Siapa pula yang rugi sampai RM71,100 ni? Buat bisnes tapi tak menjadi ke?
Gambar hiasan. |
Teruskan baca..
Ada satu orang suri rumah ni baca kat laman media sosial Facebook 'Sifuku Millennium'. Ada link untuk jadi kaya cepat di FB tersebut.
Maka suri rumah ni pun tekan link tersebut dan telah dibawa ke Telegram 'FinancialAdvisor1122'. Dipendekkan cerita, suri rumah tersebut telah buat bayaran pertama sebanyak RM8600 ke akaun "Sifu Millennium" pada 24 Mei.
Lepas tu Sifu Millennium bagitau kalau nak jadi lagi kaya kena melabur lebih banyak. Suri rumah pun terus buat lagi bayaran sehingga mencecah RM71,100 dalam tempoh 24 Mei hingga 30 Mei.
Suri rumah baru sedar dirinya terpedaya apabila Sifu Millennium tak nak pulangkan duit pelaburan.
Dah jadi mangsa Sifu Millennium barulah suri rumah buat laporan polis di Kangar, Perlis.
Superintendan Wan Aeidil. |
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Wan Aeidil Wan Abdullah kata suri rumah yang berusia 54 tahun itu tertarik untuk join pelaburan Sifu Millennium dengan keuntungan 13 kali ganda di Facebook pada 20 Mei.
Selain itu Wan Aeidil menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah percaya dengan iklan-iklan pelaburan yang dihebahkan di internet terutama di laman media sosial.
Suri Rumah Rugi RM71,100
Banyak juga duit suri rumah yang kena scam Sifu Millennium. Mungkin duit simpanan hasil pemberian suami, anak dan menantu?
Terus-terang saya katakan sayanglah duit berpuluh-puluh ribu bagi dekat scammer.
Perkara dah terjadi so apa boleh buat kan?
Semoga kejadian ni jadi pengajaran kepada kita yang masih belum terpedaya dengan skim pelaburan cepat kaya rugi.
Anda ada duit berpuluh-puluh ribu ringgit dan betul-betul nak buat pelaburan?
Kalau jawapannya ya, saya cadangkan pelaburan yang bukan scammer punya iaitu BSN SSP dan BIMB al-Awfar.
Wallahua'lam.
Source
Gara-gara nak kejar untung 13 kali ganda suri rumah rugi RM71100
Rasa pelik dengan orang zaman sekarang ni.Kes orang kena scam dah bertahun-tahun tapi sampai sekarang masih terjebak lagi.Langsung xambik pengajaran,last2 diri sendiri yang rugi..buat laporan polis pun bukan dpt balik duit tu..
ReplyDeleteApa boleh buat? Masih ada orang mudah terpedaya dengan pelaburan cepat rugi.
Delete