Saturday, October 29, 2022

Sedih jadi teknik marketing?

Bosanlah asyik tengok orang share post atau upload video dapat jual produk berkoyan-koyan. Tahukah anda berkongsi rasa sedih pun boleh jadi teknik marketing yang baik?

Sedih tu marketing strategy ke?

Habis tu nak upload video tunjuk produk tak laku ke?

Ada ke individu atau company nak upload video tunjuk rasa sedih?

Tak risau ke nanti orang ramai makin tak berminat nak beli?

Ini contoh video dari Yoodo :


Adakah Yoodo jadi bankrupt lepas buat video macam tu?

Iklan tunjuk orang ceria, ketawa, senyum dan gembira tu dah biasa sangat. Sekali-sekala ada iklan sedih pun menarik juga.

Pada pendapat saya teknik marketing Yoodo menjadi walaupun tunjuk rasa sedih tu gimik je.

Syarikat telco lain pun dah buat benda yang sama. Bagi pilihan untuk pelanggan prepaid sama ada nak unlimited quota with low speed internet atau high speed internet with limited quota.

Peniaga tepi jalan pun ada buat macam tu juga. Tunjuk atau kongsi rasa sedih.

Contohnya peniaga cendawan enoki goreng :


Jatuh ke perniagaan dia lepas upload video macam tu?

Orangnya masih OK, masih berniaga.

Kalau suka makan cendawan enoki goreng, anda boleh pergi ke Hutan Bandar Simpang Renggam. Setiap hari Khamis hingga Ahad dia ada berniaga kat situ dari 5 petang sampai 10 malam.

Sekali-sekala upload video sedih tak jadi masalah pun.

Orang kita ni kan mudah simpati dengan orang yang sedih.

Masalahnya bila ada yang ambil kesempatan nak dapat duit cara haram.

Contoh :

Ada seorang makcik upload video tunjuk rasa sedih sebab hidup susah.

Kononnya nak jual kerepek sebab nak tanggung anak yang masih kecil. Bila orang ramai dah bayar secara online nak beli kerepek, kerepeknya tak sampai pun.

Rupa-rupanya makcik tu scammer nak duit je bukan nak jual apa-apa pun. Habis ramai orang yang tertipu.

Saya cukup tak suka orang yang ambil kesempatan macam tu. Bukan dia fikir halal atau haram. 

Malas bekerja dan malas berniaga tapi sibuk nak duit.

Tolong jangan guna teknik sedih untuk scam orang.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.