Thursday, March 4, 2021

Peniaga Kek Untung Besar Musim Covid-19

Ada peniaga yang rugi dan ada juga peniaga yang untung walaupun dalam musim Covid-19. Ada yang terpaksa gulung tikar tetapi ada juga yang tak cukup tangan dapat banyak permintaan.

Penjual kek di Temerloh.

Dalam content kali ini, saya nak kongsikan info pasal kejayaan penjual kek.

Nurul Fatimah binti Marzuki berusia 35 tahun merupakan seorang ibu kepada 3 orang anak yang berjaya sebagai seorang peniaga. Bermula dengan pinjam duit suaminya sebanyak RM50 dan tengok cara-cara orang buat kek di Youtube, siapa sangka Fatimah jadi penjual kek yang berjaya di Taman Temerloh Jaya.

Ada banyak jenis kek yang Fatimah buat, antara tempahan yang banyak diterima ialah kek hari jadi, coklat pisang, coklat moist dan brownies. Fatimah hanya gunakan whatsapp je untuk terima tempahan dari pelanggan. Perniagaannya semakin terkenal apabila pelanggan-pelanggan recommend kepada orang lain pula.

Hasil tempahan yang semakin banyak dari daerah Temerloh telah menyebabkan Fatimah tak menang tangan. Mesej whatsapp bertalu-talu masuk nak order kek.

Walaupun berjaya dengan perniagaan kek, Fatimah tetap rasa simpati dengan peniaga-peniaga lain yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Ulasan

Peniaga mana yang tak nak terima banyak tempahan? Lagi banyak tempahan, lagi untung.

Guna whatsapp dan sampaikan cerita dari orang ke orang pun boleh laris manis.

Mungkin ramai orang di Temerloh lepas ni nak jual kek macam Fatimah juga?

Saya ada sedikit pengalaman jual kek coklat moist di bazaar sebelum PKP. Masa tu belum ada lagi yang jual kek coklat moist macam isteri saya buat. Hasilnya memang lumayan sebab tiada persaingan.

Tak sampai seminggu dah ada peniaga lain tiru nak jual kek coklat moist juga. Tahun berikutnya makin bertambah peniaga jual kek coklat moist di bazaar tempat saya berniaga.

Hahaha buat saya teringat masa pisang goreng cheese mula-mula viral di Johor dulu. Habis bersepah-sepah orang jual pisang goreng cheese sana sini. Akhirnya hanya segelintir je yang bertahan jual pisang goreng cheese itu pun ibarat hidup segan mati tak mahu.

Orang Johor makan pisang goreng cicah kicap tapi bukan sebarang kicap. Kicap tu ada ramuannya supaya sedap dimakan dengan pisang goreng. Kalau main letak kicap botol gitu-gitu je memanglah tak sedap makan dengan pisang goreng.

Terus teranglah kalau produk kita ditiru maknanya memang produk kita mantap. Kalau produk hampeh, orang tak nak tiru.

Jangan pula dah tiru resepi Harimau Menangis terus mengaku resepi tu dia yang punya. Tak tahu malu ke?

Wallahua'lam.


Source

Peniaga kek untung melonjak musim Covid-19

2 comments:

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.