Monday, June 6, 2022

Resepi Tahu Bakar dengan Kuah Petis Mantap

Resepi tauhu bakar.

Bahan-bahan kuah petis

  • 1 botol pes udang
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 5 sudu makan cili kering yang telah dikisar
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 1/4 cawan air asam jawa (asam jawa sebesar ibu jari campur 1/4 cawan air panas, dikacau dan ditapis jusnya)
  • 8 sudu makan air gula melaka*
  • 1 sudu makan tepung gandum yang telah dibancuh dengan 3 sudu makan air

----------
*Skip langkah ini jika anda sudah tahu cara buat air gula melaka*

----------

Cara-cara nak buat kuah petis

Dalam periuk, masukkan pes udang, sos tiram, cili kisar, kicap pekat, air asam jawa dan air gula melaka. Kacau rata dan masak hingga mendidih.

Kalau rasa kuah terlalu pedas atau kurang manis, boleh tambah sedikit gula pasir atau secukup rasa mengikut selera anda. Kemudian baru tambah bancuhan tepung gandum.

Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga kuahnya pekat. Rasa sedikit kuah. Kalau dah cukup rasa pedas-pedas manis, boleh matikan api.

Biarkan sejuk sebelum digunakan.


Bahan-bahan tahu bakar

  • 2 hingga 4 keping tauhu pok (saiz besar)**
  • Sengkuang secukupnya (ikut selera anda)
  • Kacang tanah secukupnya, digoreng tanpa minyak dan dikisar atau ditumbuk
  • (Tambahan jika suka) timun, lobak merah, taugeh dan nenas.

----------

**Skip langkah ini jika anda senang jumpa atau tahu cara buat tauhu pok**

Ada 2 cara untuk dapatkan tauhu pok iaitu :

1. Beli

Boleh cari di pasar basah. Kalau sebut 'tauhu pok' tapi dorang tak tahu, bagitau nak cari 'tahu untuk buat tahu bakar'. Biasanya dorang terus tahu tu.

2. Buat sendiri

Mula-mula buat tauhu putih dulu :


Kemudian baru buat tauhu pok :
----------

Cara buat tahu bakar

Tauhu pok dicuci kemudian lap sampai kering guna tisu dapur yang bersih. Panaskan 'Happycall' atau kuali leper untuk bakar/panggang tauhu pok.

Pastikan kedua-dua bahagian tauhu pok berubah warnanya. Kalau nampak warna keperangan atau sedikit hitam maknanya dah masak. Kalau terlebih hitam maknanya hangus.

Tauhu pok yang sudah siap dibakar hendaklah dipotong kecil untuk dimasukkan ke dalam mangkuk besar atau bekas yang sesuai. Kemudian masukkan sengkuang yang sudah dipotong. Sebagai tambahan  boleh campur hirisan timun, lobak merah, nenas dan taugeh.

Curah kuah petis secukupnya dan gaul rata tauhu pok dengan bahan-bahan dalam bekas tersebut. Kalau suka pedas, tambah cili padi.

Lepas siap digaul, tabur kacang kisar. Siap!

Terus terang saya ambil resepi tauhu bakar sedap ni dari blog orang lain. Saya ubah sikit resepinya ikut selera saya. Kalau nak tahu saya ambil resepi siapa, boleh tekan link bawah 'Source'.


P/s : saya tak suka tauhu bakar ada nenas dan taugeh.


Source

Resipi Tauhu Bakar

2 comments:

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.