Wednesday, June 23, 2021

onBaza untuk peniaga kecil di KL

Pernah dengar pasal app onBaza? Macam Foodpanda atau Bungkusit juga tapi buat masa ni tertumpu di KL je.

Buat masa ni baru 1000 lebih je download.

Kalau anda orang KL, saya cadangkan anda baca content topik kali ni sampai habis.

Sesiapa yang nak jadi peniaga makanan/minuman dari rumah, silakan daftar sebagai vendor onBaza. Pergi je ke website https://onbaza.com

Daftar sebagai vendor atau rider?

Di website tu, anda boleh pilih nak daftar sebagai rider atau vendor.

Di antara kebaikan app onBaza yang saya nampak ialah hidangan yang halal sahaja dibenarkan untuk dijual. Tak macam Foodpanda, segala makan/minum haram pun orang boleh jual/beli.

Bayaran yang dikenakan untuk vendor

Kalau anda tengok screenshot yang saya kongsikan, vendor kena bayar RM69.90 untuk 6 bulan dan/atau RM99.90 untuk 1 tahun. Selain tu, vendor juga kena caj 15% untuk setiap unit yang dijual.

Adakah vendor boleh pilih untuk terus bayar RM99.90 untuk setahun?

Pasal bayar 6 bulan dengan 1 tahun tu saya tak nampak perkataan 'or'. Itu yang keliru sikit. Kalau vendor onBaza boleh pilih bayar RM99.90 setahun, jimatlah sikit walaupun tak boleh lawan Bungkusit punya caj RM100 sekali je untuk satu kedai/warung/kiosk/premis perniagaan.


Masalah Problem

Masalah Bungkusit ialah app dia sangkut masa saya tengah pilih-pilih nak tengok.

Kalau ada vendor onBaza sendiri yang baca blog ni, silakan komen pengalaman anda berniaga di onBaza. Pembeli di onBaza pun saya jemput untuk kongsi pandangan anda.

App onBaza ni baru lagi ni. Kalau betul-betul bagus, biar sampai ke seluruh Malaysia. Takkan KL je kan?

Kalau anda nak tahu lebih lanjut pasal onBaza, anda boleh whatsapp di 01111816649.


Source

Terms and Condition for Vendor

onBaza bantu peniaga kecil dan warung

2 comments:

  1. Yup..saya dah jadi vendor dorang.so far ok.mmg mesra peniaga kecil dan online mcm saya. support sebab dorang mmg bg org muslim je jual dalam tu.sbb nak jual makanan halal je dalam tu.

    ReplyDelete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.