Sunday, October 17, 2021

Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya

Peribahasa 'Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya' bermaksud perangai anak sama macam perangai mak atau ayah. Orang berniaga kuih pun ikut acuan juga.

Bagaimana Kuih Begitulah Acuannya.

Kalau nak bentuk kuih bulat tapi guna acuan bentuk tiga segi memang tak dapatlah bentuk bulat.

Peribahasa ni ditujukan kepada buruk atau baik perangai seseorang anak mengikut didikan orang tuanya. Kalau anak diajar dengan baik maka baiklah dia. Begitulah juga kalau sebaliknya.

Kalau anak dah diajar dengan sebaik-baiknya tapi masih jahat, kena guna peribahasa lainlah. Dah tak boleh guna peribahasa 'Bagaimana acuan begitulah kuihnya'.

OK back to topic.

Saya anggap peribahasa 'Bagaimana acuan begitulah kuihnya' sebagai realiti kehidupan penjual kuih.

Kalau nak buat kuih bentuk bintang, kenalah guna acuan bentuk bintang.

Kalau nak buat kuih seri ayu, kena guna acuan kuih seri ayu.

Acuan kuih ada macam-macam bentuk. Nak kena cari je.

Nak buat kuih ni kena bersabar. Bukan main campak-campak macam nak buat rojak.

Lagi banyak jenis kuih yang nak dibuat, lagi banyaklah kesabaran yang diperlukan.

Bila dah penat buat kuih, orang tak nak beli pulak. Sabar je lah.

Kalau kuih tak laku terpaksalah bagi orang lain. Kalau masih ada baki, makan sendiri. Dah makan sendiri pun masih tak habis, tabur kat luar rumah bagi burung makan.

Ambil pengajaran atas kejadian kuih tak laku. Jangan salahkan customer.

Boleh jadi kuih yang dijual tak sedap.

Boleh jadi kuih sedap tapi harga mahal.

Boleh jadi kuih sedap dan harga berpatutan tapi bentuk kuih tak cantik.

Boleh jadi kuih sedap, harga berpatutan, bentuk kuih cantik tapi lokasi berniaga kurang strategik.

Cari kesalahan diri sendiri sebelum cari kesalahan orang lain. Jangan rasa diri sendiri sentiasa betul nanti timbul ego. Orang ego tinggi tak terima teguran, susah nak baiki kelemahan diri dan tak dapat nak improve to next level.

Kalau nak berjaya, kena buang ego jauh-jauh. Barulah hati terbuka untuk terima orang tegur kesalahan kita.

Saya faham kalau anda ditegur dengan kata-kata kasar mestilah susah nak terima. Saya sendiri pun tak suka ditegur macam tu.

Kalau ada orang tegur kesalahan atau kesilapan saya dengan cara biadab, saya akan tolak mentah-mentah walaupun tegurannya betul.

Kalau orang tegur kesalahan kita dengan cara baik, kita terima je lah. Demi kebaikan kita juga kan?

Betul tetap betul, salah tetap salah.

'Bagaimana blogger begitulah blognya'

Masa tengah buat content blog ni, tiba-tiba saya dapat idea 'Bagaimana blogger begitulah blognya'. Ini bukan peribahasa ye.

Maknanya direct to the point. Kalau blogger suka share info yang bermanfaat, blognya mengandungi info-info yang bermanfaat. Kalau blogger suka share benda mengarut, blognya mengandungi info-info yang mengarut.

Kalau blogger suka share info kesihatan, blognya mengandungi banyak tips kesihatan.

Kalau blogger nak promote judi online, blognya mengandungi pelbagai info untuk main judi online.

Baik atau buruk blog bergantung kepada blogger.

Mungkin ada juga blogger yang suka share pasal agama di blog tapi perangai sebenar macam setan. Dalam isu seperti ini dah tak boleh guna 'bagaimana blog begitulah bloggernya'. Orang macam ni kita panggil 'musang berbulu ayam'.

Maksud 'musang berbulu ayam' ialah orang jahat berpura-pura baik.

Dalam perniagaan pun ada orang jenis macam tu. Depan kita bukan main baik. Belakang kita, tak cukup dengan fitnah atau mengumpat, dia hantar santau, tuju dan segala mak nenek ilmu hitam.

Musuh yang berpura-pura baik lebih dahsyat berbanding musuh yang berterus-terang memusuhi kita.

Sebaik-baik dan semulia-mulia Rasulullah (S.A.W) pun ada musuh. Contohnya Abu Jahal dan Abu Lahab. Iblis juga memusuhi Rasulullah.

Apa lagi kita sebagai umatnya?

Walaupun ada musuh, kita jangan putus asa. Jangan fikir negatif.

Mana tahu musuh kita tahun ini boleh jadi kawan baik kita tahun depan?

Umar al-Khattab sebelum masuk Islam memusuhi Rasulullah. Selepas Umar masuk Islam, dia jadi sahabat Rasulullah.

Sebab itulah musuh kita pada hari ini belum tentu musuh kita pada bulan depan.

Kena sentiasa berfikiran positif.

Sebaik-baiknya kita jangan cari musuh.

Bak kata pepatah 'rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari'.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.