Fokus pada perkongsian maklumat pasal perniagaan. Perkara-perkara selain dari perniagaan atau kerja sendiri mungkin akan disentuh juga sikit-sikit.
▼
Friday, September 16, 2022
Senarai Idea Youtube Channel Untuk Buat Duit
Saya percaya kebanyakan dari anda dah tahu cara nak dapat duit dengan menggunakan Youtube. Mungkin masih ada di antara anda yang masih tercari-cari idea nak buat Youtube channel untuk dapatkan duit.
Senarai idea Youtube channel.
Apakah idea-idea tersebut?
Ada di antara idea-idea buat Youtube channel yang saya kongsikan mungkin memerlukan banyak wang. Ada juga yang tak perlu keluar banyak wang.
Berdasarkan situasi tertentu sebenarnya ada juga idea Youtube channel yang anda boleh buat secara percuma. Kalau anda masih belum faham apa yang saya maksudkan, saya ada jelaskan dalam idea-idea Youtube channel di blog ini.
43 Idea Buat Youtube Channel
1. Resepi
Kongsikan resepi yang anda dah tahu cara nak buatnya. Anda boleh buat penyediaan makanan atau minuman secara berceloteh untuk menarik perhatian.
Kalau anda tak suka berceloteh macam saya, anda boleh kongsikan resepi di Youtube channel anda seperti ini :
Saya kalau cari resepi di Youtube, saya tak suka tengok video yang panjang. Video pendek je yang saya cari. Ringkas, padat dan straight to the point resepinya.
Terpulang kepada anda nak buat video resepi sambil berceloteh atau tidak. Modal nak buat idea ini bergantung kepada resepi yang anda nak kongsikan.
Kalau nak sediakan resepi mahal maka anda perlu keluar banyak duit dan begitulah sebaliknya jika anda sediakan resepi murah.
2. Review Makanan / Minuman
Anda boleh buat review dengan membeli sendiri makanan atau minuman dari pasar malam, tepi jalan, warung, restaurant atau mana-mana kedai makan. Lepas dah rasa baru bagitau sedap atau tak sedap atau biasa-biasa je.
Kalau nak jimat, mungkin boleh mulakan dengan air kotak, keropok atau sebarang jenis jajan.
Buatlah review makanan dan minuman mengikut kemampuan anda. Kalau duit kurang, jangan terus ikut macam youtuber-youtuber lain yang memang dah banyak duit. Dorang boleh review makanan dan minuman yang mahal-mahal berulangkali dalam Youtube channel dorang.
Buat ikut kemampuan anda OK?
Contoh review makanan secara jujur :
Kalau anda dibayar untuk buat review, memanglah makan free tapi anda kena kata sedap walaupun tak sedap.
Seandainya owner kedai makan sedap yang bayar anda untuk buat review barulah seronok.
Dahlah dapat makan sedap secara percuma malah dapat payment pulak tu. Selain itu anda dapat kepercayaan dari penonton-penonton video anda sekaligus meningkatkan reputasi anda sebagai tukang review makanan.
Seronok kan?
3. Review alat pembersihan
Ada banyak jenis alat-alat pembersihan. Ada alat pembersihan untuk dalam rumah, luar rumah, kenderaan dan lain-lain.
Modal nak buat review ni mungkin agak tinggi.
Sila tengok contoh video review robot vacuum :
Buat masa ni saya tak jumpa lagi Youtube channel yang fokus pada cleaning product sahaja. Kebanyakan yang saya jumpa dalam satu channel kejap review vacuum, pastu review TV dan bercampur-aduklah.
Mungkin saya tak jumpa lagi Youtube channel yang fokus review alat-alat pembersihan?
Kalau ada Youtube channel fokus niche alat pembersihan sahaja kan best. Sebelum orang nak beli penyapu, mop, vacuum, sabun cuci pinggan mangkuk, span cuci kereta, tong sampah dan lain-lain yang berkaitan produk pembersihan boleh tengok dulu video review produk pembersihan.
Mungkin anda orang pertama yang boleh fokus pada produk-produk pembersihan?
4. Review tempat penginapan
Tempat penginapan yang saya maksudkan di sini contohnya hotel, motel, resort, homestay dan yang seumpamanya.
Perlu banyak duit nak buat review ni?
Ya.
Ada tak cara percuma nak buat review ni?
