Idea bisnes yang saya nak kongsikan dalam topik kali ini khas untuk pemilik motorsikal. Selain dari jadi rider untuk Foodpanda, Grabfood, Bungkusit, Lalamove dan yang seumpama dengannya, masih ada lagi cara-cara lain untuk tambah pendapatan.
Apa yang boleh dipikul belakang motor?
Idea untuk tambah pendapatan guna motor
Jual makanan/minuman
Biasa tengok peniaga jual aiskrim guna motor? Kalau sebelum pandemik Covid-19, dorang tunggu kat depan sekolah je time budak-budak balik. Selain tu, dorang lalu depan rumah siap bunyi loceng atau berlagu paddle pop.
Jual aiskrim adalah satu daripada cara terbaik untuk tambah pendapatan guna motor. Sebenarnya ada juga cara lain.
Cuba fikirkan selain aiskrim. Mungkin boleh jual roti homemade, buah potong, ikan, sayur, jelly kelapa, kacang rebus, rojak, sate, kuih-muih dan lain-lain.
Jual selain makanan/minuman
Kalau nak buat idea ni memang mencabar. Barang apa yang senang dibawa semasa tunggang motor?
Barang-barang kecik seperti mnyak wangi, gadget, powerbank, charger, pendrive, stokin, sarung tangan, cincin, gelang, rantai, alat solek.. apa lagi?
Jual top up?
Selain tu ada lagi?
Kalau difikirkan lagi memang ada tapi agak mencabar kalau nak jual selain makanan guna motor.
Buat penghantaran barang
Tolong hantar barang yang kecik je la bawah 10kg. Sebagai contoh anda boleh caj pelanggan RM5 untuk hantar barang jarak 5km ke bawah. Bagi setiap km seterusnya kena tambah RM1.
Bungkusit tak benarkan penghantaran haiwan peliharaan, jadi anda boleh ambil kesempatan tolong hantar haiwan hidup kecil contoh anak kucing, ikan, hamster, burung dan seumpamanya. Babi, anjing dan keturunan atau kacukannya tak payahlah nak dihantar juga.. Najis berat tu.
Kalau nak buat servis penghantaran ni kena pastikan anda dah sediakan baju hujan dan box belakang motor untuk hantar barang.
Servis edar risalah
Sebagai contoh boleh caj RM70 untuk edarkan 1000 helai risalah. Kalau edar 3000 helai, caj RM200. Pandai-pandailah anda main harga ikut harga pasaran semasa.
Target utama anda ialah peniaga-peniaga yang nak promote produk/perkhidmatan dorang. Anda boleh hantar risalah dorang ke rumah teres, flat, pejabat, selit di kereta, van, motor dan lain-lain.
Sewakan motor anda
Harga sewa bergantung kepada saiz atau harga motor anda. Contoh kalau harga bawah RM5000, caj penyewa motor anda sehari RM40 atau seminggu RM240. Lagi besar cc atau harga motor, lagi tinggilah sewa yang anda boleh kenakan.
Anda kena ikut harga semasa pasaran sewa motor sebelum buat bisnes ni. Harga yang saya bagi tu sebagai contoh je, tak ikut harga pasaran pun.
Kalau nak buat sewa motor ni pastikan anda minta salinan IC, lesen dan bil elektrik/air dari penyewa demi keselamatan. Sebaik-baiknya letak sekali GPS tracker di motor sewa anda untuk elak perkara-perkara yang tak diingini.
Mekanik bergerak
Servis kenderaan pelanggan anda depan rumah. Pelanggan anda tak perlu ke bengkel untuk servis kereta, van atau motor.
Kalau part kenderaan yang rosak tu kecik, boleh diganti kat situ juga. Kalau part nak kena repair/ganti tu besar, terpaksalah settle di workshop. Contohnya overhaul, tukar/potong head dan seumpamanya.
Pencuci bergerak
Terpulang sama ada anda nak jadi pencuci kereta atau motor sahaja atau kedua-duanya sekali. Datang ke rumah pelanggan dan cucilah kenderaan di situ. Harga biar rendah sedikit dari harga pasaran car wash .
Sabun, span, kain dan lain-lain peralatan cuci kenderaan memanglah anda yang punya tapi terpaksa guna air di rumah pelanggan. Contoh kalau harga pasaran cuci kereta bahagian luar sahaja RM12, anda caj RM10 je kira tolak caj guna air pelanggan.
Kalau lokasi jauh tapi pelanggan tetap nak guna servis cuci anda juga, anda boleh caj jarak perjalanan. Terpulang kepada anda nak caj berapa tapi biarlah berpatutan.
Kalau anda nak jadi pencuci rumah pun boleh juga asalkan alat-alat mencuci rumah boleh dibawa guna motor.
Cuci kucing? Basuh sangkar kucing?
Tukang kasut bergerak
Pergi ke rumah orang yang ada masalah kasut rosak seperti koyak atau tertanggal. Terpulang sama ada anda repair kasut di rumah pelanggan atau bawa balik kasut tersebut ke rumah anda. Bila dah siap repair baru pulangkan dan ambil upah.
Selain tu mungkin anda boleh tambah perkhidmatan menggilap kasut.
Gunakan motor anda dengan sebaik-baiknya
Sila pilih idea dan gunakan motor anda untuk tambah pendapatan dengan sebanysk-banyaknya. Kalau anda ada idea lain yang lebih baik, jom kongsi di bahagian komen.
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.