Friday, December 3, 2021

Kebaikan Perniagaan Atas Talian

Semakin lama semakin bertambah orang yang berniaga di atas talian. Ada yang berniaga secara kecil-kecilan dan ada juga yang berniaga secara besar-besaran.

Kebaikan perniagaan atas talian
Kebaikan perniagaan atas talian.

Apakah kebaikan perniagaan atas talian?

Di antara kebaikannya ialah seperti berikut :

1. Senang

Memang senang nak buat bisnes secara online walaupun takde produk sendiri. Boleh jual produk orang lain.

Nak dapatkan produk untuk jual pun memang senang. Sama ada anda join affiliate atau dropship. 

Kalau ada modal lebih, boleh dapatkan produk sendiri. Lagi senang nak jual sebab produk ada depan mata. Kita boleh tahu bila masa yang sesuai nak tambah stok setiap kali produk nak habis.

Seandainya ada kemahiran tertentu pun boleh buat bisnes online. Contohnya tukang paip, tukang letrik, tukang cuci dan lain-lain perkhidmatan.

Kalau takde idea bisnes, anda boleh baca idea-idea bisnes tanpa modal di sini.


2. Jimat

Kalau baru mula nak berniaga online, anda boleh mulakan dari rumah. Tak perlu sewa kedai dulu. Kalau jadi agen dropship atau affiliate pun tak perlu sewa kedai.

Modal boleh digunakan untuk pengiklanan. Bila perniagaan semakin berkembang, boleh pertimbangkan untuk buat produk jenama sendiri.

Kalau dah ada produk sendiri dan semakin banyak permintaan nanti barulah sewa kedai atau sewa gudang untuk simpan produk yang semakin banyak.


3. Jarak

Walaupun anda berniaga dari kampung setinggan di Malaysia, anda boleh dapat pelanggan dari mansion house (rumah agam) di Canada.

Contoh mansion house di Canada   

Jarak tak jadi masalah selagi ada perkhidmatan penghantaran yang mampu hantar jarak jauh.


Di sebalik kebaikan perniagaan atas talian, ada cabarannya.

1. Perkenalkan

Ini adalah di antara cabaran orang yang baru berjinak-jinak dengan bisnes online. Orang masih tak kenal anda dan servis/produk yang anda nak jual.

Memang ambil masa sedikit untuk terkenal. 

Cukuplah produk atau servis anda dikenali oleh orang-orang yang berhampiran anda buat permulaan. Pastikan produk/servis anda betul-betul bagus supaya anda bukan terkenal sebagai propa atau drama.

Kalau satu dunia dah kenal produk atau servis anda, itu lagi bagus.


2. Pertanyaan

Ini pun jadi cabaran bagi orang yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan atas talian.

Kalau baru berniaga mana cukup duit nak upah virtual assistant?

Terpaksalah jawab sendiri kalau ada orang tanya.

Kalau lepas tanya terus nak beli memang tak jadi masalah. Masalahnya bila dia tanya punya tanya siap minta gambar bagai sekali tak nak beli pun.

Syarikat-syarikat gergasi memang dah ada virtual assistant dorang untuk jawab pertanyaan orang ramai. 

Sama ada yang bertanya tu serius nak beli atau sekadar buang masa tetap tak jadi masalah bagi pemilik perniagaan yang besar. Dorang tahu memang ada jenis orang yang tanya berlambak, belinya tidak.

Cara untuk peniaga baru berdepan golongan yang banyak bertanya ni ialah jawab je dengan penuh kesabaran.

Kalau boleh sediakan FAQ (Frequently Asked Questions) di blog atau website anda. Dalam Bahasa Melayu disebut 'Soalan Lazim'.

Lain kali kalau ada orang lain tanya soalan yang sama boleh suruh dia baca jawapan di 'Soalan Lazim'. Kalau ada pertanyaan yang tiada di 'Soalan Lazim', barulah anda jawab.

Lepas bisnes anda makin maju, upah virtual assistant untuk berdepan dengan pertanyaan orang ramai. Anda tak perlu pening-pening lagi berdepan dengan orang yang tak nak beli tapi asyik nak tanya je.

