Thursday, April 22, 2021

Takut Buat Bisnes Tak Laku

Ada orang memang berani buat bisnes. Jadi takde masalah takut berniaga tapi tak laku. Content kali ni saya buat khas untuk orang yang takut buat bisnes tak laku.

Takut berniaga ke?

Persoalannya, apa yang buat anda takut berniaga?

Setiap orang pasti ada alasan tersendiri takut nak berniaga. Siapa nak rugi berniaga? Semua peniaga nak untung.

Mula-mula kenal pasti penyebab anda takut rugi nak berniaga. Saya tak tahu apa punca sebenar anda takut nak berniaga tapi saya boleh bagi contoh di sini.

Contohnya anda takut produk jualan anda takde permintaan. Buat secara kecil-kecilan dulu. Try buat iklan di mudah.my atau carousell.com.my  dan lihat kalau ada permintaan sebelym nak berniaga secara besar-besaran.

Boleh juga beriklan selain dari dua online markeplace tersebut. Apa-apa hal mula secara kecil-kecilan. Andaikata tak laku, takdelah teruk sangat anda nak tanggung.

Mungkin juga anda takut bisnes tak laku sebab dah ramai buat benda yang sama?

Tak perlu risau. Anda boleh jual benda yang sama dan tambah benda lain juga. Contohnya orang berdekatan anda jual nasi lemak, anda pun boleh jual nasi lemak tapi ada tambahan lauk ayam goreng, ayam masak merah, paru masak sambal, puyuh goreng, telur puyuh dan lain-lain.

Begitu juga dengan kuih-muih. Mungkin kuih yang anda nak jual telah dijual oleh orang lain juga. Cuba cari kuih apa yang orang tu tak jual.

Saya bagi contoh nagasari sebab kalau saya pergi ke bazar tahun ni, saya lebih senang jumpa lepat pisang/ubi berbanding nagasari. Bukan sebab takde orang jual nagasari cuma entahlah mungkin peniaga kuih-muih lebih suka buat lepat pisang/ubi sebab lebih banyak permintaan berbanding nagasari?

Apa lagi yang buat anda takut bisnes tak laku?

Sebab takde pengalaman?

Mulakan berniaga sekarang untuk dapatkan pengalaman.


Kalau ada sebab-sebab lain, mungkin kita boleh sama-sama kongsi dan selesaikan?

Bangunan besar bermula dari seketul batu. Bukan tiba-tiba besar.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.