Monday, April 25, 2022

Apa nak buat kalau produk anda asyik ditolak?

Peniaga semestinya nak produk dorang dibeli oleh orang ramai. Bukan setakat sekali dibeli, kalau boleh nak berulangkali produknya dibeli.

Produk selalu ditolak?

Apa nak buat?

Adakah disebabkan barang yang dijual takde kualiti?

Ada je ramai orang beli benda yang memudaratkan diri sendiri. Contohnya arak. Haram dan memabukkan tapi masih ada yang nak beli.

Habis tu kalau produk berkualiti tapi kenapa masih ramai yang tak nak beli?

Nak kena cari sebab-sebabnya.

Mungkin faktor harga mahal?

Mungkin sebab orang masih belum kenal produk anda?

Jom tengok video ni :

Dah tengok video tu sampai habis?

OK semoga anda dapat inspirasi untuk berjaya dalam perniagaan anda.

Lokasi tak jadi masalah zaman sekarang  sebab orang boleh jual beli produk secara online. Tinggal nak rajin promote je.

Kena reject tu perkara biasa bagi peniaga. Cuba anda tanya otai-otai bisnes pasal pengalaman sebelum dorang berjaya. Banyak dugaan..

Kalau otai tu kata,

"Bisnes aku buat ni senang je dapat 5 ke 6 angka sebulan. Tak payah cari orang pun..join je!"

Itu namanya scammer.

Biasanya orang cuma nampak kejayaan peniaga dalam bisnes je tapi tak nampak masa kesusahan dia sebelum berjaya. Macam mana dia bermula dari bawah. Macam mana perasaan dia masa rugi besar dalam bisnes..

Produk yang tak terjual bukan bermakna produk tu tak bagus.

Jadi kenapa orang masih tak nak beli kalau produk tu bagus?

Boleh jadi ada orang berminat nak beli tapi tak cukup duit.

Boleh jadi ada orang memang nak beli tapi tiba-tiba ada ahli keluarga dia sakit teruk perlukan banyak duit untuk tanggung bil hospital.

Fikir positif je.

Kalau fikir negatif, masalah kecik pun jadi masalah besar. Benda bukan masalah pun jadi masalah. Benda boleh bincang pun nak ajak gaduh.

Peniaga yang berfikiran positif tak mudah putus asa. Gagal sekali tak bermakna gagal selama-lamanya. Walaupun gagal berulangkali tapi hatinya tetap tabah untuk terus berniaga sampai berjaya.

They say reject, we say next!

Penat berniaga?

Reward diri anda dengan kejayaan.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.