Ada kalau anda boleh deal dengan owner homestay.
Contohnya pemilik homestay Terkelendat setuju untuk anda buat video review. Ada situasi menang-menang sebab anda dapat buat content secara percuma dan pemilik homestay Terkelendat dapat promote secara percuma.
Lagi banyak owner homestay yang setuju dengan anda maka lagi banyaklah content dalam Youtube channel anda.
Di sini saya sertakan sekali contoh review homestay :
Video review homestay tu sebagai contoh je. Anda boleh review hotel, motel, chalet dan lain-lain tempat penginapan juga.
5. Review computer / laptop
Sebenarnya saya nak asingkan idea ni tapi saya fikir lebih baik saya sekalikan je sebab kegunaannya sama.
Contoh video review laptop :
Kalau banyak duit bolehlah nak beli banyak komputer atau laptop untuk buat review. Masalahnya kalau duit tak cukup?
Idea nak buat review laptop/desktop computer ni saya cadangkan kepada pekerja atau jurujual komputer. Sambil kerja sambil promote laptop / desktop computer. Dah boleh jadi content untuk Youtube channel anda.
Rugilah kalau majikan kedai komputer tak bagi buat. Orang nak tolong promote computer/laptop termasuk lokasi kedai secara percuma tu.
Kalau ada company bayar atau bagi laptop/computer percuma untuk anda review lagi seronok. Tak keluar duit pun boleh buat review.
Kalau anda pilih idea ni, anda boleh tambah content review keyboard, mouse, graphic card, RAM, hard disk, mainboard dan lain-lain yang berkaitan komputer atau laptop dalam Youtube channel anda.
6. Review Printer
Printer zaman sekarang bukan setakat inkjet atau laser je. Sekarang ni ada printer 3 in 1 (print, scan, fotostat), printer 3D, wireless printer dan macam-macam lagilah jenis printer.
Contoh video review printer tanpa dakwat :
Bajet nak buat review ni bergantung kepada harga anda beli printer. Kalau bajet rendah, saya tak galakkan anda beli pelbagai jenis printer untuk buat review.
Seandainya anda seorang tauke jual printer atau pekerja di kedai printer, saya cadangkan anda pilih idea ini.
7. Review Smartphone
Smartphone ada yang bajet rendah, sederhana dan tinggi.
Contoh review smartphone :
Smartphone makin lama makin canggih. Ikut bajet anda kalau nak buat review smartphone.
Kalau anda di'sponsor' untuk buat review smartphone lagi seronok.
8. Review negara (pelancongan)
Kalau anda pilih idea ni, anda perlu bagitau pasal tempat penginapan, tempat makan, pusat beli-belah dan tempat-tempat lain yang menarik untuk dikongsikan.
Contoh video review pelancongan ke Turki :
Selain itu anda boleh selitkan tips pelancongan seperti elak dari kena culik, curi, rompak atau sebarang masalah dari pihak yang nak ambil kesempatan dari anda sewaktu melancong.
Duit kena ada banyak kalau nak melancong.
9. Review drama / movie
Kalau anda nak review mana-mana cerita tak kira sama ada drama atau movie, jangan sesekali bagitau ending dia macam mana.
Contoh review movie Mat Kilau :
Kalau anda kaki layan movie/drama, anda boleh guna idea ini. Bagitau perkara-perkara baik dan kurang baik secara jujur.
10. Review game
Ada game kategori action, simulator, FPS (First-Person Shooter), RPG (Role-Playing Game), adventure, racing, sport, fighting dan macam-macam lagi.
Contoh review game Stray :
Kaki game boleh guna idea ni.
Dekat Playstore ada macam-macam free game untuk Android. Download, play and review.
11. Review Mainan
Walaupun dah berlambak-lambak online game di pasaran tapi jangan pandang rendah mainan bukan digital.
Contoh review remote control truck 4WD :
Ada macam-macam jenis mainan dari yang murah sampailah yang mahal. Tinggal pilih je untuk buat review.
12. Gameplay / Walkthrough
Kalau anda expert dalam game, saya cadangkan anda buat video gameplay / walkthrough.
Anda boleh buat blind walkthrough iaitu main game dalam keadaan tak tahu tujuan atau objektif game tersebut. Banyak kali failed atau "mati" dalam game sebab tak pandai main. Saya tak suka tengok video blind walkthrough.
