahat jangan sekali".
Kepada pelanggan-pelanggan COD yang tak nak bayar lepas barang sampai, semoga dikecam selagi tak bayar. Tindakan anda menyusahkan orang lain. Bak kata pepatah "Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa".
Kepada peniaga-peniaga COD yang beriman, jangan lupa bayar zakat pendapatan atau perniagaan bila bisnes dah semakin mantap. Perbanyakkan sedekah, mudah-mudahan Allah lindung dari segala bahaya dan gantikan sedekah anda dengan kekayaan berlipat kaliganda.
P/s : Saya tak terima sedekah sebab saya bukan orang miskin.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.