Dalam topik kali ni saya nak kongsikan cara untuk buat blog dan juga cara untuk dapatkan duit melalui blog.
Cara dapatkan duit melalui blog. |
Kalau anda masih belum ada blog, saya sarankan anda baca artikel saya sampai habis. Kalau anda memang dah otai dalam dunia blog pun boleh juga kalau nak baca.
Cara-caranya..
1. Pilih niche untuk blog
Apa itu niche untuk blog?
Tajuk tertentu atau informasi khusus yang anda fokus nak buat untuk blog anda.
Macam mana nak dapat niche yang sesuai untuk anda?
Pilih niche yang memudahkan anda dapat income melalui blog. Kalau dapat niche yang melibatkan jual produk atau servis lagi bagus.
Selain itu, saya cadangkan anda pilih niche yang anda yakin boleh buat sekurang-kurangnya 4 atau 5 post blog dalam masa sebulan. Kalau dapat update blog antara 10 hingga 12 kali sebulan lagi bagus.
Kalau rajin update blog, lagi mudah nak tersenarai di pagerank Google.
Cara mudah untuk cari idea bermula dengan tengok pada diri sendiri. Anda ada kemahiran tertentu?
Pekerjaan anda boleh jadi idea untuk anda buat blog. Kalau berniaga lagilah digalakkan buat blog.
Cuba tengok di rumah anda. Apa yang anda selalu gunakan selain smartphone? Ada digital camera Ada dumbbell? Ada laptop?
Bagaimana dengan aktiviti di rumah?
Anda selalu memasak? Anda suka bersenam? Selalu guna internet untuk baca berita, info agama atau suka tengok Youtube?
Dari situ anda boleh dapat idea nak pilih niche yang sesuai untuk buat blog.
Kalau masih belum ada idea, saya tolong bagi cadangan. Sila lihat 24 niche blog seperti berikut :
- Ekonomi
- Makanan
- DIY (Do It Yourself)
- Keluarga
- Teknologi
- Kenderaan
- Pelancongan
- Hartanah
- Pelaburan
- Perniagaan
- Pendidikan
- Pekerjaan
- Journal
- Tanaman
- Haiwan
- Pembersihan
- Kesihatan
- Kecantikan
- Petua
- Peribadi
- Media Sosial
- Pakaian
- Motivasi
- Apps
Contohnya kalau anda pilih niche kenderaan. Anda nak cerita apa pasal kenderaan? Kenderaan ada macam-macam jenis.
Ada kenderaan buatan tempatan dan buatan luar negara. Nak cerita pasal apa? Kereta? Motor? Van? Bas? Lori? Kapal terbang? Basikal?
Dalam niche kenderaan, anda kena pilih niche yang spesifik contohnya kereta. Dalam niche kereta pula, anda pilih niche yang lebih spesifik contohnya kereta tempatan.
Walaupun anda pilih niche kereta tempatan, anda boleh kembangkan lagi dengan berkongsi info pasal minyak wangi kereta, phone holder, GPS dan aksesori-aksesori kereta yang lain. Boleh juga selitkan sedikit info kereta luar negara untuk dibandingkan dengan kereta tempatan.
Contoh lain, kalau anda pilih niche haiwan. Anda kena pilih niche yang lebih spesifik iaitu haiwan ternakan atau haiwan peliharaan. Kalau anda pilih haiwan peliharaan, pilih lebih spesifik contohnya kucing.
Niche blog kucing sesuai untuk anda jika anda bela kucing. Lagi banyak kucing yang anda bela, lagi banyak kerenah kucing yang anda boleh kongsikan di blog. Biarlah kalau bela kucing kampung sekali pun, janji kucing.
Buat artikel blog pasal kucing, tambah lagi buat video Youtube pasal kucing. Boleh cerita pasal makanan kucing, sabun atau syampu khas untuk kucing dan lain-lain yang berkaitan dengan kucing.
Pastikan anda tak pilih niche yang terlalu besar atau terlalu kecil. Kalau niche besar, anda susah nak ranking di Google atau Bing. Kalau niche terlalu kecil, anda susah nak dapat idea untuk update blog.
Apa contoh niche yang terlalu besar untuk orang yang baru nak masuk dunia blogging?
Teknologi, Smartphone.
