Biasanya orang berfikiran negatif lebih banyak cari kesalahan orang lain. Salah sendiri tak nampak.
Bila nak cari salah sendiri? |
Saya percaya anda yang baca blog saya bukan berfikiran negatif.
Memang tak dinafikan ada masalah disebabkan oleh orang lain. Tak pasal-pasal kita yang tak bersalah pun terkena tempiasnya.
Contohnya pemandu kereta mabuk waktu pagi di jalanraya. Jalanraya lurus tapi kereta dia kejap ke kiri kejap ke kanan habis dilanggarnya kereta, motor, van, bas dll. Akibat dia mabuk semasa memandu tak pasal-pasal orang lain pun jadi mangsa kemalangan.
Ada masalah memang tak dapat dielakkan.
Ada masalah datang tanpa diundang.
Ada masalah sebab kita sendiri yang cari pasal.
Contoh lain kalau anda berniaga nasi lemak tepi jalan dah bertahun-tahun lamanya. Tiba-tiba ada orang lain pun nak berniaga nasi lemak dalam jarak 300 meter dari tempat anda berniaga. Tak sampai seminggu berniaga, ramai orang singgah tempat peniaga baru.
Adakah timbul rasa dengki dalam diri anda?
Kalau anda ada rasa dengki, baik anda cepat-cepat berusaha untuk lenyapkan rasa dengki tu.
Satu tips untuk anda yang ada sifat dengki dengan orang lain yang lebih berjaya.
Kena ingat orang yang berjaya dalam perniagaan tu sebab Allah yang izinkan. Bukan sebab orang tu hebat tapi Allah yang hebat.
Kalau anda boleh ingat tips ni, insha Allah anda takkan dengki sampai bila-bila dengan peniaga-peniaga lain yang berjaya dalam masa singkat.
Daripada buat masalah dengan mengganggu orang lain yang lebih berjaya, lebih baik anda berusaha untuk jadi lebih baik. Habiskan masa untuk majukan perniagaan sendiri.
Sebab itulah kalau anda ada masalah dalam perniagaan, cuba cari salah sendiri terlebih dahulu.
Bukan sebab orang lain tak buat salah tapi cuba cari kelemahan diri dan perbaiki dulu.
Di antara sifat orang yang berjaya ialah belajar dari kesalahan diri sendiri.
Adakah sebab mudah terpedaya dengan scammer?
Adakah sebab tak tahu bersyukur?
Adakah sebab salah strategi perniagaan?
Mungkin anda malu nak mengaku kelemahan anda depan orang lain.
Belajarlah untuk jujur terhadap diri sendiri.
Kalau anda boleh jujur terhadap diri sendiri, anda akan dapat baiki kelemahan diri sendiri.
Contohnya kalau anda tak pandai menyanyi, janganlah upload music videoclip nyanyian anda di Youtube atau Tiktok selagi anda tak masuk kelas vokal dan practise bersungguh-sungguh.
Banyak duit bukan bermakna boleh jadi penyanyi. Berkaraoke suka-suka dengan kawan-kawan dan family tu lain cerita. Suara sengau pun takpe.
Ada orang jadi jutawan sebab keluarga dia memang dah kaya.
Tak mustahil ada orang jadi jutawan berasal dari keluarga yang miskin.
Akhir kata dari saya, cari dan baiki kesalahan sendiri. Jangan malu bertanya kepada orang yang lebih tahu dari anda. Boleh jadi orang yang lebih tahu tu usianya lebih muda dari anda.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.