Contoh walthrough Hitman Absolution :
Saya lebih suka tengok walkthrough tanpa commentary sebab saya rasa annoying bunyi orang berceloteh dalam walkthrough.
Lain orang lain pendapatnya. Anda boleh buat walkthrough sambil berceloteh atau tanpa berceloteh. Terpulang kepada anda.
13. Tutorial Elektrik
Anda pandai dalam bidang elektrik?
Contoh video tukar suis dinding :
Kalau anda ada jurusan elektrik, saya cadangkan anda pilih idea ini.
14. Tutorial Menjahit
Kalau anda pandai menjahit, saya cadangkan anda pilih idea ini.
Contoh video cara buat jubah leher bulat :
Mana tahu niat asal anda nak mengajar orang menjahit tapi ada pulak yang berminat nak tempah baju dari anda. Rezeki tu.
14. Tutorial Menyanyi
Ajar orang menyanyi dengan cara yang betul.
Contoh video Latihan luaskan rongga tekak :
Penyanyi-penyanyi tersohor pun masih buat latihan untuk mantapkan vokal dorang.
Apa lagi penyanyi-penyanyi baru nak up?
Kalau anda seorang guru vokal buatlah Youtube channel.
15. Tutorial Mengaji
Selain ajar mengaji bertaranum, hukum tajwid pun boleh diajar juga.
Selain ajar tajwid dan cara baca yang betul?
Bagi tips hafal Quran, terangkan makna ayat-ayat Quran, hadis-hadis yang berkaitan dengan Quran dan seumpamanya.
Jangan pilih idea ini kalau tak pandai ilmu Quran.
16. Tutorial Matematik
Ilmu Hisab atau ilmu mengira ni sebenarnya sangat luas. Bukan setakat budak-budak sekolah je nak kena tau Matematik tapi peniaga tepi jalan, usahawan kosmetik, ahli saintis, engineer, arkitek, doktor, fashion designer dan macam-macam bidang lain lagi.
Contoh video ajar menambah dalam Matematik :
Ada Matematik Moden, ada Matematik Tambahan..
Dalam masalah Faraid atau pembahagian harta waris pun ada juga melibatkan pengiraan.
Cikgu atau orang yang mahir Matematik patut pilih idea ini.
17. Tutorial Bahasa
Dalam dunia ni ada macam-macam bahasa. Ada Bahasa Melayu, Arab, Korea, Jepun, Mandarin, Hindustan, Tamil dan lain-lain. Inilah di antara bukti kewujudan Allah.
Contoh video ajar Bahasa Russia :
Kalau nak pilih idea ini tak semestinya mesti tahu lebih dari satu bahasa.
Contohnya dalam Bahasa Melayu ada tatabahasa, kata nama am, kata nama khas, karangan, pantun, peribahasa dan macam-macam lagi.
Itu belum cerita pasal loghat Bahasa lagi. Di Malaysia ada bahasa Melayu loghat Sabah, Sarawak, Kedah, Perak, Penang, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan..
Kalau anda mahir lebih dari satu bahasa, itu lebih baik.
18. Tutorial Pertahanan Diri
Ada macam-macam seni bela diri dalam dunia ni. Seni bela diri untuk sukan tak sama dengan situasi nak selamatkan diri.
Saya faham untuk mendalami ilmu pertahanan diri memang tak boleh harapkan tengok video semata-mata. Nak belajar biar direct dari guru secara berdepan. Kalau setakat tunjuk video asas pertahanan diri tu saya rasa takde masalah.
Contoh video 8 simple and effective takedowns :
Pengajar seni bela diri boleh guna idea ini untuk tarik minat orang ramai yang nak belajar seni bela diri.
19. Bersenam
Sebenarnya saya nak asingkan idea tutorial bersenam dan aktiviti bersenam. Bila difikirkan balik baik saya sekalikan je.
Idea ini boleh digunakan untuk mengajar atau sekadar berkongsi rutin senaman yang anda sendiri buat.
Contoh video One dumbell only workout :
Anda boleh mula dengan video perkongsian senaman-senaman mudah tanpa dumbell atau sebarang alat-alat senaman yang lain. Lama-lama nanti dah ada perubahan pada badan anda, boleh bagi semangat dekat penonton Youtube channel anda untuk rajin bersenam.
