Thursday, February 17, 2022

Masa itu sangat Penting

Kenapa ada pepatah melayu "masa itu emas"?

Memanglah masa bukan emas jongkong atau emas 916, 999 yang boleh dijual dan digadai. Pepatah Melayu itu bermaksud masa itu sangat berharga dan sangat penting.

Masa takkan tunggu kita
Masa takkan tunggu kita.

Kenapa masa itu sangat penting?

5 minit yang dah berlalu pun kita tak dapat nak patah balik. Apa lagi 5 hari, 5 minggu, 5 bulan, 5 tahun, 5 dekad atau 5 abad yang lalu?

Sebab itulah masa sangat penting.

Terlepas masa memang tak dapat nak patah balik.

Terlepas tempat yang nak dituju pun kita boleh rasa stress walaupun boleh patah balik.

Contohnya nak pergi Mydin Pelangi Indah tapi terlajak sebab salah jalan. Memanglah boleh patah balik tapi dah buang masa. Masa yang dah terbuang tu kita tak dapat nak ambil semula.

Walaupun jauh terlajak berpuluh-puluh kilometer pun kita masih boleh patah balik.

Masa yang berlalu walaupun sesaat, kita takkan dapat nak patah balik. Masa akan terus berjalan meninggalkan kita.

Masa itu penting bagi semua orang. Tak kira peniaga atau pembeli.

Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan betapa pentingnya masa bagi seorang peniaga.

Waktu sekolah rendah dulu ada tak jadual?

Dalam jadual tu ada masa untuk subjek Bahasa Melayu, Agama Islam, Pendidikan Jasmani, waktu rehat dan lain-lain.

Dalam kehidupan peniaga pun kena ada jadual.

Ada masa berniaga, ada masa beli barang, ada masa rehat..

Kita tak dapat hentikan masa tapi kita boleh berusaha untuk tak buang masa.

Tak semestinya mesti tulis atau nak kena print jadual.

Biasanya otai-otai berniaga tepi jalan tak buat macam tu sebab rutin hariannya sama.

Contohnya peniaga sarapan. Setiap pagi jual sarapan dan beli bahan-bahan mentah. Takde jadual bertulis pun tapi jalankan tugas harian seolah-olah ikut jadual.

Kalau ada orang order menu tertentu barulah mula menulis supaya tak lupa. Contohnya ada 3 orang order menu berlainan untuk hari yang berbeza.

Orang pertama nak order epok-epok sardin 100 biji untuk hari Rabu, ada tetamu-tetamu dari jauh nak datang katanya.

Orang kedua order bihun goreng 50 bungkus untuk hari Khamis, ada student dan cikgu berkumpul.

Orang ketiga order nasi lemak telur 30 bungkus, epok-epok kentang 50 biji dengan epok-epok sardin 50 biji untuk hari Sabtu, ada majlis kecil-kecilan.

Zaman sebelum PKP, senang dapat banyak order. Asalkan buat makanan sedap-sedap.

Mudah-mudahan masalah Covid-19 berakhir dengan segera.

OK kembali pasal jadual.

Kita buat jadual tugas harian bukan untuk membebankan tapi untuk memudahkan tugasan harian kita.

Blogger pun sepatutnya kena ada jadual supaya mudah nak uruskan masa untuk buat blog dan waktu rehat.

Masa untuk buat blog mungkin boleh dibahagikankan kepada cari idea, cari info, baca blog orang lain, baca online news dan lain-lain.

Kalau ambil info tertentu dari blogger lain jangan lupa bagi credit ye? Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.

Waktu rehat pun boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian contohnya waktu tengok TV, makan malam, main game dan lain-lain.

Tak lama lagi nak bulan puasa.

Dah bersedia untuk bulan puasa tahun ni?

Semoga kita dapat bertemu bulan Ramadhan tahun ini.

Tak salah nak berniaga di bulan Ramadhan asalkan jangan lupa amal ibadat yang wajib dan sunat. Bulan Ramadhan adalah bulan yang terbaik berbanding bulan-bulan yang lain.

Sebelum masuk bulan Ramadhan, tak bermakna kita tunggu tak buat apa-apa.

Pernah dengar atau baca maksud hadis pasal ingat 5 perkara sebelum 5 perkara?

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

  1. Masa sihat sebelum sakit.
  2. Masa kaya sebelum miskin.
  3. Masa lapang sebelum sibuk.
  4. Masa muda sebelum tua
  5. Masa hidup sebelum mati.

Betapa cepatnya masa berlalu. Tahu-tahu je tahun 2023 pulak nanti.

Wallahua'lam.


Sources

5 perkara sebelum 5 perkara

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.