Anda boleh fokus dalam menjaga kualiti produk dan promosi untuk tingkatkan lagi hasil keuntungan perniagaan atas talian.


3. Persaingan

Anda jual produk kosmetik, orang lain pun jual produk kosmetik juga.

Anda jual tudung, orang lain pun jual tudung juga.

Anda jual gadget, orang lain pun jual gadget juga.

Walaupun anda tak minta untuk bersaing tapi pesaing tetap ada untuk menemani perniagaan anda.

Bagaimana cara anda nak bersaing dalam perniagaan atas talian?

Bersainglah dengan cara yang tak merugikan anda.

Kalau guna cara percuma seperti buka akaun media sosial mungkin ambil masa sedikit untuk terkenal. Boleh juga guna Mudah dan Carousell untuk buat bisnes.

Kalau main hentam promote produk atau servis kat Instagram atau blog orang lain, itu dipanggil spam. Reputasi bisnes boleh jatuh kalau asyik spam je.

Nak atau tak nak terpaksa keluarkan duit untuk beriklan. 

Contohnya guna Google Adwords, Microsoft Advertising, Yahoo Ads, Twitter Ads, LinkedIn Advertising dan syarikat online advertising yang lain-lain.

Kalau target customer anda di America, United Kingdom dan Canada, saya cadangkan anda gunakan khidmat Microsoft Advertising atau Yahoo Ads. Pihak Microsoft dan Yahoo bekerjasama dengan Media.net dalam pengiklanan.

Apa itu Media.net?

Media.net menyediakan platform jana duit untuk publisher seperti Google Adsense.

Apa beza antara Media.net dan Google Adsense?

Syarat-syarat Media.net untuk publisher letak iklan di blog atau website lebih ketat dari Google Adsense.

Syarat-syarat yang dikenakan oleh Google Adsense lebih mudah berbanding Media.net. Sebab itulah blog saya yang trafik rendah pun boleh ada Google Adsense.

Kalau anda beriklan guna Google Adwords, iklan anda bakal keluar di Google Adsense yang terletak di website atau blog trafik tinggi dan juga rendah. Kira campur-campurlah.

Media.net pula hanya terima website atau blog berkualiti tinggi yang mempunyai lebih 5000 page views setiap hari. Content blog/website mesti gunakan English language sahaja.

Kalau dah namanya berkualiti, tak bolehlah main cincai kongsi info macam blog saya.

Credit to blognife.com

Selain itu, Media.net memberi keutamaan kepada blog atau website yang mempunyai trafik tinggi dari USA, UK dan Canada. Kalau anda beriklan guna Microsoft Advertising, peluang untuk dapat pembeli-pembeli dari 3 negara tersebut lebih tinggi.

Ini disebabkan produk anda akan diiklankan di blog/website berkualiti yang dapat banyak trafik dari USA, UK dan Canada.

Kalau target audience anda di Malaysia, anda boleh gunakan Lazada atau PG Mall. Setiap kali product dijual, pihak Lazada atau PG Mall mengenakan caj beberapa persen dari hasil jualan anda.

Selain itu anda boleh guna khidmat influencer. Kena cari yang betul-betul terkenal dan banyak followers. Barulah berbaloi.

Kalau influencer tak terkenal tapi banyak followers boleh jadi dorang beli followers. Bazir duit anda je guna khidmat influencer propa macam tu.

Persaingan tetap ada tapi kalau anda ada beberapa "lokasi" untuk menjual atas talian dan ada modal lebih untuk buat iklan-iklan yang menarik, insha Allah bisnes anda terus berkembang.


4 .Penghantaran

Ini lagi satu cabaran bagi peniaga atas talian. Bukan sahaja peniaga baru tetapi peniaga lama pun tak terkecuali.

Contohnya pembeli tempatan dah bayar secara online hari ini. Esoknya penjual dah bungkus dan hantar kepada pembeli. Masalahnya barang tak sampai lagi walaupun dah sebulan lebih tunggu.

