Friday, November 19, 2021

Gerak Hati Peniaga?

Mungkin ada orang kata gerak hati tu deria keenam. Mungkin ada juga orang kata deria keenam tu boleh nampak hantu.

Gerak hati atau deria keenam?
Gerak hati peniaga.

Mana satu yang betul?

Kalau nak buat perkara jahat, hati rasa seronok tu namanya bisikan syaitan atau terlalu ikutkan nafsu.

Gerak hati yang saya cuba sampaikan dalam topik ni ialah satu perasaan seolah-olah akan berlaku perkara buruk. Kita tak nampak perkara buruk tu tapi ada satu perasaan yang buat kita rasa tak sedap hati.

Mungkin anda pernah ada gerak hati pasal ahli keluarga?

Secara tiba-tiba kita boleh terasa tak sedap hati pasal ahli keluarga kita. Rasa macam nak pergi jumpa cepat-cepat. Tahu-tahu je ahli keluarga yang kita nak jumpa sangat tu dah meninggal dunia.

Itu contoh rasa tak sedap hati pasal kematian.

Ada juga orang rasa tak sedap hati nak ikut kawan-kawan dia jalan jauh. Bila keluar juga ikut kawan-kawan, berlaku accident dalam perjalanan.

Akibatnya kaki kiri patah dan cacat seumur hidup. Ini pulak contoh rasa tak sedap hati tapi takde yang mati.

Macam mana pulak dengan gerak hati yang tak melibatkan mati atau cedera?

Kali ni saya kongsikan pengalaman gerak hati saya.

Tahun 2014, ada beberapa individu perkenalkan Ufun kepada saya. Saya rasa tak sedap hati masa dorang ceritakan kelebihan Ufun. Saya ikut gerak hati, saya tak nak join.

Tahun 2015, Ufun kena serbu sebab terbukti scam duit orang ramai. Alhamdulillah saya tak join tapi kesian dekat mangsa-mangsa scam Ufun.

Saya percaya anda mungkin pernah berdepan situasi macam pengalaman saya tu.

Pernah rasa sesuatu dalam hati sebelum nak mulakan perniagaan?

Contohnya anda nak buat bisnes kopi jenama sendiri.

Ada rasa tak sedap hati?

Kalau takde, teruskanlah usaha anda untuk jual kopi jenama sendiri.

Seandainya anda gagal dalam perniagaan kopi jenama sendiri walaupun tanpa rasa tak sedap hati, anda perlu kaji punca atau sebab kegagalan anda.

Memahami kegagalan itu sebahagian dari kejayaan.

Syarikat gergasi seperti Google pun pernah gagal.

Ingat lagi Google Plus?

Google Plus diperkenalkan pada tahun 2011 tetapi berakhir pada tahun 2019.

Google Plus dihentikan pada 2 April 2019
Google+ dihentikan pada 2 April 2019.

Walaupun gagal nak buat social media sendiri tapi Google berjaya dalam bisnes smartphone. Smartphone terbaru dari Google ialah Pixel 6 dan Pixel 6 Pro (berdasarkan tarikh saya buat content ini).

Anda boleh ambil pengajaran dari kegagalan syarikat besar seperti Google.

Modal besar tak bermakna untung.

Modal kecik tak bermakna rugi.

Bak kata pepatah 'kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa'.

Kalau anda nak mulakan perniagaan tapi rasa tak sedap hati, baik jangan buat.

Kalau anda nak mulakan perniagaan dengan rasa yakin boleh, baik anda buat.

Sebaik-baiknya buat solat istikharah sebelum nak mulakan bisnes sama ada rasa tak sedap hati atau sebaliknya.

Wallahua'lam.

4 comments:

  1. Betul tu..sy pun ada masanya bila merancang nak buat sesuatu tapi tak sedap hati terus stop tak nak teruskan sbb sy pernah berdepan keadaan yg mana bila rasa xsedap hati tp buat juga,akhirnya apa yg berlaku xsama seperti yg di harapkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju. Kalau tak sedap hati nak buat sesuatu, baik jangan teruskan.

      Delete
  2. dalam menentukan keputusan yang sukar maka istikarah adalah cara terbaik sekali.

    hati kita akan dibimbing oleh Allah SWT untuk yang terbaik dan tepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kelebihan buat solat istikharah nanti Allah bantu kita buat keputusan yang terbaik.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.