Dalam content blog saya kali ini, saya nak kongsikan cara dapat duit banyak melalui Youtube. Usaha itu tangga kejayaan!
Cara buat duit di Youtube? |
Bagaimanakah caranya?
Ada beberapa cara nak dapat duit melalui Youtube.
1. Google Adsense di Youtube
Nak letak iklan Google Adsense di Youtube tak macam dulu. Sekarang ada syarat-syaratnya.
Ada 4 syarat kalau nak letak iklan Google Adsense di Youtube iaitu :
- Sekurang-kurangnya ada 1000 subscriber.
- Sekurang-kurangnya ada 4000 jam tontonan video
- Ada Safety verification
- Tiada Community Strike (Pukulan Komuniti?)
Syarat-syaratnya agak mencabar bagi orang yang baru nak mencuba dapatkan duit melalui Youtube.
Kalau anda konsisten upload video, insha Allah anda boleh dapat 1000 subscriber dan 4000 jam tontonan video. Apa yang penting? Rajin.
Kalau syarat pertama dan kedua selesai, jangan lupa syarat ketiga dan keempat. Syarat ketiga, anda dikehendaki bagi nombor telefon kepada pihak Youtube untuk sahkan anda adalah pemilik sebenar Youtube channel.
Berkenaan syarat keempat tu, pastikan video anda tidak ada unsur negatif contohnya keganasan. Jangan kongsi video orang kena pukul, mati accident kepala berlumuran darah dan yang seumpamanya tanpa 'blur' dan amaran untuk 18 tahun ke atas.
Maknanya anda terpaksa guna efek 'blur' pada bahagian ganas tu.
Sebaik-baiknya jangan upload video yang ganas-ganas kalau nak letak iklan Google di video anda.
2. Jual produk
Nak dapat duit tak semestinya mesti ada iklan Google. Caranya ialah jual produk sama ada produk sendiri atau produk orang lain.
Kalau jual produk sendiri, boleh bagitahu cara nak buat pembelian contohnya letak link website, blog, telegram dan lain-lain dalam description.
Kalau jual produk orang lain, boleh letak affiliate link dalam description video anda.
Tak semestinya amda mesti buat video pasal produk yang nak dijual je. Anda boleh buat video pasal isu semasa, resepi, sukan, pakaian, kenderaan dan lain-lain.
Asalkan jangan lupa letak link website, blog atau social media (TikTok, Twitter, Telegram dan seumpamanya) dalam description video.
Seandainya ada orang beli, barulah dapat duit.
3. Promote produk
Ada juga youtuber yang dapat bayaran hasil promote / review positif produk orang lain. Tak menjual pun dapat duit tapi kena perhatikan juga produk yang nak diperkenalkan di youtube channel anda.
Kalau produk yang anda promote atau review tu tak seperti yang dikatakan, anda bakal dikecam secara berjemaah.
Contohnya anda perkenalkan basikal tahan lasak dari syarikat Z warranty 10 tahun tapi orang baru guna sebulan dah tercabut tayar basikal tu. Bila nak claim warranty dari syarikat Z, tak dapat pula malah pelanggan yang dipersalahkan sebab tak pandai jaga basikal. Akibatnya reputasi anda sebagai youtuber akan terjejas sebab promote produk overclaim.
Anda pilih cara yang mana satu?
Terpulang kepada anda. Mungkin jika anda baru berjinak-jinak dalam Youtube, anda boleh guna cara kedua sementara nak tunggu dapat 1000 subscriber dan 4000 jam tontonan video.
Cara ketiga tu.. kalau anda betul-betul terkenal barulah anda dicari oleh syarikat atau individu tertentu yang nak lariskan produk/servis dorang.
Selain itu, cara ketiga tu ada banyak persaingan dari platform lain seperti TikTok, Instagram, Twitter dan lain-lain media sosial.
Seandainya anda dapat gabungkan ketiga-tiga cara tersebut untuk dapatkan duit melalui Youtube, itu lagi bagus.
Mungkin ada cara lain dapat duit melalui Youtube selain tiga cara yang saya kongsikan dalam topik ni.
Wallahua'lam.
Singgah sini untuk dapatkan idea-idea nak buat Youtube channel.
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.