Tuesday, September 21, 2021

Adakah Perniagaan Nasi Lemak Anda Merosot Selepas Covid-19 "Menetap" di Malaysia?

Percayakah anda masalah PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) masih ada di Malaysia sehingga kini? Kalau Covid-19 pun sibuk nak jadi "penduduk tetap" di Malaysia?

Business nasi lemak anda masih open?

Saya bukan nak cerita pasal pendatang haram di Malaysia tapi.. Teruskanlah baca.
Adakah bisnes kecil nasi lemak anda terjejas selepas Malaysia dilanda Covid-19?

Seandainya bisnes nasi lemak anda terus berkembang dengan hasil yang lumayan, saya ucapkan tahniah. Ini bermakna anda dah berjaya sebagai peniaga nasi lemak yang tersohor.

Mungkin content blog saya ni bukan untuk anda sebab anda pakar dalam bisnes nasi lemak. Kalau anda nak baca juga, silakan.

Kalau bisnes kecil nasi lemak anda terjejas lepas Malaysia dilanda Covid19, saya cuba bantu anda melalui content blog ini.

Semoga berjaya.

Gambar hiasan.

Tukar atau Tambah
Bila sebut pasal tukar, mungkin ada yang terfikir nak jual benda lain pulak. Contohnya nak berhenti jual nasi lemak, nak mula jual produk pencuci muka.

Sekiranya anda terfikir macam tu, takpe. Anda langsung tak bersalah.

Mana tahu anda boleh jual benda lain yang lebih menguntungkan?

Mana tahu di tempat anda dah ada banyak peniaga nasi lemak sehingga anda terpaksa tukar jual benda lain pulak?

Apa-apa hal, jangan mudah putus asa walaupun ada banyak persaingan.

Saya cadangkan anda tambah lauk untuk nasi lemak anda. Contoh pilihan lauk nasi lemak ialah telur rebus, telur goreng, ayam goreng, sotong goreng, sotong sambal, udang sambal, paru sambal dan lain-lain.

Selain itu, boleh juga tambah menu lain seperti lontong, soto, laksa, kuih-muih dan lain-lain bergantung kepada tahap kerajinan anda untuk dapatkan lebih keuntungan.

Lagi satu perkara mustahak dalam bisnes nasi lemak, jangan kedekut sambal. Takde timun masih OK lagi tapi jangan takde kacang dengan ikan bilis.

Kalau nak lebih menarik perhatian pembeli, bungkus nasi lemak guna daun pisang. Paling kurang alas nasi lemak guna daun pisang kalau tak cukup daun pisang.

Pembungkusan guna kertas coklat je. Lebih jimat.

Harga pula, saya cadangkan RM3 sebungkus. Nasi lemak sambal asing atau terus curah ikut kehendak customer.

Kalau kebanyakan customer cuma nak yang murah je, jual bungkus kecik2. Setiap bungkus nasi sikit, telur rebus potong 4, sambal curah je. Jual RM1.

Kalau nasi lemak RM3 sebungkus, nasi lebih, ada kacang, ikan bilis, telur sebiji sama ada goreng atau rebus, sambal tak kedekut sama ada curah atau asing. Kalau customer masih lagi minta lebih-lebih terpaksalah anda caj lebih.

Ada sebahagian customer tak faham ikan bilis tu mahal. Itu yang ada customer minta lebih-lebih tapi tak nak bayar lebih.

Sambal pun sama juga. Kalau customer minta lebih-lebih sedangkan anda dah bagi lebih, terpaksalah anda caj lebih.

Sambal nasi lemak bukan senang nak buat ye. Mana boleh buat cincai 2 jam dah siap? Proses nak buat sambal nasi lemak sangat mencabar.

Tunjukkan pada customer perbezaan nasi lemak RM1 dan RM3. Kadang-kadang customer yang nak beli nasi lemak murah bukan sebab takde duit tapi memang kategori nak murah je sampai ke liang lahad.

Itu belum lagi customer nak letak harga sendiri. Contohnya ada pilihan nasi lemak telur RM1 dan RM3 tapi dia nak yang RM1.50 jugakkk. Sabar je la.

Letak nasi lemak
Nak letak kat mana?

Letak di tempat yang sesuai seperti warung, restoran dan seumpamanya.

Ada tauke kedai makan tak bagi letak walaupun dia sendiri tak jual nasi lemak. Kalau anda terkena keadaan macam ni, cari je tempat lain.

Kalau anda letak nasi lemak sebungkus RM1.50, cadangkan tauke kedai tu jual RM2. Seandainya tauke tu nak jual RM2.50 pun takpe.

Yang penting, anda dapat letak nasi lemak kat tempat dia.

Cash on Delivery
Kalau dah susah sangat, COD je la. Tak perlu susah payah nak cari tempat letak nasi lemak.

Saya cadangkan harga nasi lemak telur pemurah RM3 sebungkus. Harga nasi lemak telur kedekut RM1 sebungkus. Harga ayam boleh letak harga seketul RM3 untuk part kepak, seketul RM4 untuk chicken thigh, drumstick, dada atau ribs.

Kalau boleh, siap jual air teh tarik, kopi O, kopi susu dan lain-lain. Barulah special, customer boleh beli nasi lemak dengan air sekali.

Minimum pembelian RM10 baru hantar bagi kawasan berhampiran anda sahaja. Kalau lebih 10km tu tak payah hantarlah kecuali anda sanggup.

Itu harga cadangan dari saya je. Harga muktamad terpulang kepada anda.

Pendapat Anda?
Kalau anda ada pendapat yang lebih baik, sila komen. Kita bantu sesama kita.

#kitabantukita

Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.