Niche smartphone tak jadi masalah bagi otai-otai sedia ada contohnya blog Android Authority, Gsmarena, Android Central, Pocketnow, Gizmochina dan banyak lagi. Saya selalu tengok blog dorang kalau nak tahu pasal smartphone terkini.
Di Malaysia pun dah ada blog niche smartphone iaitu Mesra Mobile dan Soyacincau.
Bagi orang yang baru nak buat blog, niche smartphone adalah terlalu besar. Saya bukan nak lemahkan semangat anda yang berminat dengan niche smartphone untuk buat blog tapi persaingannya sangat dahsyat.
Kalau masih berminat nak buat niche smartphone, terpulang kepada anda. Buat blog niche smartphone sangat mencabar untuk dapatkan trafik tapi saya cuba tolong ye?
Anda kena pilih niche smartphone yang lebih spesifik. Contohnya anda pilih niche satu jenama sahaja seperti Google Pixel, iPhone, Sony, Samsung, Oppo atau seumpamanya.
Contoh lain anda boleh pilih niche smartphone yang ada 5G sahaja. Ada macam-macam jenama smartphone yang support 5G anda boleh kongsikan di blog. Insha Allah blog anda boleh pergi jauh pada masa akan datang walaupun buat masa ni 4G di Malaysia masih bermasalah dan tak cukup meluas.
Apa contoh niche terlalu kecil atau terlalu spesifik?
Kalau niche terlalu kecil atau terlalu spesifik pun susah juga. Contohnya anda nak buat blog niche cara tanam sayur sawi di belakang rumah anda sahaja. Susah nak berkembang kalau terlalu spesifik macam tu.
Anda pilih niche sayur pun dah OK. Ada macam-macam jenis sayur yang anda boleh kongsikan dan lebih senang nak dapat idea untuk update blog. Boleh kongsi cara tanam sayur, resepi sayur, kebaikan sayur, harga sayur dan sebagainya.
Nama atau url blog tak perlu terlalu spesifik supaya senang nak tambah niche baru pada masa akan datang.
Selain itu nama blog tak semestinya mesti ada kaitan dengan niche blog anda.
Contohnya anda pilih niche tudung, boleh guna nama blog "Tenggilingguling". Kelebihannya di masa akan datang anda boleh tambah niche jubah, telekung, skirt labuh dan lain-lain tanpa "rebranding" nama blog anda.
Kalau awal-awal dah guna nama blog yang terlalu spesifik contohnya niche tudung bawal guna nama blog "Mestitudungbawal". Mana tahu akan datang hasil jual dari blog anda dapat sambutan hangat jadi anda nak tambah produk tudung shawl, jubah, baju kelawar dan lain-lain. Kurang sesuailah kalau masih guna nama blog "Mestitudungbawal".
Ambil contoh blogger "Soyacincau". Bukan setakat kongsi pasal smartphone, nak kongsi pasal internet atau teknologi canggih lain-lain pun tak perlu "rebranding". Saya tahu "soyacincau" tu nama sejenis minuman tapi bloggernya tetap nak cerita pasal teknologi.
Mungkin lepas ni boleh guna nama "kopisusukambing" atau "tebumadu" tapi cerita pasal teknologi juga..
Kalau anda tak nak buat blog guna niche yang spesifik, saya cadangkan anda pilih niche peribadi (personal). Dalam blog personal anda bebas nak kongsi pasal pengalaman hidup, tempat tinggal, tempat belajar, makanan kegemaran, masalah kerja, masalah pusat beli-belah, selipar jepun terputus, kasut koyak dan macam-macam lagi.
Kalau dah pilih niche yang sesuai untuk blog anda, tibalah masanya untuk buat blog.
2. Cara nak buat blog
Senang je nak buat blog. Anda boleh gunakan Blogger atau Wordpress.
Blogger
Kalau pilih Blogger, anda perlu pergi ke website Blogger. Tekan "Create your blog". Ikut langkah-langkah mudah dalam Blogger.
Pilih nama blog. |
Pilih URL blog. |
Lepas letak URL blog, tekan 'SAVE'.
Dah siap blog baru tapi masih belum ada post. |
Dulu blog saya macam tu juga ada .blogspot.com sebelum saya beli domain sendiri. Saya nak jaga reputasi blog saya untuk kebaikan jangka masa panjang sebab itulah saya beli juga domain untuk blog saya ni. Harga domain sekarang murah je.
Nak buat blog kongsi pasal buat duit tapi takkan tak mampu beli domain sendiri kan?
