Sunday, November 28, 2021

Masalah Harga Sayur Mahal

Ingatkan harga ayam mahal kita boleh kurangkan beli ayam dan beli sayur lebih tapi sayur pun naik harga. Mahal betul sayur sekarang ni. 

Mahalnya harga sayur!
Mahalnya harga sayur!

Jadi apa kita boleh buat?

Pihak kerajaan pun dah buat kerja untuk cuba selesaikan masalah sayur mahal.

Kita sebagai rakyat pun boleh buat sesuatu juga supaya harga sayur turun.

Dalam content kali ini saya kongsikan cara-cara nak kurangkan harga sayur.

1. Kurangkan beli sayur

Saya faham kita tak dapat nak boikot sayur. Kita cuma boleh kurangkan beli sayur buat masa ni.

Kenaikan harga sayur-sayuran
Infografik dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Ini cara paling mudah nak ajar dorang yang main harga sayur.

Kurangkan beli sayur takkan berkesan untuk kurangkan harga sayur dalam masa sehari. Kita kena bersatu dalam hal ini.

Sebagai pelanggan, boleh kurangkan beli sayur yang melampau mahal. Beli sayur yang paling murah je. (Paling murah pun mahal juga..)

Itu pun jangan beli banyak sangat.

Sebagai peruncit atau peniaga kecil, kurangkan beli dari pemborong, peraih atau pembekal. Dah orang ramai mengeluh harga sayur mahal, buat apa nak ambil bekalan sayur banyak-banyak?

Kalau banyak tak terjual kan rugi?

Harga durian punya mahal tapi bila ramai-ramai boikot tengok apa jadi?

Harga durian pun jatuh.

Bukan nak boikot, cuma nak kurangkan beli sayur. Itu pun buat sementara je.

Apa kelebihan kurang membeli?

Jimat.

Diulangi bukan boikot tapi kurangkan beli sayur sampai harga sayur turun.

Bila dah ramai-ramai kurang membeli sayur, alasan cuaca tak menentu, kurang tenaga kerja dan lain-lain sebab pun tak berkesan. Nak atau tak nak terpaksa kurangkan jugak harga sayur.

Kita nak sayur harga murah dan pada masa yang sama peniaga pun untung berulangkali sebab pelanggan boleh beli banyak sayur. Bukannya nak jatuhkan bisnes sayur tapi nak rancakkan lagi jual beli sayur.


2. Banyakkan berpuasa

Inilah kelebihan orang Islam. Berpuasa!

Selain puasa wajib di bulan Ramadhan, kita digalakkan puasa sunat.

Kalau kita selalu puasa, kita selalu kurang makan dan lebih jimat.

Berpuasa juga boleh jadi sebab kita tak nak beli lebih-lebih terutama sayur buat masa ni. Bukannya tak boleh berbuka makan sayur tapi kurangkan.

Kebaikan rajin berpuasa?

Selain dapat banyak ganjaran di akhirat, kita dapat manfaat kesihatan di dunia.

Kalau rajin puasa sunat takdelah jadi "culture shock" setiap tahun nak beli juadah buka puasa banyak-banyak di baazar masa bulan Ramadhan. Kalau biasa berpuasa selain bulan Ramadhan, kita akan terbiasa makan ala kadar je.

Ingat perang Badar?

Perang Badar berlaku di bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W dan para sahabat berperang dalam keadaan berpuasa.

Entah macam mana tahap penat, lapar, dahaga masa berperang tu..

Kita di Malaysia ni bukan nak berperang pun. Sepatutnya puasa lebih mudah.

Kalau rajin puasa bukan setakat kurang beli sayur malah kurang beli ayam, telur, ikan, daging dan lain-lain.


3. Tanam sayur sendiri

Kalau ada tanah lapang di rumah anda, tanamlah sayur sendiri.

Kalau takde kawasan tanah lapang, cuba buat tanaman sayur secara hidroponik.

Bila dah ada banyak sayur sendiri di rumah, buat apa nak beli sayur mahal lagi?

Betul-betul jimat.


Jangan mengeluh berpanjangan

Kita jangan salahkan penjual sayur dalam hal ini. Dorang terpaksa jual mahal sebab dapat harga dari pembekal pun mahal.

Kalau anda ada cara lain yang lebih baik untuk kurangkan harga sayur, sila bagitau melalui komen.

Semoga harga sayur turun tak lama lagi.

Wallahua'lam.


Source

64 notis dikeluarkan kepada peniaga sayur di Johor

Harga sayur paling mahal dalam 30 tahun

Kami pun terhimpit harga sayur dan ayam dari pembekal mahal

Infografik tunjuk harga sayur mencanak bikin warganet geram

2 comments:

  1. Kalau dapat kurangkan kebergantungan pekebun terhadap org tengah, mungkin harga sayur blh menjadi lebih stabil. Kalau dpt beli direct drpd pekebun, lagi baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pekebun sendiri jual murah di pasar memang bagus, saya setuju.

      Kalau duduk di kampung atau berhampiran dengan pekebun memang boleh beli direct. Kalau duduk di tengah bandar agak mencabar sebab memang terpaksa beli dari hypermart, pasaraya dan lain-lain.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.