Fikiran negatif ni bahaya bagi seorang peniaga. Belum mulakan perniagaan tapi dah fikir bukan-bukan.
Fikiran negatif tak baik untuk kesihatan minda. |
Apa akibat fikiran negatif bagi seorang peniaga?
1. Malas
Orang berfikiran negatif ni memang malas. Bukan setakat malas nak gerakkan badan, nak berfikir pun malas.
Kalau boleh semua benda nak ada depan mata tanpa usaha.
Macam mana nak berniaga kalau dah malas?
Orang pemalas ni bukan setakat malas berniaga, kalau diberi jawatan dalam sebuah syarikat pun malas nak buat kerja. Kerja malas tapi gaji nak tinggi.
Apa ada dalam kepala otak pemalas ni?
Nak hidup senang tapi malas berusaha.
Lagi satu, orang malas ni banyak bagi alasan. Asal tak nak buat sesuatu je mesti bagi alasan walaupun dia memang boleh buat benda tu.
Orang positif selalu cari kejayaan tapi orang negatif asyik bagi alasan. Akhirnya orang berfikiran negatif jadilah pemalas tegar.
2. Mengeluh
Orang yang selalu mengeluh ni menunjukkan dia berfikiran negatif.
Bila diajak berbual, asyik mengeluh je. Perkara atau topik perbualan yang keluar dari mulut dia mesti mengeluh.
Mengeluh berniaga tak untunglah, tak cukup makanlah, banyak hutanglah dan segala keluhan-keluhan yang menunjukkan kehidupannya paling malang di dunia.
Sekali atau dua kali mengeluh mungkin orang yang mendengar rasa simpati. Kalau dah banyak kali asyik mengeluh je nanti orang rasa meluat.
Bukannya nak cari penyelesaian tapi asyik mengeluh je tak habis-habis.
3. Menyalahkan
Sentiasa cari salah orang lain pun menunjukkan dia seorang yang negatif. Salah diri sendiri tak sedar tapi kalau salah orang lain bukan main lagi dia.
Hidup susah salahkan keluarga sebab tak kaya. Terasa malang sebab dilahirkan dari keluarga yang miskin.
Masa berniaga takde orang beli, salahkan orang lain sebab tak nak beli. Bukannya nak cari punca atau sebab orang tak nak beli. Kerjanya asyik nak cari salah orang lain je.
Hujan lebat masa berniaga tepi jalan, salahkan cuaca hujan lebat pulak sebab takde orang singgah.
Habis segala benda nak disalahkannya.
4. Putus Asa
Orang berfikiran negatif ni cepat putus asa.
Baru 3 atau 4 hari berniaga dah give up.
Satu hari rugi terasa rugi sepanjang hayat.
"Baik tak payah berniaga. Buat habis modal je!' Kata seorang yang berfikiran negatif.
Macam mana nak cari penyelesaian kalau dah putus asa?
5. Menolak
Bukan menolak perkara jahat ye. Menolak yang saya maksudkan di sini ialah menolak perkara yang baik.
Contoh orang negatif lepas baca artikel atau tips untuk berfikiran positif. Responnya seperti ini..
"Buat apa asyik fikir je."
Contoh orang positif lepas baca benda yang sama. Responnya macam ni..
"Mulai hari ni nak fikir positif je la."
Orang berfikiran negatif ni sentiasa cari jalan untuk menolak sesuatu yang baik. Penyelesaian ada depan mata pun tak guna sebab dalam kepala otak dia asyik nak reject je.
"Memanglah orang tu kaya sebab family dia memang kaya. Keturunan kaya senanglah nak berniaga."
"Orang tu dah lama berniaga memanglah senang. Kalau baru nak berniaga baik tak payahlah dah terlambat."
"Nak berniaga kecik-kecik je dulu? Orang berniaga mesti modal besar, kalau modal kecik sampai bila-bila pun bisnes asyik kecik je."
