Monday, January 16, 2023

Biar untung sikit je asalkan tak rugi

Kebanyakan peniaga memang nak dapat untung dari hasil perniagaan. Dapat lagi banyak untung lagi seronok.

Untung sikit lebih baik dari rugi.

Akan tetapi jangan pandang rendah hasil untung yang sedikit.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Anda terpaksa jual makanan, minuman atau produk-produk lain pada harga rendah?

Jangan risau sebab anda tidak keseorangan. Jual harga rendah tak jadi masalah asalkan masih dapat untung.

Biarlah untung kecil asalkan pelanggan tak lari.

Saya faham mungkin ada di antara anda yang fikir ada je peniaga-peniaga lain jual barang harga tinggi. Ada orang beli juga walaupun mahal.

Ada beberapa faktor menyebabkan orang beli walaupun mahal. Di antara sebabnya ialah jenama.

Contohnya Samsung S22 setanding iPhone 14 tapi lebih murah dari iPhone 14. Orang ramai lebih teruja nak beli iPhone walaupun lebih mahal.

Kalau tengok iklan-iklan smartphone di TV, banyak artis-artis negara kita promote smartphone dari China. Oppo, Vivo, Huawei.. tapi in real life dorang tetap pilih iPhone.

Adakah ini bermakna smartphone jenama lain tak laku?

Laku..laris..

Ramai je orang-orang kita guna smartphone jenama Xiaomi, Oppo, Oneplus, Vivo dan lain-lain.

Syarikat-syarikat gergasi pun main harga untuk tarik perhatian orang ramai. Dorang tak perlu ikut cara syarikat Apple jual iPhone.

Jadi tak perlu risau jual barang harga rendah.

Biar jual barang harga rendah asalkan masih untung.

Jangan lupa ambil kira kos penghantaran. Tak kiralah sama ada anda hantar sendiri atau gunakan servis penghantaran seperti Pos Laju,  Ninja Van, Bungkusit, Lalamove dan lain-lain.

Sampai bila nak jual harga rendah?

Sampai permintaan melebihi barang yang anda nak jual.

Masa tu harga barang naik pun orang ramai tetap beli. Banyak permintaan bermakna orang ramai percaya dengan anda.

Percayalah orang ramai sanggup keluar duit lebih untuk beli dari anda sekiranya anda seorang peniaga yang dipercayai.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.