Aktiviti lasak seperti hiking, rock climbing, kayuh basikal, berkayak dan yang seumpamanya boleh masuk kategori bersenam juga.
20. Isu semasa
Setiap hari ada je isu semasa sama ada dalam atau luar negara.
Contoh video warga emas simen kenderaan :
Kalau anda rajin mencari di internet, anda boleh jumpa macam-macam isu semasa dalam pelbagai bahasa.
21. Motivasi
Anda boleh buat video motivasi perniagaan, pekerjaan, senaman, keluarga, keinsafan dan macam-macam lagi.
Contoh video Stop being lazy :
Saya percaya anda boleh buat video motivasi tanpa mencarut atau menggunakan sebarang kata-kata kesat.
22. Ceramah / Info Agama
Idea ini khas untuk ustaz dan ustazah.
Contoh video Ustaz Auni pasal Nostradamus :
Selain ustaz/ustazah tu sendiri buat video, ada juga golongan yang rakam dan kongsi di Youtube channel. Maknanya ada deal antara penceramah dengan orang yang merakam penceramah.
23. ASMR
Video ASMR (Autonomous sensory meridian response) biasanya ada bunyi-bunyi yang buat kita rasa selesa, seronok dan mengantuk.. mengantuk?
Contoh video Ocean wave sounds for relaxing :
Tak payah tunjuk muka pun dah boleh buat vodeo ASMR.
Anda boleh rakam bunyi air menitik, hujan lebat, kicauan burung, syiling berterabur, goreng ikan, kacau air kopi, kucing berdengkur dan macam-macam lagilah.
24. Cerita Seram
Anda ada koleksi kisah seram yang nak dikongsikan?
Contoh video Kisah seram asrama :
Kisah seram tak semestinya hantu, ada juga kisah seram pembunuh kejam, dikejar harimau, pengalaman rompakan di bank dan lain-lain.
25. Lawak
Pandai buat lawak atau ada koleksi lawak?
Contoh video Gabriel Iglesias pasal Hard working Indians :
Kalau ambil video lawak orang lain, jangan lupa bagi credit. Kalau dapat buat lawak sendiri lagi bagus supaya tak timbul isu copyright.
26. Quotes
Kongsi kata-kata orang terkenal di Youtube channel anda.
Contoh video Quotes Jalaluddin Muhammad Rumi :
Kongsi quotes atau kata-kata tokoh terkenal pun ramai orang suka. Elakkan kongsi quotes atau kata-kata yang menggalakkan perbuatan jahat seperti syirik, maksiat, dadah dan lain-lain yang berunsur negatif.
27. Kenderaan
Idea pasal kenderaan ni luas. Kalau nak sebut pasal kereta sahaja pun dah ada macam-macam jenis dan jenama di dunia ni.
Itu belum lagi kenderaan lain seperti motor, lori, van, bas, motorboat, sampan dan lain-lain.
Contoh video Perodua Axia elektrik pertama di Malaysia :
Terus-terang saya cakap memang luaslah idea ni. Anda boleh kongsi info pasal harga, spesifikasi, servis, tips penjagaan dan lain-lain yang berkaitan dengan kenderaan.
Kalau anda jurujual kenderaan, saya cadangkan anda pilih idea ini.
28. Pertukangan
Anda pandai bertukang?
Kalau ya, idea ini untuk anda.
Contoh video How to remove door trims :
Idea ni boleh dikembangkan dengan mengajar atau memberi tips cara bertukang yang betul, gunakan alat pertukangan yang sesuai, ajar cara buat rak kasut, buat kerusi, meja, almari dan lain-lain yang berkaitan pertukangan.
Nak buat rehal atau mimbar untuk masjid pun kena ada ilmu pertukangan. Seni kraftangan yang mantap memainkan peranan penting untuk buat ukiran menarik. Kraftanganlah pulak..
Mana tahu niat anda nak berkongsi info secara percuma di Youtube pasal pertukangan tapi dapat banyak tempahan pulak?
29. Prank
Kalau nak buat idea ni, sebaik-sebaiknya jangan sampai menyakitkan mental atau fizikal orang lain.
Contoh video prank Farts :
Jangan buat prank yang boleh menyebabkan pergaduhan OK?
30. Social Experiments
Idea ini untuk tengok reaksi orang terhadap situasi tertentu.
