Wednesday, October 20, 2021

Cara Mudah Nak Daftar Sebagai Penjual di Lazada

Tak susah pun nak daftar sebagai peniaga di Lazada. Sebelum nak jual di Lazada, pastikan anda dah tahu apa yang anda nak jual.

Mudahnya nak jual di Lazada.

Jom teruskan baca cara-cara nak jadi seller di Lazada Malaysia.

Pastikan anda ada email, nombor telefon bimbit, kad pengenalan, bank akaun, alamat rumah/kedai/gudang dan sijil SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

Berkenaan alamat tu, boleh guna alamat rumah sendiri kalau berniaga dari rumah. Kalau ada kedai sendiri guna alamat kedai. Kalau ada gudang sendiri atau sewa untuk letak produk, guna alamat gudang.

Dah bersedia?

Mula-mula anda buka website Lazada kemudian tekan 'Sell on Lazada'.

Click on 'SELL ON LAZADA'.

Lepas tu anda pilih 'Local Seller'.

Choose Local Seller.

Kemudian anda isi segala maklumat-maklumat yang diperlukan.

Kalau nak lagi senang, anda boleh terus pergi ke sini untuk daftar sebagai penjual di Lazada.

Nak bagi lebih mudah faham, saya kongsikan video channel SST Network cara nak daftar sebagai penjual di Lazada.


Kenapa awal-awal saya kata anda perlu ada sijil SSM walaupun nak daftar sebagai peniaga individu di Lazada?

Inilah sebabbya.

Lazada tetap minta sijil SSM anda walaupun anda daftar sebagai individual local seller. Kalau awal-awal dah ada sijil SSM kan senang nak berniaga.

Individual Seller Lazada.

Anda dah daftar sebagai penjual di Lazada?

Kalau ada salah atau silap dalam content ni, sila komen.

Sumber

Seller Lazada Registration

Seller Center Lazada

2 comments:

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.