Apa dah jadi antara Mydin dan Caprice?
Mydin Malaysia. |
Jom..
Kisahnya bermula dengan post di Twitter Mydin.
Mydin, cap dengan rice. |
Mydin kata,
"Mula-mula ingat nak beli tea je, sekali terbeli cap dengan rice."
"Bila sampai rumah, rasa macam tak perlu cap dengan rice tu. Nasib Mydin bagi pulangkan balik dalam masa 24 jam."
Dan ini respon dari pihak Caprice di Instagram.
Post Caprice di Instagram. |
Caprice kata,
"Due to @mydinmalaysia posting Oct. 19th, our client has suffered humiliation by a brand and a store that he frequently shops in.
Due to the public humiliation, our client no longer feel safe and will be forever traumatized by shoppers, workers and customers from @mydinmalaysia.
We will proceed with legal action and hope @mydinmalaysia can issue a video apology and compensation for such a reckless posting by a renown brand on the public space."
Maksudnya dalam Bahasa Melayu,
"Disebabkan oleh penyiaran @mydinmalaysia pada 19 Okt, klien kami telah mengalami penghinaan oleh jenama dan kedai yang dia kerap membeli-belah.
Disebabkan oleh penghinaan secara terbuka, klien kami tidak lagi berasa selamat dan akan selamanya trauma oleh pembeli, pekerja dan pelanggan dari @mydinmalaysia.
Kami akan meneruskan tindakan undang-undang dan berharap @mydinmalaysia boleh mengeluarkan video permohonan maaf dan pampasan untuk penyiaran melulu secara terbuka oleh jenama terkenal."
Secara ringkasnya Caprice nak saman Mydin.
Caprice nak saman Mydin. |
Caprice post di Instagram, suruh pihak Mydin turunkan post pasal cap dengan rice di Twitter dalam masa 24 jam. Siap ada countdown nak saman RM30 juta kalau Mydin tak nak delete post tu.
Mydin tak delete pun.
Mydin promote cili pulak. |
Mydin kata,
"Bukan teh je ada dekat mydin ni, cili pun ada. Macam-macam cili ada. Cili kering, cili merah, hijau, cili boh semua ada lah. Nak masak tu letak sikit-sikit je. Takut pedas sangat pula 🌶."
Oppo Malaysia pun ada respon.
Oppo tanya pasal plastik pulak. |
Oppo kata,
"Beg plastik apa @MydinMalaysia ada jual? Yang pasti mesti tebal tak koyak kan?"
Dorang ni dah sebut pasal cili dengan plastik pulak. Maknanya jangan cepat terasa dan koyak. Relax sudah.
Kosmo pun tak lepas peluang dalam hal macam ni.
Jangan acah-acah sudahlah Cap. |
Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin tak takut pun dengan tuntutan saman Caprice. Pihak Mydin langsung tak sebut nama dia.
Nama sebenar Caprice ialah Ariz Ramli.
Cap maksudnya topi dan rice maksudnya beras. Cap dengan rice bukannya jenama sesuatu produk tapi perkataan umum.
Caprice bukan setakat tak dapat saman tapi tiba-tiba nak belanja rakyat Malaysia di Mydin. Caprice kata nak belanja beras, minyak dan tiga bahan lain secara percuma.
Ada tiga pilihan cawangan Mydin yang Caprice nak belanja iaitu Subang Jaya, Bukit Jelutung dan Batu Caves.
Datuk Ameer Ali mengalu-alukan kehendak Caprice kalau betul-betul dia nak belanja rakyat Malaysia di Mydin. Pihak Mydin merancang nak belanja 1kg gula untuk rakyat Malaysia yang dibelanja oleh Caprice.
Apa benda semua ni?
Masa saya mula-mula ambil tahu isu ni pun saya dah tahu Caprice memang takkan dapat saman Mydin. Kalau nak saman juga, kena buktikan Mydin hina dia.
Setakat guna perkataan cap dengan rice tu bukan penghinaan dan tak salah dari segi undang-undang.
Kalau saya Caprice, saya buat tak tahu je dengan post Twitter Mydin tu. Bukan jadi apa pun.
Kalau saya owner Giant, Econsave, Lotus atau hypermart lain, saya ambil peluang promote topi dengan beras habis-habisan. Sementara isu ni tengah hangatlah.
Kalau saya owner Oppo, saya ambil kesempatan jual smartphone model tertentu dapat percuma topi.
Bila Caprice tak dapat nak saman Mydin, dia nak belanja rakyat Malaysia di Mydin pula. Saya tak tahu apa niat Caprice tapi saya bersangka baik dia ikhlas.
Kepada rakyat Malaysia yang berhampiran dengan Mydin cawangan Subang Jaya, Bukit Jelutung atau Batu Caves, jangan lepaskan peluang. Caprice nak belanja beras, minyak dan 3 bahan lain. Pihak Mydin pula nak belanja 1kg gula.
Wallahua'lam.
Source
Twitter Mydin Malaysia
Berita Kosmo pasal Mydin dengan Caprice
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.