Ada juga masalah barang sampai kepada pelanggan dalam keadaan rosak. Masa hantar elok je tapi sampai dekat pelanggan dalam keadaan kemik, bengkok, terkelendat, terburai dan macam-macamlah.

Bagi mengatasi masalah barang rosak, anda terpaksa balut dengan bubble wrap. Kalau boleh double bubble wrap untuk lebih selamat.

Masalah barang lambat sampai tu kena guna perkhidmatan penghantaran yang laju dan cekap. Contohnya Poslaju, Gdex, DHL, Skynet dan Ninja Van. Seandainya masih ada masalah lambat sampai juga, anda terpaksa berurusan dengan pihak penghantaran.


Penipuan

Pelanggan pun ada yang menipu.

Contohnya barang dah sampai tapi pelanggan kata tak sampai lagi.

Kalau dekat boleh COD. Barang sampai depan mata memang tak boleh tipu punya.

Kalau jarak jauh kena periksa tracking number. Kita boleh tahu barang tu sampai atau belum.

Contoh lain ialah salah guna return item. Barang tak rosak pun tapi saja nak return lepas 3 hari guna.

Salah guna 'easy return in 14 days' agak mencabar. Kita bagi peluang easy return macam tu supaya pelanggan rasa selamat nak beli dengan kita. Bukannya salah guna nak pulang balik lepas beli walaupun produk langsung tak rosak.

Seolah-olah nak pinjam atau guna barang secara free je.

Tak semua pelanggan macam tu tapi sebagai peniaga kena banyak bersabarlah. Mungkin anda boleh letak sedikit syarat tak boleh pulangkan jika tiada kerosakan?

Contoh lain lagi ialah tuduh barang tak sama seperti yang dipamerkan.

Pelanggan macam ni sengaja nak minta refund dengan merosakkan barang yang kita dah hantar. Kalau hantar baju melayu, dicabutnya butang lepas tu kata takde butang.

Kalau hantar 3 bilah pisau pemotong sayur, disembunyikan satu lepas tu kata tak cukup 3 pisau.

Untuk menghadapi masalah ni, peniaga kena ambil gambar sebelum bungkus dan hantar. Kalau boleh rakam video masa bungkus dan hantar. Barulah pelanggan tak boleh tuduh peniaga hantar barang tak sama seperti yang dipamerkan.

Mungkin ada lagi cara licik lain yang pelanggan guna untuk tipu peniaga.


Penutupan

Mungkin ada banyak lagi kebaikan perniagaan atas talian yang saya terlepas pandang. Mungkin juga ada cabaran-cabaran perniagaan atas talian yang saya tak tahu.

Gunakan internet untuk tujuan yang baik. Jangan guna internet untuk scam atau buat perkara-perkara jahat yang lain.

Semoga anda tetap dapat manfaat selepas habis baca artikel saya yang tak seberapa ini.

Wallahua'lam.


Source

Media.net Program Guidelines

Media.net website approval tricks

Yahoo, Microsoft and Media.net

Buyer fraud

6 comments:

  1. dulu masa mula-mula kenal dunia online saya fikir...letak sahaja barang di laman web akan ada orang beli.

    rupanya tidak begitu.

    ia perlu dihebahkan kepada seramai mungkin bakal pelanggan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebarang jenis barang untuk dijual memang perlu dihebahkan sama ada secara percuma atau keluarkan duit. Lagi banyak orang tahu lagi besar peluamg nak jual barang secara online.

      Delete
  2. Zaman sekarang tidak susah nak cari pendapatan sampingan. Ada yang tak perlu modal dan simpan stok. Boleh jadi Affiliate dengan promote produk orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu, affiliate di antara cara mudah nak buat bisnes secara online.

      Delete
  3. Ada 1 lagi cara yg sellers guna utk elak penipuan, selain seller rakam video waktu bungkus, pembeli pun mesti rakam video waktu unboxing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang boleh elak penipuan cara tu. Pembeli pula boleh guna kesempatan rakam video unboxing product untuk content youtube.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.