Caj domain setahun tak cecah pun RM60 berdasarkan harga domain dari registrar yang saya gunakan setakat ini. Bayar untuk domain je, tak perlu bayar untuk guna hosting Blogger.
Kalau anda serius nak jana duit dari blog, anda perlu beli domain untuk "hilangkan" .blogspot.com di URL anda. Reputasi anda sebagai seorang blogger perlu dijaga dengan sebaik-baiknya.
Sebelum tengok harga domain, sila tengok nilai mata wang USD (United States Dollar) jika ditukar ke mata wang MYR (Malaysia Ringgit).
USD to MYR (15 Disember 2021). |
Harga mata wang sentiasa berubah dari masa ke masa.
OK sekarang kita tengok cara nak beli domain pula.
Cara nak beli domain senang je. Anda boleh gunakan Namecheap.
Beli domain murah di Namecheap. |
Letak nama domain yang anda mahu di dalam kotak kosong kemudian tekan "Enter" atau tekan kotak merah yang ada gambar kanta pembesar.
Tekan kotak hijau gambar trolley. |
Tekan view cart. |
Register domain setahun. |
Harga asal $13.98 tapi ada potongan harga jadi setahun $7.98. Itu pun boleh dikurangkan lagi kalau kena caranya.
Daftar domain untuk 5 tahun. |
Kalau pilih 5 tahun untuk first time register domain, harganya cuma $44.40. Jom bandingkan harga kalau anda pilih untuk setahun je.
Mula-mula je setahun $7.98, 4 tahun berikutnya ialah $13.98 setahun :
$7.98 + ($13.98 × 4) = $63.90
Penjimatan harga kalau awal-awal terus daftar domain untuk 5 tahun :
$63.90 - $44.40 = $19.50
Anda jimat $19.50 kalau bayar sekaligus untuk 5 tahun.
Sebelum checkout tu jangan lupa masukkan promo code untuk dapatkan harga lebih murah.
Masukkan promo code. |
Dalam kotak kosong Promo code, anda isi : NEWCOM598
Kemudian tekan button 'Apply'.
Harga dari $7.98 jadi $5.98!
Promo code tu terhad untuk seorang pelanggan baru domain .com dan untuk tahun pertama sahaja. Tempoh tarikh tamat promo code 'NEWCOME598' ialah 30 Disember 2021. Kalau lambat, tak dapatlah diskaun.
Dah masuk promo code barulah confirm order.
Lepas dapat domain, barulah hosting guna Blogger.
Setup domain in Blogger. |
Caranya anda sign in di website Blogger dan tekan 'blog' atau "3 baris" sebelah kiri bahagian atas.
Tekan Settings. |
Anda tekan 'Settings' kemudian cari bahagian 'Publishing' dan tekan 'Custom domain'. Taip URL domain yang anda beli kemudian tekan 'Save'.
Error keluar 2 CNAME di Blogger. |
Anda akan dapat error dengan dua CNAME. Contoh 2 CNAME anda seperti berikut :
CNAME pertama:
host/name : www
Destination/Value : ghs.google.com
CNAME kedua :
host/name : kue4kuthm4eh
Destination/Value : gv-722bpppbcuqpb.dv.googlehosted.com
CNAME kedua yang saya tunjukkan tu cuma contoh je. CNAME kedua atau Security CNAME bagi setiap blog tak sama.
Bila anda dah dapat dua CNAME tu, jangan tutup website Blogger dulu.
Anda buka tab baru atau page browser baru untuk buka website Namecheap untuk daftar akaun pula.
Domain list manage. |
Lepas selesai proses sign in, anda cari menu 'Domain List' kemudian pilih 'Manage'.
Add new record. |
Tekan button 'Advance DNS' dan cari bahagian 'Host records'. Tekan button 'Add New Record'.
6 records. |
- Type : CNAME Record, Host : www, Value : ghs.google.com, TTL : 30 min.
- Type : CNAME Record, Host : (masukkan host Security CNAME anda), Value : (masukkan value Security CNAME anda), TTL : 30 min
- Type : A Record, Host : @, Value : 216.239.32.21, TTL : Automatic
- Type : A Record, Host : @, Value : 216.239.34.21, TTL : Automatic
- Type : A Record, Host : @, Value : 216.239.36.21, TTL : Automatic
- Type : A Record, Host : @, Value : 216.239.38.21, TTL : Automatic
Lepas anda isikan 6 records, tekan 'Save changes'.