Serius saya cakap kalau orang tu otak dia dah kena block, segala tips atau jalan penyelesaian takde manfaat bagi dia. Yang dia tahu nak reject je.
Kalau reject skim cepat kaya atau segala skim-skim merapu tu takpelah. Itu namanya bijak.
Cara Elak Fikiran Negatif
1. Ingatkan Diri
Ingatkan diri anda, peniaga lain pun ada masa rugi. Lepas rugi apa dorang buat? Give up atau teruskan berniaga?
Jadikan peniaga yang berjaya sebagai role model. Tak perlu dijadikan idola sampai nak tampal gambar peniaga yang berjaya tu dalam bilik. Cukuplah kejayaan peniaga hebat tu dijadikan contoh yang baik untuk diikuti.
Kalau anda rasa penat, letih, sakit dalam perniagaan, ingatkan diri anda untuk tebus segala kesusahan tu dengan ganjaran hasil perniagaan yang lumayan.
Bila tak dapat capai hasil jualan yang tinggi, ingatkan diri anda untuk capai hasil jualan yang rendah dulu. Dapat sikit tu lebih baik dari langsung tak dapat apa-apa. Bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Biar perniagaan kecil asalkan azam dan semangat anda besar.
Kalau anda rasa nak putus asa dalam perniagaan, ingatkan diri anda tujuan masa mula-mula nak berniaga dulu.
Berniaga sebab nak ubah tahap kewangan anda dari sikit kepada banyak?
Berniaga sebab nak beli rumah baru?
Berniaga sebab nak bantu keluarga?
Berniaga sebab nak bantu orang susah contohnya anak yatim, homeless dan lain-lain yang memerlukan?
Jadikan tujuan anda berniaga tu sebagai motivasi untuk anda teruskan perniagaan.
Sentiasa ingatkan diri anda untuk baiki kelemahan diri dan buat yang terbaik dalam perniagaan.
2. Cari Penyelesaian
Kalau anda dibelenggu masalah dalam perniagaan, carilah jalan penyelesaian.
Kalau boleh fikir untuk selesaikan masalah sendiri, teruskan berfikir.
Kalau tak dapat selesaikan masalah sendiri?
Banyakkan baca info-info pasal perniagaan yang berkaitan dengan anda.
Contoh anda penjual baju kanak-kanak, carilah info pasal perniagaan baju kanak-kanak. Tanyalah orang yang tahu pasal perniagaan baju kanak-kanak.
Cari penyelesaian ni untuk elakkan diri anda dari putus asa.
Lepas dapat penyelesaian barulah seronok nak berniaga.
3. Jaga Pergaulan
Jangan bergaul dengan orang yang berfikiran negatif. Bergaul dengan orang-orang yang berfikiran positif je.
Kalau bergaul dengan orang-orang negatif, tempias negatif dari dorang mungkin akan melemahkan semangat perniagaan anda. Jangan ambil risiko nak bergaul dengan dorang. Bukannya dorang ambil kisah pasal bisnes anda.
Bergaullah dengan orang-orang yang positif supaya anda rasa seronok nak teruskan berniaga. Kalau dapat kawan dengan otai berniaga lagi bagus. Boleh dapatkan ilmu berniaga!
Kebaikan bergaul dengan orang positif ni, anda boleh kongsi masalah. Ada masa dorang tolong setel masalah anda, lain kali anda tolong setel masalah dorang pulak.
Kalau dedah masalah anda dengan orang negatif ni memang buang masa. Silap-silap masalah anda makin bertambah pulak disebabkan dorang.
Oleh itu jagalah pergaulan demi kebaikan anda.
Wallahua'lam.
semua tip yang dikongsikan memang betul..
ReplyDeletebisnes sangat mencabar tetapi cukup menarik
Bisnes mencabar dan cukup menarik bagi orang yang berminat buat bisnes.
Delete