Saya tahu ada banyak tips perniagaan di internet. Selain ada modal, mesti ada idea perniagaan yang nak dilaksanakan.
Satu tips je? |
Tips nak buat strategi marketinglah, lokasi strategiklah, jadikan matlamat anda besarlah, tolak modal kira untunglah dan macam-macamlah.
Kalau anda dah ada semua tips perniagaan yang hebat dari sifu-sifu bisnes yang hebat, sila gunakan.
Dalam content ini saya cuma nak kongsi satu je tips yang saya rasa paling penting sebelum nak mulakan perniagaan. Tips tersebut ialah perbetulkan niat.
Perbetulkan niat berniaga anda
Kalau niat berniaga anda betul, insya Allah perniagaan anda takkan lingkup.
Contoh ada orang berniaga susah sangat nak untung. Dah ikut segala tips-tips perniagaan yang hebat tapi masih rugi.
INGAT!
Perbetulkan niat tu.
Memanglah niat berniaga kerana Allah.
Niat berniaga kalau untung lebih nak buat apa?
Sara hidup keluarga?
Nak bebas hutang?
Bantu orang susah?
Berniaga biar ikhlas. Kalau niat baik insya Allah anda akan buat yang terbaik.
Bila niat dah betul, rasa penat, susah dan segala cabaran takkan dapat menghalang anda untuk berjaya dalam perniagaan.
Contoh ada orang niat asal berniaga memang dah betul tapi bila perniagaannya semakin maju dia lupa diri. Sikapnya berubah jadi sombong sebab perniagaannya dah untung berjuta-jura ringgit.
INGAT!
Perbetulkan niat tu.
Nak sombong buat apa?
Rugi di dunia dan akhirat.
Dah lupa siapa yang bagi rezeki?
Dah lupa siapa yang izinkan perniagaan anda semakin untung?
Dah lupa keuntungan anda tu melibatkan orang ramai yang sanggup keluarkan banyak duit untuk anda?
Kalau nak harapkan anda sorang je memang tak ke mana perniagaan tu. Hargai customer dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam membantu perniagaan anda sehingga berjaya.
Bila niat berniaga anda dah betul, silakan guna tips berniaga yang betul. Boleh jadi anda dapat tips perniagaan di internet atau dari otai bisnes yang anda kenal.
Tak kiralah anda nak berniaga secara part time atau full time.
Apa yang penting?
Perbetulkan niat anda.
Niat berniaga yang betul tak bermakna anda tak perlukan nasihat atau teguran dari orang lain. Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan masing-masing.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.