Anda masuk semula ke dalam website Blogger dan tengok bahagian 'Publishing'. Masukkan URL domain anda dan tekan 'Save'.
Kalau tak jadi, anda terpaksa tunggu lagi setengah jam baru buat lagi sekali.
Kalau masih tak jadi, anda kena tunggu 24 jam baru buat lagi sekali.
Seandainya masih tak jadi, anda kena hubungi pihak Namecheap.
Wordpress
Kalau anda pilih Wordpress untuk buat blog, caranya mudah juga macam buat blog guna Blogger.
Mula-mula anda pergi ke website Wordpress.
Buat blog guna Wordpress. |
Tekan 'Start your website'.
Create your account. |
Kalau belum ada account, boleh daftar akaun sebelum buat blog. Dah siap proses daftar dan pilih nama blog, maka siaplah.
Buat blog di Wordpress memang "FREE and easy" tapi blog anda akan kelihatan macam ni : bloganda.wordpress.com
Proses nak daftar domain dan hosting guna Wordpress lebih senang berbanding hosting di Blogger.
Macam biasa anda kena daftar dulu domain anda di Namecheap. Anda boleh daftar untuk setahun sahaja tapi saya sarankan anda pilih 5 tahun supaya lebih jimat untuk jangka masa panjang.
Domain Namecheap hosting Wordpress. |
Sebelum checkout pastikan anda pergi ke bahagian 'EasyWP Wordpress' dan tekan button '$24.88/yr'. Kalau tak tekan tu, tak dapat nak guna domain di Wordpress.
Pakej EasyWP Wordpress berharga $24.88 untuk tahun pertama sahaja. Pada tahun berikutnya kena bayar $34.88 setahun.
Jangan lupa promo code. |
Sebelum confirm order, pastikan anda isi 'Promo Code' : NEWCOM598
Jumlah $70.18 tu harga untuk domain selama 5 tahun termasuk pakej EasyWP Wordpress setahun dan ICANN fee untuk 5 tahun punya domain.
Guna domain Namecheap untuk hosting di Wordpress lebih mudah berbanding Blogger. Cuma setiap tahun ada caj tambahan hosting di Wordpress. Kalau hosting di Blogger percuma je.
Kelebihan ketara di Wordpress berbanding Blogger ialah theme atau template. Kalau saya tengok blogger yang guna Wordpress, theme yang digunakan nampak lebih cantik.
Siapa yang guna Wordpress berbayar tahulah kelebihannya selain pilihan theme/design berbanding Blogger.
Anda perasan tak sebelum confirm order Namecheap, jumlah harganya bertambah?
Setiap tahun bagi setiap domain ada caj tambahan sebanyak $0.18 dari pihak ICANN.
Kalau anda daftar satu domain untuk 5 tahun, ada caj tambahan $0.18 × 5 = $0.90 .
Apa itu ICANN?
ICAAN ialah Internet Corporation of Assigned Name and Numbers.
Secara ringkasnya tugas ICANN ialah untuk memastikan Internet selamat, stabil dan beroperasi dengan baik. Ibu pejabat ICANN terletak di Los Angeles, California, Amerika.
Extra info
Di antara syarat nak transfer domain ialah domain anda dari registrar asal telah melebihi 60 hari dari tarikh register / renewal.
Seandainya harga domain dari registrar yang anda gunakan sekarang agak mahal, saya cadangkan anda transfer ke registrar Namecheap.
Tekan 'Transfer'. |
Masukkan Auth Code. |
Sebenarnya ada banyak lagi platform lain untuk buat blog seperti Tumblr, Wix, Weebly, Webador, Joomla Contentful, Jekyll dan lain-lain.
Dah siap buat blog guna domain sendiri, kini tiba masa untuk langkah seterusnya.
3. Buat content
Berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa, kebanyakan pengunjung blog ialah orang yang nak cari maklumat cara nak buat sesuatu.
Contohnya "Cara servis kereta Honda City", "Bagaimana nak buat baju Melayu", "Macam mana nak kurangkan berat badan" dan lain-lain cara lagi.
Selain kongsi info cara nak buat sesuatu, boleh juga kongsi pendapat mengenai berita atau perkara-perkara tertentu.