Contoh video Little girl was being kidnapped by strange man :
Kalau nak buat idea ni jangan terlalu agresif sampai nak ajak bergaduh. Selain tu jangan buat social experiment yang bukan-bukan contohnya tarik rambut orang, tarik tudung, nak ajak buat maksiat atau perkara-perkara yang tak senonoh.
31. Haiwan
Dalam banyak-banyak video haiwan peliharaan, saya paling suka tengok kucing.
Contoh video Play with rope :
Haiwan peliharaan selain kucing ialah hamster, monyet, tupai, landak... apa lagi?
Bela kucing kampung pun OK. Tak perlu bajet besar pun dah boleh buat Youtube channel.
Haiwan ternakan seperti ayam, lembu, kambing, kerbau, ikan dan lain-lain pun boleh juga dijadikan content untuk Youtube channel anda.
32. Serangga
Semut, kumbang, rama-rama, lebah, tebuan..
Contoh video Orchid mantis lifecycle :
Anda rajin berjalan ke sana sini rakam aktiviti harian serangga?
Mungkin idea ini adalah terbaik untuk anda buat Youtube channel.
33. Animasi
Video animasi tak semestinya 3D atau kualiti grafik hebat macam PS5.
Contoh video lagu Sepuluh budak hitam :
Selain lagu, boleh juga kalau anda nak buat animasi pasal perkara-perkara lain. Contohnya animasi ketagih dadah membawa padah, merokok tidak baik untuk kesihatan, jimat air, jimat elektrik, hormat ibu bapa, buah-buahan tempatan, kisah tauladan dan lain-lain.
34. Menyanyi
Nyanyi semula lagu-lagu popular.
Contoh Unstoppable - Sia cover by Rhamzan :
Anda boleh nyanyi ikut 100% lagu asal atau ubah sikit ikut gaya anda.
35. Sejarah
Ada sejarah dalam dan luar negara. Ada sejarah agama, peperangan, kemalangan, jenayah, perkauman, pemerintahan, teknologi dan macam-macam lagi.
Contoh video Kemalangan terburuk dalam sejarah negara :
Sejarah tak semestinya beratus-ratus atau beribu-ribu tahun dulu je. Peristiwa 10 tahun lepas pun dah jadi sejarah.
36. Kewangan
Anda pernah buat pelaburan? Anda seorang peniaga? Pegawai eksekutif sebuah syarikat besar?
Kongsikan pendapat dan tips perniagaan, pelaburan, pekerjaan, emas, perak, besi dan lain-lain yang berkaitan kewangan kepada penonton-penonton di Youtube channel anda.
Contoh video Emas pelaburan kalis inflasi? :
Anda tak semestinya mesti kongsi info pasal menjana duit berjuta-juta ringgit sebulan.
Kalau anda peniaga tepi jalan, share je la pendapat dan tips perniagaan tepi jalan. Buat ikut kemampuan anda.
Singgit-singgit lama-lama jadi sejuta ringgit.
37. Silap Mata
Sama ada anda buat silap mata atau bongkar rahsia silap mata.
Contoh video 6 magic tricks revealed :
Jangan guna ilmu sihir pulak.
38. Kesihatan
Ada banyak petua kesihatan dari orang-orang tua dulu. Ada juga banyak tips atau nasihat kesihatan dari golongan doktor dan pakar kesihatan zaman sekarang.
Contoh video 10 cara nak turunkan kolesterol :
Bersenam itu bagus tapi lebih bagus kalau disertai dengan pemakanan yang baik untuk kesihatan. Nak jaga kesihatan ni bukan setakat jaga makan je.
Nak jaga kesihatan mata, muka, gigi, rambut, kuku dan macam-macam lagilah. Kesihatan ni luas topiknya.
39. Pakaian
Anda boleh pilih idea ini walaupun anda bukan seorang model.
Contoh video Skirts hijab outfits styling :
Anda boleh kongsi video pakaian untuk solat, keluar rumah, bekerja, berniaga, jogging, majlis kahwin, membeli-belah, melancong... apa lagi? Macam-macam ada.
40. Dekorasi rumah
Pernah tengok rancangan 'Deko bersama Eric' atau 'Property Brothers'?
Contoh video Deko rumah :
Kalau anda buat bisnes dekorasi rumah, saya cadangkan anda buat Youtube channel.
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.