Mulai 1 Julai 2022, harga ayam dijangka lebih tinggi bagi setiap kilogram. Harga ayam bulat RM8.90 setiap kilogram pun dah mahal tapi nak naikkan harga lagi?
Gambar hiasan je. |
Apa boleh buat?
Menurut Lau Ka Leng yang merupakan Setiausaha Persatuan Penternak Unggas (Kecil dan Sederhana) Johor, kenaikan harga ayam adalah perkara biasa apabila harga siling ayam tidak dikuatkuasakan lagi pada 1 Julai ini.
Pengeluaran ayam masih lagi belum pulih sepenuhnya berikutan kekurangan tenaga kerja di ladang-ladang ayam selain kos operasi yang melonjak berikutan harga dedak yang terus melonjak naik.
Selain itu Lau Ka Leng juga mengatakan permintaan ayam yang tinggi sudah pasti menyebabkan harganya makin naik. Tak lama lagi musim Raya Haji jadi harga ayam memang tak dapat diturunkan buat masa ini.
Masa bulan Mei, penternak ayam di Johor hanya mampu keluarkan 600,000 ekor ayam sehari sedangkan permintaan ayam sehari berjumlah kira-kira 1.4 juta ekor.
Lau Ka Leng kata, sekiranya permintaan ayam menurun barulah harga ayam pun turun.
Pendapat saya?
Apalah sangat pendapat saya ni. Saya bukannya pakar dalam selok-belok jual ayam mentah.
Secara umum dalam bisnes seandainya produk/servis mendapat banyak permintaan, harganya memang naik. Kalau kurang permintaan, harganya turun. Ini lumrah perniagaan.
Saya teringat musim durian beberapa tahun lepas, punyalah mahal harga durian. Bila rakyat Malaysia bersatu-padu boikot, terus jatuh harga durian.
Dalam masalah harga ayam mahal ni mungkin tak dapat diboikot sepenuhnya tapi kita boleh berusaha dengan cara kurangkan beli ayam. Kita tak boleh nak paksa peniaga ayam turunkan harga. Dah harga ayam dari pengeluar/penternak pun mahal jadi peniaga terpaksalah jual mahal juga.
Nak suruh setiap rakyat Malaysia ternak ayam sendiri tu.. memang tak dapatlah. Bukan semua orang ada tanah sendiri untuk bela ayam.
Kalau ada tanah sendiri pun, tak bermakna mesti bela ayam je. Selain bela ayam, tanah sendiri yang luas boleh digunakan untuk ternak ikan, itik, burung puyuh, kambing, lembu, arnab dan macam-macam lagi.
Haiwan-haiwan selain ayam yang diternak tu boleh jadi alternatif. Makan nasi lauk ikan goreng pun sedap.
Persoalannya ada tak cara nak turunkan harga ayam?
Seperti yang dikatakan oleh Lau Ka Leng, harga ayam boleh turun kalau kurang permintaan.
Kalau anda ada idea lain untuk kurangkan harga ayam, sila komen.
Update 1 Julai 2022
Harga ayam bulat ialah RM9.40 bagi setiap kilogram.
Wallahua'lam.
Source
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.