Contohnya anda baca berita online pasal kemalangan, anda boleh kongsikan berita tersebut di blog anda. Luahkan pendapat dan perasaan anda pasal kemalangan tu.
Selain itu, anda boleh kongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang tertentu. Artikel kongsi pengalaman ni ada peminatnya yang tersendiri sebab ada orang memang suka baca kisah pengalaman orang lain.
Contohnya "Pengalaman belajar pondok", "Pengalaman masuk kampung orang Asli", "Pengalaman kereta rosak di lebuhraya" dan pengalaman-pengalaman lain.
Memang bagus kalau setiap post blog anda ialah artikel berkualiti yang mengandungi antara 1500 hingga 3000 perkataan. Tak salah juga kalau sekali-sekala update post blog bawah 500 patah perkataan asalkan jaga kualiti.
Tak perlu jadi genius untuk buat content blog yang bagus. Boleh ambil dari content orang lain tapi mesti bagi sumber rujukan asal.
Apa yang penting kita kena jaga amanah dalam menyampaikan sesuatu melalui blog. Kalau kita dapat info dari si Fulan, kena bagitau pembaca kita dapat info dari si Fulan.
4. Cara dapatkan duit melalui blog
Secara ringkasnya ada 3 cara utama nak dapat duit melalui blog iaitu jual, iklan dan ditaja :
Jual
Jual produk/servis sendiri atau orang lain punya.
Kalau jual produk orang lain, anda boleh cuba join affiliate Lazada jika target anda ialah Malaysia. Kalau target luar negara, anda boleh join affiliate Clickbank..
Selain affiliate, anda boleh join Dropship.
Ada macam-macam dropship kalau anda cari di Google. Ada dropship tudung, jubah, kasut dan macam-macam lagi.
Iklan
Letak iklan Google Adsense di blog anda. Sebelum nak apply Google Adsense, pastikan blog anda dah berusia lebih sebulan dan dah ada 10 post yang mengandungi lebih 500 perkataan bagi setiap post.
Selain itu blog anda tak boleh ada unsur-unsur negatif. Contohnya kutuk orang, caci maki, mencarut dan seumpamanya.
Ambil masa 2 minggu atau lebih sebelum blog anda diterima oleh pihak Google Adsense.
Ada juga alternatif lain seperti PropellerAds, Media.net dan lain-lain untuk anda cuba.
Ditaja
Kalau trafik blog anda tinggi, anda berpeluang untuk dibayar oleh individu atau starikat dengan buat review/advertorial/testimoni produk dan servis.
4. Dapatkan trafik
Content yang mengandungi lebih 1000 perkataan, lebih senang dapat ranking tinggi di Google dan Bing.
Lebihkan fokus untuk sediakan artikel berkualiti. Dalam masa beberapa bulan, dah ada post blog anda di Google dan beberapa search engine yang lain.
Cara ini percuma dan ambil masa sampai berbulan-bulan tapi berbaloi. Saya cadangkan dalam masa 6 bulan, perbanyakkan post blog berkualiti tinggi yang mengandungi antara 1000 hingga 3000 perkataan.
Sementara nak tunggu berbulan-bulan tu, anda kena promote juga blog anda sama ada dengan cara percuma atau berbayar.
Di antara cara percuma ialah guna sosial media seperti Twitter, Pinterest, Telegram dan lain-lain.
Cara percuma yang lain ialah dengan memberi komen di blog orang. Cuba setiap hari komen di 20 blog orang lain. Paling kurang pun bagi komen di 5 blog berlainan setiap hari.
Jangan letak URL dalam komen sebab kebanyakan blogger tak suka macam tu. Pastikan ada tempat khas untuk letak URL blog anda sebelum komen.
Kalau dalam blog anda ada jual produk atau sediakan perkhidmatan, saya cadangkan anda sediakan bajet untuk beriklan secara online.
Anda boleh gunakan Google Adwords, Twitter Advertising, dan Microsoft Advertising.
Selain itu anda boleh bayar influencer untuk perkenalkan blog anda. Cari influencer yang ada 10,000 hingga 30,000 followers / subscribers pun dah OK buat permulaan.
Ulasan yang lagi memulaskan
Nak jana duit dari blog ambil masa tetapi berbaloi. Itu je ulasan saya.
Semoga bermanfaat.
Wallahua'lam.
Source
How do I use my domain with my Blogger account?
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.