Thursday, October 20, 2022

Tips Mulakan Perniagaan Dari Rumah

Dalam content ni saya nak kongsikan tips mulakan perniagaan dari rumah. Berniaga di rumah memang sesuai untuk golongan yang tak dapat lokasi perniagaan strategik, yang nak buat secara sampingan, yang takde bajet sewa premis perniagaan dan yang seumpamanya.

Tips berniaga dari rumah.

Apakah tips mula berniaga dari rumah?

Empat Tips Berniaga Dari Rumah

1. Dapatkan segera idea yang anda mampu buat

Kalau takde idea, tak dapatlah nak berniaga. Carilah idea bisnes secepat mungkin tapi bukan bermakna kelam-kabut. Maksud saya jangan buang masa kalau anda serius nak berniaga dari rumah.

Kalau berlengah-lengah nanti semangat nak berniaga tu semakin pudar.

Seandainya anda menghadapi kesukaran untuk dapatkan idea, saya boleh tolong.

Sila tekan sini untuk dapatkan idea perniagaan.

Sila tekan sini untuk dapatkan idea perkhidmatan.

Tak cukup modal berniaga tapi ada internet?

Sila tekan sini untuk dapatkan idea bisnes tanpa modal.


2. Minat itu bagus tapi untung lebih bagus

Jangan paksa orang lain minat dengan apa yang anda minat.

Jangan risau kalau anda berniaga barang yang anda tak minat.

Kalau produk anda ada permintaan tinggi, rasa minat tu akan datang juga.

Contohnya anda minat main skateboard.

Bila anda cuba jual skateboard dari rumah, takde sorang pun nak beli walaupun anda dah promote habis-habisan di media sosial anda. Jiran-jiran berhampiran anda pun tak nak beli.

Bila anda jual popia basah siap hantar sampai depan rumah tiba-tiba ramai pulak yang nak beli. 

Setiap hari ada pelanggan order guna Telegram/Whatsapp.

Pada hal tak minat pun memasak. Nak buat kulit popia basah pun bukan senang. Terpaksa buat satu-satu dengan penuh kesabaran.

Bila dapat untung setiap hari, anda pasti bersemangat nak teruskan perniagaan popia basah. Tak mustahil dari bisnes popia basah, anda boleh tambah jual popia goreng dengan pelbagai pilihan contohnya inti ayam, daging, udang dan lain-lain.

Bisnes popia basah tu sekadar contoh je. Anda boleh fikir dan pertimbangkan idea-idea perniagaan yang lain juga.


3. Idea orang lain belum tentu sesuai untuk anda

Boleh jadi tips ketiga ni pedih untuk dihadam.

Tak dinafikan ada orang bila tengok peniaga produk kosmetik berjaya, dia pun nak berniaga produk kosmetik juga dan hasilnya memang memuaskan. Tak sia-sia jadi peniaga produk kosmetik walaupun dari rumah je.

OK, saya bagi contoh selain produk kosmetik pula.

Contoh anda ada jiran bernama Salma yang jual kek dari rumah punyalah laris manis. Setiap hari dia atau laki dia keluar rumah nak COD (Cash on Delivery) ke rumah pelanggan.

Sampai anda terfikir kedai kek atau bakery dah tak wujud ke sampaikan orang ramai asyik beli kek dari Salma je.

Bila anda cuba jual kek dari rumah seperti Salma, takde siapa nak beli. Pada hal anda dah tahu resepi kek yang sedap. Sukatan bahan-bahan semuanya tepat.

Dah promote habis-habisan di media sosial pun takde siapa nak beli.

Dah bagi jiran-jiran terdekat rasa tapi anda hanya dapat ucapan terima kasih je dari dorang. Takde sorang pun jiran nak beli kek dari anda.

Orang ramai tetap nak beli kek dari Salma juga.

Bila anda buat keputusan nak jual tudung barulah dapat pelanggan.

Bila anda tambah jual jubah dan telekung, semakin ramai pelanggan anda.

Jiran-jiran berdekatan selalu cari anda sebab nak beli tudung, jubah dan telekung. Tempahan melalui media sosial anda pun semakin bertambah.

Akhirnya anda dikenali sebagai penjual pakaian Muslimah terbaik di kawasan perumahan anda.

Jual kek atau jual tudung, jubah, telekung tu sebagai contoh je.

Bukan semua idea peniaga lain tu tak bagus. Cuma sebahagiannya mungkin tak sesuai untuk anda atas sebab-sebab yang tertentu.

Seandainya anda pernah tiru idea peniaga yang berjaya tapi masih gagal, cuba anda tukar idea lain insha Allah berjaya. Asalkan jangan putus asa.


4. Berfikiran positif

Kalau bisnes anda rugi, belajar dan baiki bisnes anda.

Sentiasa fikirkan yang baik-baik je walaupun perniagaan anda rugi. Cari kebaikan di sebalik kerugian tu. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Jangan merungut atau mengeluh. 

Sebelum nak cari salah orang lain, cari kelemahan diri sendiri dulu. Akui kesalahan diri sendiri dan berubah jadi lebih baik.

Kalau anda sentiasa fikirkan yang baik-baik je, segala cabaran dalam perniagaan anda dapat diatasi dengan baik.

Kalau anda sentiasa berfikiran negatif, masalah kecik pun jadi masalah besar. Benda senang pun jadi susah.


Apasal tak masukkan tips COD?

Sebab orang ramai dah tahu kalau berniaga dari rumah memang ada servis COD bagi kawasan-kawasan terdekat. Tak kiralah sama ada naik kereta, motor, van atau jalan kaki. Janji ada COD.

Kita berniaga sebab nak mudahkan orang lain.

Contohnya jual tempe, orang lain tak payah nak buat tempe sendiri. Proses buat tempe memang senang tapi ambil masa beberapa hari nak siap.

Mudahkan orang lain untuk mudahkan kita.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.