Ada tak orang berniaga yang tak nak untung? Kalau ada, sila periksa mental dia.
Siapa tak nak untung dalam perniagaan? |
Tak salah pun nak untung..
Ada peniaga dapat untung besar. Keuntungannya berlipat kaliganda di bulan Ramadhan.
Contohnya Chef Ammar Ali.
Chef bersama isterinya Zuraini Abu Kassim. |
Chef Ammar berasal dari Palestin. Sudah menetap di Malaysia sejak tahun 1996.
Menu dia yang paling terkenal ialah nasi Arab lambshank. Harga satu set RM50 pun orang sanggup beli. Selain itu, nasi Arab ayam RM25 pun menjadi kegemaran orang ramai.
Di bulan Ramadhan Chef Ammar berniaga di Bazar USJ 4, Shah Alam Seksyen 14, Selangor. Jual mahal pun orang sanggup habiskan masa untuk beratur berjam-jam, rentas daerah, rentas negeri, keluar duit lebih...fuh..dahsyatnya.
Chef Ammar dan peniaga-peniaga lain yang untung dapat duit berkepok-kepok memanglah seronok tapi kita jangan lupa masih ada peniaga-peniaga yang susah sebab takde pelanggan. Dorang pun nak merasa dapat banyak pelanggan.
Kalau tak nak beli dari peniaga kecil, paling kurang kongsikan di blog atau mana-mana media sosial anda. Ataupun anda boleh bagi komen kata-kata semangat di media sosial peniaga-peniaga yang hasil jualnya tak laku.
Kalau makanan atau minuman yang dibeli tu tak elok contohnya berulat, basi dan seumpamanya, kita bagitau elok-elok dekat peniaga tu pada hari berikutnya.
Kalau peniaga tu baik, insha Allah dia ganti balik dan improve makanan/minuman yang dia jual.
Kalau peniaga tu biadab, anda ada 2 pilihan. Sama ada anda maafkan dia atau viralkan demi kebaikan orang ramai supaya tak jadi mangsa seperti anda lagi.
Ada juga kes makanan tak basi tapi berangin. Contohnya popia angin, pau angin dan lain-lain lagi yang intinya angin..kosong..atau terlalu sikit.
Ada juga yang jual makanan kitar semula. Semalam punya tak habis jual, hari ni goreng atau panaskan semula untuk jual. Akibatnya orang beli terasa makanan tu keras atau terlalu berminyak.
Kalau tak habis jual aiskrim, dadih dan yang seangkatan dengannya bolehlah masuk peti sejuk. Boleh sambung jual esok dan hari berikutnya.
Bukan semua makanan boleh jual pada hari berikutnya.
Selain tu, ada juga yang jual melampau mahal tapi tak sedap malah sedikit pula kuantitinya.
Nasi Arab lambshank Chef Ammar tu mahal tapi sedap. Itu yang orang beratur panjang nak beli. Saya tak pernah rasa pun tapi ramai orang yang pernah beli kata sedap.
Sebelum saya mengakhiri content ini, saya menyeru kepada semua pembaca-pembaca blog saya untuk membantu peniaga-peniaga Islam terutama yang berniaga kecil-kecilan.
Kita tolong juga walaupun tak membeli. Doakan yang baik-baik untuk peniaga-peniaga Islam.
Bulan Ramadhan ni peluang besar untuk kita buat baik. Ganjarannya lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain.
P/s : Cepatnya bulan Ramadhan nak habis.
Wallahua'lam.
Source
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.